Showing posts with label sahabat. Show all posts
Showing posts with label sahabat. Show all posts

Tuesday, December 20, 2011

Sepintas Lalu Tentang Ibnu Ishak

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum,

Namanya Muhamad bin Ishaq . Hidup sezaman dengan Imam Malik dan pernah berjumpa dengan Anas bin Malik dan Said ibnu Musayyab.
Beliau tidak rasminya diangkat sebagai ‘bapa sirah’ dan cerita-cerita sirah yang bersumber dari beliau banyak bertebaran dalam kitab-kitab sirah kemudiannya . Malah dalam sukatan pelajaran Universiti Al-Azhar terdapat cerita-cerita yang bersumber dari beliau.

Salah seorang anak muridnya Ibnu Hisham telah mengutip secara bebas ( ataupun dengan tapisan yang ringan) cerita-cerita dari Ibnu Ishaq dan memuatkannya di dalam kitabnya yang termasyhur Sirah Ibnu Hisham, sebuah kitab rujukan sirah yang utama masakini. Ibnu Ishaq ialah seorang penganut Syiah . Anutannya telah mempengaruhi cara beliau berfikir dan telah banyak diabadikan di dalam kitab-kitab yang beliau nukilkan atau dalam siri pengajiannya.
Banyak cerita-cerita ganjil berkenaan kehidupan dan suasana awal Islam yang bersumber hanya dari beliau seorang. Cerita-cerita ini banyak untuk menyokong fahaman syiahnya iaitu samada mengangkat Saidina Ali ra atau keluarganya, mengurangkan sumbangan atau memburuk-burukkan sahabat yang lain terutama Saidina Muawiyah serta sahabat-sahabat utama seperti Abu Bakar , Umar ra

Di antara cerita yang diriwayatkan oleh beliau yang dipertikaikan oleh Ulamak ialah:

  1. Kisah Hindun ra , ibu kepada saidina Muawiyah, yang dikatakan memakan jantung Saidinia Hamzah. Cerita ini tidak pernah diceritakn oleh orang lain malah dalam Shahih Bukari , Wahsyi ra yang membunuh Saidina Hamzah tidak pernah menyebut tentang kisah ini. Motif utama ialah mencacatkan Hindun, ibu kepada Muawiyah , musuh utama golongan Syiah.

  2. Kekarutan dalam cerita-cerita tentang Muawiyah ra dengan menggambarkan beliau sebagai seorang pemutar belit dan suka mengambil kesempatan. Motifnya ialah untuk mencederakan peribadi sahabat besar ini kerana dengan tercederanya beliau bermakna Quran yang ada hari ini berkemungkinan tercedera juga, kerana beliau adalah salah seorang jurutulis wahyu nabi.

  3. Cerita hijrah nabi saw dari rumah beliau saw pada waktu malam dengan Saidina Ali menggantikan tempat tidur baginda saw. Pada mata kasarnya ianya menunjukkan keberanian, kepatuhan dan pengorbanan Saidina Ali. Tetapi dalam kitab hadis paling sahih, Sahih Bukhari , mengatakan nabi saw berhijrah dari rumah Saidina Abu Bakar di waktu siang hari. Dalam Sahih Bukhari dinyatakan dengan jelas peranan keluarga Abu Bakar seperti Abd Rahman, Asma’ dan lain-dain dalam peristiwa hijrah ini. Tidak lain cerita yang dibawa oleh Ibnu Ishak ialah untuk menutup sumbangan dan pengorbanan besar Abu Bakar ra sekeluarga sesuai dengan akidah Syiah yang mengkafirkan sahabat-sahabat besar seperti Abu Bakar, Umar, Usman, Aisyah dan seterusnya.

  4. Kisah Isra’ nabi dari rumah Ummu hani’ . Ummu Hani ialah kakak kepada Saidina Ali dan masa ini masih lagi belum Islam . Secara sepintas lalu dapat diperhatikan Ibnu Ishak cuba mengaitkan setiap peristiwa besar dengan Saidina Ali sekeluarga. Tetapi dalam kes ini beliau sebenarnya cuba mencederakan maruah Rasullullah saw sendiri . Kalau cerita ini benar, kita akan mengatakan bahawa nabi saw bersunyi-sunyi ( atau tidur) di rumah isteri orang tanpa kehadiran suaminya. Alangkah dahsyatnya fitnah yang ingin dilemparkan oleh Ibnu Ishaq terhadap nabi saw.

  5. Kisah mempersaudarakan Ali ra dengan nabi saw. Suatu kisah yang tidak masuk akal bila dipandang dari tujuan ‘mempersaudarakan’ itu sendiri, kerana sememangnya Ali adalah saudara kepada nabi saw dan beliau ra adalah sama-sama dari Mekah. Tidak lain ini adalah untuk menaikkan martabat Ali ra dari yang sepatutnya untuk merasionalkan hujjah bahawa beliaulah yang sepatutnya dilantik menjadi khalifah selepas wafatnya nabi saw.

Banyak lagi kisah aneh yang dikeluarkan oleh beliau seorang. Maka tidak menghairankan bila ulamak besar mengatakan :
”…..salah seorang dajjal ” , ” Kami telah menghalau Ibnu Ishaq keluar dari Madinah” – Imam Malik
“Dia meriwayatkan hadith-hadith karut dari orang-orang majhul ( orang yang tidak diketahui latarbelakangnya) ” – Ali Ibnu Al-Madini
Muhammad bin Ishaq adalah di antara perawi-perawi yang tidak menepati syarat-syarat hadith sahih” – Imam Nawawi
“Aku bersaksi bahawa Muhammad bin Ishaq adalah pendusta besar ” – Yahya bin Said al-Qatthan

Mereka yang men’ta’dil’ kannya bersikap demikian kerana tidak mengetahui dengan jelas kedudukan sebenar beliau samada kerana tidak hidup sezaman dengannya atau tidak dapat mengesan sifat sebenar disebabkan oleh sikap “Taqiyah” yang diamalkan sesuai dengan kehendak ajaran Syiah yang dianutinya. Catatan sejarah perlu diperbetulkan kerana ini akan menjaga keutuhan agama Islam ini sendiri. Kita tidak akan berpuashati menganut agama Islam sekiranya nabinya besekedudukan dengan isteri orang, sahabat-sahabat utama yang meneruskan syiar ini berperangai tidak senonoh malah menjadi kafir selepas peninggalan nabi saw, jurutulis wahyu di mana Quran yang kita pegang hari ini merupakan orang yang tidak boleh dipercayai dan sentiasa mencari peluang untuk habuan dunia malah beliau datang dari keluarga yang tidak bertamaddun.

Sikap yang perlu diambil ialah kita wajib menolak seorang yang bernama Muhammad bin Ishaq secara total untuk menyelamatkan Islam yang kita cintai ini secara total. Wallahua’lam

Sumber : http://alfiqrah.wordpress.com/2007/03/21/sepintas-lalu-tentang-ibnu-ishak/http://ibnujalal-abuhusnie.blogspot.com/2011/04/sepintas-lalu-tentang-ibnu-ishak.html

Monday, December 19, 2011

Kisah Hindun Memamah Hati Saidina Hamzah ra

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum,

Sebuah kisah yang boleh dikatakan tiada sebuah buku sirah pun yang ditulis kemudian tidak menyebutkannya ialah kisah Hindun memamah, mengunyah atau memakan hati Sayyidina Hamzah semasa atau selepas peperangan Uhud.

Kisah ini adalah ciptaan dan rekaan Ibnu Ishaq. Dialah orang yang mula-mula sekali di dalam dunia ini yang mengemukakan kisah tersebut. Kemudian at-Thabari menyebarkannya tetapi melalui jalan riwayat Ibnu Ishaq. Ringkasnya Ibnu Ishaqlah merupakan satu-satunya paksi dalam meriwayatkan kisah ini.

Ibnu Ishaq berkata, “Mengikut cerita yang sampai kepada saya menerusi Saleh bin Kaisan, Hindun Binti Utbah dan perempuan-perempuan lain bersamanya melakukan ‘mutslah’ terhadap sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w. yang terbunuh. 

Mereka memotong telinga-telinga dan hidung-hidung (sahabat-sahabat yang terbunuh itu) sehingga Hindun menyucuk telinga-telinga dan hidung-hidung orang-orang yang terbunuh itu untuk dijadikan sebagai gelang kaki dan kalung-kalung. Dia memberikan gelang kaki, kalung dan subangnya (anting-anting) kepada Wahsyi, hamba Jubair Bin Muth’im. Dia membelah perut Hamzah dan mengambil hatinya lalu dikunyahnya tetapi tidak dapat ditelannya kerana itu dia memuntahkannya keluar.”(Lihat Sirah Ibnu Ishak m.s. 385, Sirah Ibn Hisyam jilid 3 m.s. 36)Kisah Hindun Memamah Hati Saidina Hamzah ra

Ibnu Jarir at-Thabari pula meriwayatkan dari Muhammad Bin Humaid, dia mengambil cerita ini dari Salamah Al Abrasy. Salamah pula mengambil dari Ibnu Ishaq. Ibnu Ishaq mengatakan, “Saleh Bin Kaisan menceritakan kepadanya…” (Lihat Tarikh al-Umam Wa al-Muluk-at-Thabari jilid 2 m.s. 204)
Salah seorang yang tersebut dalam isnad ini ialah Muhammad Bin Humaid ar-Razi. Beliau ialah penduduk Ray. Dia selalu menukilkan riwayat dari Ya’kub al-Qummi (seorang penulis kitab-kitab Syiah dan selainnya).

Tuesday, March 29, 2011

Ketenangan Jiwa

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum,

Ketenangan jiwa adalah satu ungkapan yang serin kita tercari-cari tidak mengenal samada kita di dalam kesusahan mahupun di dalam kesenangan. Namun yang paling geritr adalah ketika di dalam kesusahan, seperti ditimpa musibah, di kurangkan rezeki kita dan pelbagai lagi.

Pernahkah kita menanya pada diri sendiri, adakah kita ini senantiasa tenang? Mungkin ada yang menyatakan ia dan ada tidak, ianya tertakluk pada situasi kita. Pelbagai cara yang kita lakukan untuk menenangkan jiwa ketika kita di rundung permasalahan, namun pernhakah kita menanya diri kita, dari manakah permasalahan yang timbul. Adakah ianya datang dengan sendiri ataupun kita yang mencarinya.

Namun setiap persoalan yang timbul adalah harus kita menyerahkannya pada yang Esa. Sesungguhnya, Allah swt amat mengetahui segala-galanya. Akan tetapi jika sesuatu musibah itu datang dari kita sendiri, bagaimana? Ianya juga harus kita kembali kepada-Nya, memohon ampun moga diringankan musibah yang melanda.

Thursday, June 17, 2010

Alhamdulillah

Assalamualaikum,

bersyukur aku ke hadrat Illahi, dengan limpah kurniaNya aku kini sudah mula bekerja di sebuah syarikat swasta di kotaraya. aku begitu bersyukur kerana setelah aku diberhentikan kerja, puas aku mencari kerja... merata-rata tempat aku menaburkan "resume", aku malah aku tidak mengira apa saja pekerjaan yang datang, tapi tidak satupun yang memanggil aku untuk temuduga. sehinggalah seorang sahabatku menyarankan agar aku menunaikan Solat Sunat Dhuha, dan pastikan agar aku tidak meninggalkannya hanya dengan sebab yang munasabah, dan akhirnya, kini aku sudah bekerja. mungkin juga berkat aku mengerjakan Solat Sunat Dhuha...

Monday, May 24, 2010

Insya'Allah

Assamualaikum,

sebentar tadi berkesempatan aku berbual dengan seorang sahabat aku. beliau juga senasib dengan aku, beliau juga disarankan agar berhenti... akan tetapi beliau telah lama berhenti bekerja dan kini bekerja sendiri secara "Freelance" .. ada juga kami bertukar2 pendapat dan idea..

antara yang menjadi tajuk perbualan kami adalah, ada beliau bertanyakan tentang situasi aku sekarang, lantas aku menjawab aku masih lagi mencari kerja .. telah merata-rata aku mengatur langkah ini keluar mencari pekerjaan, namun masih belum ada rezeki lagi.. dan kini wang simpanan aku sudah hampir berkurangan. aku menjadi sangat runsing pada ketika ini kerana aku tidak mahu pisang berbuah dua kali, dahulu pernah aku mengambil keputusan untuk berhenti dan yang menjadi mangsa adalah keluargaku, kini aku tidak mahu ianya terjadi sekali lagi... bagi aku cukup sudah apa yang keluarga aku lalui dahulu...

Thursday, April 22, 2010

Percikan Ikhlas - sebuah puisi

selewat aku melayari internet sambil bertemankan isteriku, terlintas dibenak hati yang kusam ini untuk mencari himpunan puisi..

terserempak aku dipaparan pencarian, sebuah "Himpunan Puisi dan Syair Islam"... begitu indah dan dalam maksud setiap puisi-puisi tersebut, dan aku mengambil keputusan untuk meletakkannya di sini, bertepatan dengan nama blog ini "Saffiyah" (sahabat tulus ikhlas)... bukannya tujuanku untuk bermegah2, namun menjadi tanggungjawab kita selaku umat Islam untuk berkongsi sesama kita...

Saya menuntut ilmu bukan sekedar berbangga

Saya menuntut ilmu untuk ke surga

Saya bekerja bukan sekedar mencari harta

Saya bekerja untuk ke surga

Saya berbakti kepada orang tua bukan sekedar balas jasa

Saya berbakti kepada orang tua untuk ke surga

Saya kembali pulang bukan sekedar nostalgia

Saya kembali pulang untuk ke surga

Kupilih kamu bukan sekedar cinta

Kupilih kamu untuk ke surga

Kujauhi yang lain bukan karena tak suka

Kutinggalkan yang lain karena takut dosa

(Adi Nurcahyo, Jember - 2008)

Penjelasan :

Setiap saat kita senantiasa dihadapan dengan berbagai pilihan perbuatan, apakah itu berkenaan dengan pekerjaan, keluarga, sekolah, atau berbagai aktivitas lainnya. Dan hampir semua pilihan itu kita ukur dengan pertimbangan enak atau ga enak, baik atau buruk, untung atau rugi, senang atau sengsara, dsb yang serupa dengan itu. Dan semua ini wajar dimiliki oleh seseorang yang masih baik akalnya.

Pertanyaannya, materi-materi kebaikkan macam apa yang kita kehendaki dan materi-materi keburukan seperti apa yang kita jauhi ? Kondisi-kondisi enak yang bagaimana yang kita harapkan, dan kondisi-kondisi tidak enak semacam apa yang kita benci ? Keadaan-keadaan senang semacam apa yang kita nantikan, dan keadaan-keadaan sengsara seperti apa yang kita takuti ?

Jawaban atas pertanyaan-pertanyaan di atas merupakan sumber inspirasi kita dalam berbuat. Ia merupakan pijakan utama kita dalam mengambil keputusan. Dan ia juga penegas kedudukan kita sebagai hamba dunia atau hamba-Nya.

Diriwayatkan dari Anas r.a., bahwa Rasulullah saw bersabda, “Ada tiga hal yang barangsiapa menetapinya ia akan merasakan manisnya iman, (1) Orang yang mencintai Allah dan Rasul-Nya melebihi segala-galanya, (2) Orang yang mencintai orang lain hanya karena Allah, (3) Orang yang enggan kembali kafir setelah Allah menyelamatkannya dari kekafiran sebagaimana ia enggan untuk dilemparkan ke neraka.” (HR. Bukhari dan Muslim)

Hal ini berarti, segala sesuatu yang kita pilih hendaknya menyimpan materi-materi kebaikkan yang dicintai oleh Allah dan Rasul-Nya. Dan sesuatu yang kita jauhi karena ia mengandung materi-materi yang dibenci oleh Allah dan Rasul-Nya.

Rasulullah saw juga bersabda, “Sesungguhnya setiap amalan hanyalah tergantung dengan niat-niatnya dan setiap orang hanya akan mendapatkan apa yang dia niatkan, maka barangsiapa yang hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya maka hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya dan barangsiapa yang hijrahnya karena dunia yang hendak dia raih atau karena wanita yang hendak dia nikahi maka hijrahnya kepada apa yang dia hijrah kepadanya.” (HR. Bukhari dan Muslim dari ‘Umar bin Khaththab r.a.)

Perkara yang sangat penting untuk diperhatikan, sehebat dan sebesar apapun amal yang telah kita lakukan, tidak akan diterima di sisi Allah swt, kecuali setelah terpenuhinya dua syarat :

1. Hendaknya amalan tersebut dikerjakan semata-mata karena mengharapkan keridhaan Allah ta’ala (ikhlas), sebagaimana yang terkandung dalam hadits ‘Umar.

2. Hendaknya amalan tersebut secara zhohirnya sesuai dengan sunnah Rasulullah saw, sebagaimana sabda beliau, “Barangsiapa yang mengada-adakan suatu perkara baru dalam urusan (agama) kami ini yang bukan darinya maka amalan itu tertolak.” (HR. Bukhari dan Muslim)

Imam Al Qurthubi berkata, “Telah menjadi suatu perkara yang tetap dalam Al Kitab dan Sunnah bahwa amalan-amalan yang shalih dan ikhlas ketika melakukannya dengan diiringi keimanan akan membawa pelakunya menuju surga dan jauh dari neraka.”

“Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa diantara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun.” (QS. Al Mulk : 2)

Fudhail bin Iyadh berkata mengenai ayat ini, “Yaitu yang paling ikhlas dan paling benar”. Ketika ditanyakan, “Wahai Abu Ali, apa maksud paling ikhlas dan paling benar.” Beliau menjawab, “Sesungguhnya suatu amal sekalipun benar tetapi tidak dikerjakan dengan ikhlas, maka amal itu tidak akan diterima. Sebaliknya, jika dikerjakan dengan ikhlas namun tidak dengan cara yang benar, maka amal tersebut juga tidak akan diterima. Ikhlas hanya dapat terwujud manakala amal itu diniatkan secara murni kepada Allah swt. Sedangkan amal yang benar hanya dapat terwujud dengan mengikuti sunnah Nabi Muhammad saw.”

p/s: bagi yang ingin mendapatkan Himpunan Puisi

Saturday, April 17, 2010

SMS yang ku terima

lewat petang tadi sahabatku menghantar pesanan SMS, dan aku agak terkejut dengan apa yang beliau sarankan kepada ku. SMS tersebut berbunyi seperti berikut:

"Soalan dari ALLAH yang ko sendiri kena jawab
54:17, 22,32 & 40
56:81"