Monday, October 25, 2010

Mengelak Gangguan Jin, Syaitan dan Sihir

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, sambil-ambail aku melayari laman social Facebook, aku terlintas sebuah video dari Ustaz Kazim Elias yang berjudul "Apa Itu Sihir". Yang menarik perhatian aku adalah sejak kebelakangan ini, sekali lagi isteriku mengalami gangguan. AKu sendiri tidak pasti mengapakah beliau sering kali diganggu. Aku sendiri hingga ke hari ini masih menjadi tanda tanya mengapa,??

Namun kali ini beliau diganggu, aku terpaksa tegas, aku sudah tidak dapat membendung lagi gangguan yang sering menganggu isteriku. Sambil aku menonton video dari ceramah Ustaz Kazim, terlintas dihatiku ada sebuah buku yang aku beli iaitu hasil penulisan dari Dato' Hj. Ismail Kamus dan diakuhir buku tersebut ada beliau memberi petua untuk menghindar jin, syaitan dan sihir. Aku ingin berkongsi bersama:

  1. Sentiasa berzikir kepada Allah

  2. Apabila menuang air panas, sebutlah nama Allah atau membaca "Isti'azah" atau membaca "Basmalah". Dua lafaz ini adalah amat penting dalam kehidupan setiap Muslim lelaki atau wanita. Ia hendaklah diamalkan sepanjang masa walaupun wanita itu dalam keadaan uzur syarie (period).

  3. Jangan menuang air panas dalam tandas kerana tandas adalah tempat jin syaitan. Begitu juga ke dalam lubang.

  4. Apabila masuk ke bilik gelap, sebutlah "Basmalah".

  5. Apabila membaling sesuatu yang berat ke bumi, sebutlah "Basmalah".

  6. Apabila terjun dari tempat tinggi, seubutlah "Basmalah".

  7. Jangan kencing ke dalam lubang, kerana ia tempat tinggal jin

  8. Jangan tidur seorang diri. Jika terpaksa tidur seorang diri, maka hendaklah berwuduk dan membaca zikir tidur.

  9. Jangan menyakiti anjing atau kucing.

  10. Jangan membunuh ular yang berada di rumah. Hendaklah diberi amaran selama tiga hari.

  11. Jangan berjalan seorang diri di padang pasir atau hutan belantara.

  12. Mengamal bacaan surah-surah pilihan seperti surah al-Ikhlas, surah al-Falaq, suran al-Nas dan ayat Kursi.

  13. Hidupkan suasana al_quran di dalam rumah.

  14. Menyebut zikir (لا إله إلا الله) seratus kali setiap hari. Dalam hadis diceritakan bahawa sesiapa yang membaca seratus kali:
    "Tiada tuhan selain Allah. Allah yang esa tiada sekutu bagi-Nya. Bagi-Nya kerajaan dan segala pujian. Dan Dia berkuasa atas tiap-tiap sesuatu". maka antara fadilatnya ialah dipelihara daripaa syaitan pada hari itu. (Hadis Riwayat Bukhari).

  15. Sentiasa membaca ayat-ayat yang mengandungi makna bagi membatalkan sihir seperti surah al-A'raf (118 - 119) dan surah Taha (69).

  16. Makan ubat tertentu seperti tamar (kurma). Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud: "Sesiapa yang makan setiap pagi buah tamar 'Ajwah maka tidak akan memudaratkannya oleh racun dan sihir pada hari itu hingga malam hari" (Mafhum hadis riwayat Bukhari).

Aisha r.a menceritakan bahawa Nabi s.a.w apabila mengadu sakit, baginda s.a.w akan membaca ke atas dirinya surah al-Falaq dan surah al-Nas kemudian membuskannya. (Mafhum hadis riwayat Muslim).

[caption id="attachment_610" align="aligncenter" width="351" caption="Isti'azah"][/caption]

Surah Al-Ikhlas

بسم الله الرحمن الرحيم

Maksudnya: "Katakanlah (wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;" "Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat;" "Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;" "Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya".

Surah Al-Falaq

بسم الله الرحمن الرحيم

Maksudnya: "Katakanlah (wahai Muhammad); "Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk, Dari bencana makhluk-makhluk yang Ia ciptakan; Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk; Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan); Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya".

Surah Al-Nas

بسم الله الرحمن الرحيم

Maksudnya: "Katakanlah (wahai Muhammad): "Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia. Yang Menguasai sekalian manusia, Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia, Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam, - Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia, - (Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia".

Ayatul Kursi

بسم الله الرحمن الرحيم

Maksudnya: "Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)"

Surah A'raf (7:118 - 119)

بسم الله الرحمن الرحيم

Maksudnya: "Maka sabitlah kebenaran (mukjizat Nabi Musa), dan batalah (sihir) yang mereka telah lakukan. Oleh itu, kalahlah Firaun dan Ketua-ketua kaumnya di situ dan kembalilah mereka dengan keadaan yang hina."

Surah Taha (20:69)

بسم الله الرحمن الرحيم

Maksudnya: "Dan campakkanlah apa yang ada di tangan kananmu, nescaya ia menelan segala (benda-benda sihir) yang mereka lakukan, kerana sesungguhnya apa yang mereka lakukan itu hanyalah tipu daya ahli sihir; sedang ahli sihir itu tidak akan beroleh kejayaan, di mana sahaja ia berada".

Topik berkaitan Isti'azah: http://ashboi.wordpress.com/2008/08/10/istiazah-elak-gangguan-syaitan/

Saturday, October 23, 2010

Surah Ar-Rahman

Assalamualaikum,

Sebentar tadi, tiba2 terlintas di benak hatiku untuk mencari sesuatu yang berkenaan dengan Islam di sebuah laman web yang tidak asing lagi iaitu, YouTube. Pertamanya aku melayani sebuah video berkenaan Presiden Amerika Syarikat Obama berkenaan ucapan beliau yang menjuruskan kepada Islam. Kemudian aku melayari lagi dan terjumpa pelbagai video berkenaan bacaan ayat suci al-Quran. Kemudian aku terjumpa sebuah video yang dibaca Surah Ar-Rahman oleh Syed Sadawat Ali.

Sungguh merdu bacaan beliau, lanats aku mengambil terjermahan al-Quran untuk aku membaca maksudnya di dalam bahasa melayu dan hampir menitis air mata tatkala aku membaca maksudnya. Begitu Agung dan Mulianya kebesaran Allah SWT. Sebuah surah yang menceritakan tentang kebesaraan dan betapa pemurahnya Allah SWT. Namun ramai dari kita tidak bersyukur dengan kurniaNya dan juga nikmat yang diberikanNya. Lalu aku ingin mengambil keputusan untuk meletakkan keseluruhan maksud surah tersebut untuk tatapan kita bersama.

Surah Ar-Rahman

[1]
(Tuhan) Yang Maha Pemurah serta melimpah-limpah rahmatNya.
[2]
Dia lah yang telah mengajarkan Al-Quran.
[3]
Dia lah yang telah menciptakan manusia; -
[4]
Dia lah yang telah membolehkan manusia (bertutur) memberi dan menerima kenyataan.
[5]
Matahari dan bulan beredar dengan peraturan dan hitungan yang tertentu;
[6]
Dan tumbuh-tumbuhan yang melata serta pohon-pohon kayu-kayan, masing-masing tunduk menurut peraturanNya.
[7]
Dan langit dijadikannya (bumbung) tinggi, serta Ia mengadakan undang-undang dan peraturan neraca keadilan,
[8]
Supaya kamu tidak melampaui batas dalam menjalankan keadilan;
[9]
Dan betulkanlah cara menimbang itu dengan adil, serta janganlah kamu mengurangi barang yang ditimbang.
[10]
Dan bumi pula dijadikannya rata untuk kegunaan manusia dan makhluk-makhlukNya yang lain:
[11]
Terdapat padanya berbagai jenis buah-buahan dan pohon-pohon kurma yang ada kelopak-kelopak mayang;
[12]
Demikian juga terdapat biji-bijian yang ada jerami serta daun, dan terdapat lagi bunga-bungaan yang harum;
[13]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)?
[14]
Ia menciptakan manusia (lembaga Adam) dari tanah liat kering seperti tembikar,
[15]
Dan Ia telah menciptakan jin dari lidah api yang menjulang-julang;
[16]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[17]
(Dia lah) Tuhan yang mentadbirkan dua timur, dan Tuhan yang mentadbirkan dua barat.
[18]

[19]
Ia biarkan air dua laut (yang masin dan yang tawar) mengalir, sedang keduanya pula bertemu;
[20]
Di antara keduanya ada penyekat yang memisahkannya, masing-masing tidak melampaui sempadannya;
[21]

[22]
Dari kedua laut itu, keluar mutiara dan marjan;
[23]

[24]
Dan Dia lah yang menguasai kapal-kapal yang belayar di laut, yang kembang tinggi layarnya seperti gunung-ganang;
[25]

[26]
Segala yang ada di muka bumi itu akan binasa:
[27]
Dan akan kekalah Zat Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan:
[28]

[29]
Sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi sentiasa berhajat dan memohon kepadaNya. Tiap-tiap masa Ia di dalam urusan (mencipta dan mentadbirkan makhluk-makhlukNya)!
[30]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan)?
[31]
Kami hanya akan menguruskan hitungan dan balasan amal kamu sahaja (pada hari kiamat,) wahai manusia dan jin!
[32]

[33]
Wahai sekalian jin dan manusia! Kalau kamu dapat menembus keluar dari kawasan-kawasan langit dan bumi (untuk melarikan diri dari kekuasaan dan balasan Kami), maka cubalah kamu menembus keluar. Kamu tidak akan menembus keluar melainkan dengan satu kekuasaan (yang mengatasi kekuasaan Kami; masakan dapat)!
[34]

[35]
Kamu (wahai golongan yang kufur ingkar dari kalangan jin dan manusia) akan ditimpakan dengan api yang menjulang-julang dan leburan tembaga cair (yang membakar); dengan yang demikian, kamu tidak akan dapat mempertahankan diri (dari azab seksa itu);
[36]

[37]
Selain itu (sungguh ngeri) ketika langit pecah-belah lalu menjadilah ia merah mawar, berkilat seperti minyak;
[38]

[39]
Pada masa itu tiada sesiapapun, sama ada manusia atau jin, yang akan ditanya tentang dosanya (kerana masing-masing dapat dikenal menurut keadaannya);
[40]

[41]
Orang-orang yang berdosa dapat dikenal dari tanda-tandanya, lalu dipegang dari atas kepala dan kakinya (serta diseret ke neraka);
[42]

[43]
(Lalu dikatakan kepada mereka): “Inilah neraka Jahannam yang selalu orang-orang yang berdosa mendustakannya “.
[44]
Mereka (terus diseksa) berulang-ulang di antara api neraka dengan air yang menggelegak yang cukup masak panasnya!
[45]

[46]
Dan orang yang takut akan keadaan dirinya di mahkamah Tuhannya (untuk dihitung amalnya), disediakan baginya dua Syurga, -
[47]

[48]
(Dua Syurga) yang ada berjenis-jenis pohon dan buah-buahan; -
[49]

[50]
Pada kedua-dua Syurga itu terdapat dua matair yang mengalir; -
[51]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan.
[52]
Pada kedua Syurga itu terdapat dua macam dari tiap-tiap jenis buah-buahan (yang biasa dan yang luar biasa).
[53]

[54]
Mereka (bersenang-senang di tempat masing-masing dalam Syurga itu dengan) berbaring di atas hamparan-hamparan, yang lapisan-lapisan sebelah dalamnya – dari sutera tebal yang bersulam; dan buah-buahan kedua-dua Syurga itu dekat (kepada mereka) untuk dipetik.
[55]

[56]
Di dalam Syurga-syurga itu terdapat bidadari-bidadari yang pandangannya tertumpu (kepada mereka semata-mata), yang tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan jin;
[57]

[58]
Bidadari-bidadari itu (cantik berseri) seperti permata delima dan marjan.
[59]

[60]
Bukankah tidak ada balasan bagi amal yang baik – melainkan balasan yang baik juga?
[61]

[62]
Dan selain dari dua Syurga itu, dua Syurga lagi (untuk menjadi balasan bagi golongan peringkat yang kedua);
[63]

[64]
Kedua-duanya menghijau subur tanamannya;
[65]

[66]
Dalam kedua-dua Syurga itu terdapat dua matair yang terus menerus memancutkan airnya:
[67]

[68]
Pada keduanya juga terdapat buah-buahan, serta pohon-pohon kurma dan delima,
[69]

[70]
Dalam kedua-dua Syurga itu juga terdapat (teman-teman) yang baik akhlaknya, lagi cantik parasnya;
[71]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[72]
Ia itu bidadari-bidadari, yang hanya tinggal tetap di tempat tinggal masing-masing;
[73]

[74]
(Bidadari-bidadari itu) tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan tidak juga oleh jin;
[75]

[76]
Penduduk Syurga itu (bersenang-senang di dalamnya dengan) berbaring di atas (bantal-bantal dan) cadar-cadar yang hijau warnanya serta permaidani-permaidani yang sangat indah.
[77]

[78]
Maha Sucilah nama Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan.

Thursday, October 21, 2010

Sentuh Anak Yang Berhadas

Assamualaikum,

Baru-baru ini ada aku membeli sebuah buku yang berjudul "Mutiara Akidah & Ibadat" sebuah penulisan oelh Ustaz Zaharuddin Abd Rahman. Iaitu sebuah buku yang menerangkan secara ringkas perkara-perkara yang wajib diketahui oleh muslim berkenaan akidah & ibadat. Banyak yang dapat aku pelajari dari buku ini.

Cuma di sini ingin aku berkongsikan sesuatu yang bagi aku adalah satu perkara yang mungkin kebanyakkan adri kita tidak tahu dan bagaimana caranya, iaitu apakah yang perlu dan boleh kita lakukan apabila ketika kita bersolat dan tersentuh anak kita yang berhadas.

Menurut mazhad Syafie, hukumnya tidak membatalkan solat. Imam an-Nawawi juga menegaskan di dalam Rawdah at-Tolibin dengan katanya,

"Sekiranya (seseorang yang sedang solat itu bersentuh dengan sesuatu yang suci (pada jasanya seperti kanak-kanak) tetapi benda suci tadi bersentuh pula dengan najis atau menanggung najis maka solatnya tidak terbatal".

Alasan tidak membatalkan:

  1. Sentuhan itu tidak secara langsung dengan najis yang ditanggung. Jika secara langsung, solat akan terbatal tetapi tidak wuduknya. Manakala, najis itu perlu dibasuh dan tidak perlu memperbaharui wuduk.

  2. Bersentuh secara tidak langsung dengan kanak-kanak yang menganggung najis seperti memegang tangannya atau dirinya menyentuh pakaian kita, itu tidak mengapa kerana mereka bukan najis tetapi hanya menanggung najis. Bagaimanapun, solat boleh terbatal sekiranya kita menanggung kanak-kanak itu, iaitu mendukungnya atau belakang dipanjat semasa sujud atau duduk di atas riba ketika tasyahud akhir

Akan tetapi, jika kita menanggung sesuatu najis lalu membuangnya dengan cepat, solat itu tetap sah. Ini merujuk peristiwa ketika para sahabat bersolat bersama Nabi s.a.w dengan memakai selipar, tiba-tiba mereka melihat baginda (semasa solat) telah menanggalkan seliparnya, maka semua sahabat turut menanggalkan selipar mereka (kerana menyangka ia adalah perbuatan yang mesti diikuti), Setelah selesai solat, Nabi bertanya kepada mereka, "Apakah yang menyebabkan kamu menanggalkan selipar kamu?". para sahabat menjawab, "Kerana kami melihat kamu melakukannya." Nabi menjawab, "Telah datang kepadaku malaikat Jibril a.s lalu memberitahu bahawa, pada seliparku teredapat kekotoran atau najis (maka aku tanggalkan kerana itu)" - Riwayat Abu Daud

Jika anak kecil yang menanggung najis duduk di riba kita dan dielak dengan segera, ia tidak membatalkan solat. Semoga kita mendapat satu ilmu yang baru di dalam perkara di atas. Mungkin ada sesetengah sudahpun mengetahui namun bagiku, tidak kesemua kita yang mengetahuinya.

Nota:

Penulisan di atas diambil dari buku Mutiara Akidah & Ibadat (penulisan Ustaz Zaharuddin Abd Rahman)

Tuesday, October 19, 2010

Insya Allah

Bismillahirrahman Nirrahim

Alhamdulillah, ketemu semula. Agak lama jua aku tidak menulis, begitu sibuk dengan tugasan harian dan juga sejak akhir2 ini banyak sungguh agenda, kepelbagaian sehingga tiada masa untuk menulis. Beberapa minggu yang lepas, meledak seorang penyanyi yang boleh diibaratkan seperti berdakwah dengan lagu2 yang mencirikan ketuhanan, memang tidak asing lagi Maher Zain. Seorang anak muda yang berasal dari Lubenon dan dibesarkan di Sweden.

Aku betul2 kagum dengan cara beliau, mungkin sesetengah orang akan menyatakan bagaimana seorang itu boleh berdakwah melalui lagu yang mungkin juga akan melalaikan kita. Namun bagiku, itu semua terpulang pada budi bicara sendiri. Pada aku, tidak salah selagi ianya tidak menyimpang dari Syariah Islam. Mungkin. Aku sendiri tidak pasti, ini adalah dari pandangan aku sendiri. Mungkin lepas ni kena buat "research" tentang berdakwah secara beliau.

Monday, October 11, 2010

Kenapa??

Assalamualaikum,

Dah lama juga aku tidak menulis, agak sibuk dengan kerja2 harian. Aku betul2 hairan dan masih mencari jawapan yang pasti bagi aku mengetahui apakah atau siapakah yang sering menganggu isteriku. Selagi lagi isteriku didatangi oleh makhluk halus, namun alku bersyukur kerana ada aku membeli sebotol air zam-zam yang telah dibacakan 3o juzuk al-Quran dan doa2 pilihan semasa aku menghadiri solat Sunat Tarawikh.

Pada mulanya aku tidak mengesyaki apa2, tapi sepulangnya aku dari surau, selepas solat maghrib, aku merasakan seperti sesuatu yang tidak kena. AKu menjadi mengantuk dan betul2 kepenatan. Namun aku menidakkan dari berfikir sesuatu yang karut, mungkin juga aku kepenatan kerana menghadiri majlis pertunangan sepupu isteriku. Tapi dapat aku merasakan seperti sesuatu yang memang tidak kena dirumah. Anak2 ku seperti diam dan hanya bermain di dalam bilik mereka.