Wednesday, February 16, 2011
Tempat Tinggal Jin
Assalamualaikum,
Sambil2 aku mem"Format"kan laptop baharu yang diberikan oleh majikanku terdetik dihati ini untuk aku mentelaah sebuah buku yang bertajuk "Jin: Hakikat dan Pengubatan" hasil penulisan Dato Hj. Ismail Kamus. Setelah aku mentelaah salah satu tajuk yang terdapat di dalam buku tersebut ialah "Tempat Tinggal Jin". Agak menarik juga tajuknya dan ingin aku kongsikan bersama di sini.
Tempat Tinggal Jin
Ramai beranggapan bahawa jin tinggal di hutan-hutan belantara sehingga disebut orang kalau tempat itu agak terpencil maka dikatakan tempat jin bertandang.
Monday, October 25, 2010
Mengelak Gangguan Jin, Syaitan dan Sihir
Alhamdulillah, sambil-ambail aku melayari laman social Facebook, aku terlintas sebuah video dari Ustaz Kazim Elias yang berjudul "Apa Itu Sihir". Yang menarik perhatian aku adalah sejak kebelakangan ini, sekali lagi isteriku mengalami gangguan. AKu sendiri tidak pasti mengapakah beliau sering kali diganggu. Aku sendiri hingga ke hari ini masih menjadi tanda tanya mengapa,??
Namun kali ini beliau diganggu, aku terpaksa tegas, aku sudah tidak dapat membendung lagi gangguan yang sering menganggu isteriku. Sambil aku menonton video dari ceramah Ustaz Kazim, terlintas dihatiku ada sebuah buku yang aku beli iaitu hasil penulisan dari Dato' Hj. Ismail Kamus dan diakuhir buku tersebut ada beliau memberi petua untuk menghindar jin, syaitan dan sihir. Aku ingin berkongsi bersama:
- Sentiasa berzikir kepada Allah
- Apabila menuang air panas, sebutlah nama Allah atau membaca "Isti'azah" atau membaca "Basmalah". Dua lafaz ini adalah amat penting dalam kehidupan setiap Muslim lelaki atau wanita. Ia hendaklah diamalkan sepanjang masa walaupun wanita itu dalam keadaan uzur syarie (period).
- Jangan menuang air panas dalam tandas kerana tandas adalah tempat jin syaitan. Begitu juga ke dalam lubang.
- Apabila masuk ke bilik gelap, sebutlah "Basmalah".
- Apabila membaling sesuatu yang berat ke bumi, sebutlah "Basmalah".
- Apabila terjun dari tempat tinggi, seubutlah "Basmalah".
- Jangan kencing ke dalam lubang, kerana ia tempat tinggal jin
- Jangan tidur seorang diri. Jika terpaksa tidur seorang diri, maka hendaklah berwuduk dan membaca zikir tidur.
- Jangan menyakiti anjing atau kucing.
- Jangan membunuh ular yang berada di rumah. Hendaklah diberi amaran selama tiga hari.
- Jangan berjalan seorang diri di padang pasir atau hutan belantara.
- Mengamal bacaan surah-surah pilihan seperti surah al-Ikhlas, surah al-Falaq, suran al-Nas dan ayat Kursi.
- Hidupkan suasana al_quran di dalam rumah.
- Menyebut zikir (لا إله إلا الله) seratus kali setiap hari. Dalam hadis diceritakan bahawa sesiapa yang membaca seratus kali:
"Tiada tuhan selain Allah. Allah yang esa tiada sekutu bagi-Nya. Bagi-Nya kerajaan dan segala pujian. Dan Dia berkuasa atas tiap-tiap sesuatu". maka antara fadilatnya ialah dipelihara daripaa syaitan pada hari itu. (Hadis Riwayat Bukhari). - Sentiasa membaca ayat-ayat yang mengandungi makna bagi membatalkan sihir seperti surah al-A'raf (118 - 119) dan surah Taha (69).
- Makan ubat tertentu seperti tamar (kurma). Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud: "Sesiapa yang makan setiap pagi buah tamar 'Ajwah maka tidak akan memudaratkannya oleh racun dan sihir pada hari itu hingga malam hari" (Mafhum hadis riwayat Bukhari).
Aisha r.a menceritakan bahawa Nabi s.a.w apabila mengadu sakit, baginda s.a.w akan membaca ke atas dirinya surah al-Falaq dan surah al-Nas kemudian membuskannya. (Mafhum hadis riwayat Muslim).
[caption id="attachment_610" align="aligncenter" width="351" caption="Isti'azah"]
Surah Al-Ikhlas
بسم الله الرحمن الرحيم
Maksudnya: "Katakanlah (wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;" "Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat;" "Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;" "Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya".
Surah Al-Falaq
بسم الله الرحمن الرحيم
Maksudnya: "Katakanlah (wahai Muhammad); "Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk, Dari bencana makhluk-makhluk yang Ia ciptakan; Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk; Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan); Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya".
Surah Al-Nas
بسم الله الرحمن الرحيم
Maksudnya: "Katakanlah (wahai Muhammad): "Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia. Yang Menguasai sekalian manusia, Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia, Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam, - Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia, - (Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia".
Ayatul Kursi
بسم الله الرحمن الرحيم
Maksudnya: "Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)"
Surah A'raf (7:118 - 119)
بسم الله الرحمن الرحيم
Maksudnya: "Maka sabitlah kebenaran (mukjizat Nabi Musa), dan batalah (sihir) yang mereka telah lakukan. Oleh itu, kalahlah Firaun dan Ketua-ketua kaumnya di situ dan kembalilah mereka dengan keadaan yang hina."
Surah Taha (20:69)
بسم الله الرحمن الرحيم
Maksudnya: "Dan campakkanlah apa yang ada di tangan kananmu, nescaya ia menelan segala (benda-benda sihir) yang mereka lakukan, kerana sesungguhnya apa yang mereka lakukan itu hanyalah tipu daya ahli sihir; sedang ahli sihir itu tidak akan beroleh kejayaan, di mana sahaja ia berada".
Topik berkaitan Isti'azah: http://ashboi.wordpress.com/2008/08/10/istiazah-elak-gangguan-syaitan/
Mengelak Gangguan Jin, Syaitan dan Sihir
Alhamdulillah, sambil-ambail aku melayari laman social Facebook, aku terlintas sebuah video dari Ustaz Kazim Elias yang berjudul "Apa Itu Sihir". Yang menarik perhatian aku adalah sejak kebelakangan ini, sekali lagi isteriku mengalami gangguan. AKu sendiri tidak pasti mengapakah beliau sering kali diganggu. Aku sendiri hingga ke hari ini masih menjadi tanda tanya mengapa,??
Namun kali ini beliau diganggu, aku terpaksa tegas, aku sudah tidak dapat membendung lagi gangguan yang sering menganggu isteriku. Sambil aku menonton video dari ceramah Ustaz Kazim, terlintas dihatiku ada sebuah buku yang aku beli iaitu hasil penulisan dari Dato' Hj. Ismail Kamus dan diakuhir buku tersebut ada beliau memberi petua untuk menghindar jin, syaitan dan sihir. Aku ingin berkongsi bersama:
- Sentiasa berzikir kepada Allah
- Apabila menuang air panas, sebutlah nama Allah atau membaca "Isti'azah" atau membaca "Basmalah". Dua lafaz ini adalah amat penting dalam kehidupan setiap Muslim lelaki atau wanita. Ia hendaklah diamalkan sepanjang masa walaupun wanita itu dalam keadaan uzur syarie (period).
- Jangan menuang air panas dalam tandas kerana tandas adalah tempat jin syaitan. Begitu juga ke dalam lubang.
- Apabila masuk ke bilik gelap, sebutlah "Basmalah".
- Apabila membaling sesuatu yang berat ke bumi, sebutlah "Basmalah".
- Apabila terjun dari tempat tinggi, seubutlah "Basmalah".
- Jangan kencing ke dalam lubang, kerana ia tempat tinggal jin
- Jangan tidur seorang diri. Jika terpaksa tidur seorang diri, maka hendaklah berwuduk dan membaca zikir tidur.
- Jangan menyakiti anjing atau kucing.
- Jangan membunuh ular yang berada di rumah. Hendaklah diberi amaran selama tiga hari.
- Jangan berjalan seorang diri di padang pasir atau hutan belantara.
- Mengamal bacaan surah-surah pilihan seperti surah al-Ikhlas, surah al-Falaq, suran al-Nas dan ayat Kursi.
- Hidupkan suasana al_quran di dalam rumah.
- Menyebut zikir (لا إله إلا الله) seratus kali setiap hari. Dalam hadis diceritakan bahawa sesiapa yang membaca seratus kali:
"Tiada tuhan selain Allah. Allah yang esa tiada sekutu bagi-Nya. Bagi-Nya kerajaan dan segala pujian. Dan Dia berkuasa atas tiap-tiap sesuatu". maka antara fadilatnya ialah dipelihara daripaa syaitan pada hari itu. (Hadis Riwayat Bukhari). - Sentiasa membaca ayat-ayat yang mengandungi makna bagi membatalkan sihir seperti surah al-A'raf (118 - 119) dan surah Taha (69).
- Makan ubat tertentu seperti tamar (kurma). Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud: "Sesiapa yang makan setiap pagi buah tamar 'Ajwah maka tidak akan memudaratkannya oleh racun dan sihir pada hari itu hingga malam hari" (Mafhum hadis riwayat Bukhari).
Aisha r.a menceritakan bahawa Nabi s.a.w apabila mengadu sakit, baginda s.a.w akan membaca ke atas dirinya surah al-Falaq dan surah al-Nas kemudian membuskannya. (Mafhum hadis riwayat Muslim).
بسم الله الرحمن الرحيم
بسم الله الرحمن الرحيم
بسم الله الرحمن الرحيم
بسم الله الرحمن الرحيم
بسم الله الرحمن الرحيم
بسم الله الرحمن الرحيم
Sunday, September 26, 2010
Syawal 1431
Assalamualaikum,
Dah lama jugak aku tidak menulis.. katakanlah agak sibuk dengan persiapan AidilFitri dan juga kerja-kerja harian. Namun semuanya berjalan dengan lancar.. Alhamdulillah...
Bagi aku, Syawal 1431 begitu bermakna dalam hidupku kerana ada beberapa perkara yang berlaku yang mana ada di antaranya tidak di duga. Tahun ini aku beraya di Semenyih, Selangor kerana tahun ini adalah giliran isteriku...Kami berdua sudah bersepakat pada awal perkahwinan lagi iaitu selang setahun, bermaksud tahun pertama perkahwinan adalah giliran isteriku dan tahun tahun kedua giliran aku.. hinggalah kini sudah hampir 13 tahun kami berumahtangga.. Jadi adil dan saksama...
Sepanjang Ramadhan ini, aku merasakan telah banyak perubahan di dalam diri ini.. antaranya aku kini lebih mendekati Allah SWT...aku lebih cenderung untuk mempelajari lebih dalam ilmu agama, ingin lebih mendalami ilmu Solat yang menjurus kepada cara-cara Nabi Muhammad SAW.. AKu begitu bersyukur kehadratNya kerana telah memberi hidayah kepadaku agar kembali ke jalanNya...
Namun ada seperkara yang begitu menarik perhatianku, memang benar ada orang mengatakan bahawa di bulan Ramadhan syaitan dan iblis diikat, namun ada salah satu tazkirah aku diperdengarkan bahawa kesemua hanya dilemahkan kuasa mereka, dan ianya terbukti dengan isteriku didatangi semula makhluk halus.. namun hanya sementara sahaja.. apa jelas nampak adalah keengganan isteriku mendirikan solat, enggan mengikutiku ke solat sunat Tarawikh, ada saja alasan yang diberikan sedangkan isteriku jarang sekali sedemikian. Malah beliau membohongi aku ketika aku bertanyakan samada beliau sudah bersolat, dan jawapannya "SUDAH"....
Aku hanya memerhati dari jauh sahaja, kerana aku sendiri tidak arif di dalam bab ini.. tapi aku bertekad, sepulangnya aku ke kampung akan aku bertemukan isteriku dengan sahabatku untuk berubat..
Syawal 1431
| Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang |

Thursday, September 9, 2010
Ramadhan - 1431
Assalamualaikum,
Hanya tinggal satu hari lagi kita akan meninggalkan bulan yang penuh dengan keberkatan, bulan Ramadhan. Bagiku Ramadhan pada tahun ini penuh bermakna bagi hidupku, selama aku masih bernyawa selam 36 tahun ianya satu2 Ramadhan yang benar2 telah mengubah cara hidupku. Aku merasakan hidupku kini lebih bermakna.
Ramadhan ini juga aku mula berjinak2 dengan kuliyyah agama, seperti kulliyah subuh, tazkirah dan aku juga lebih banyak mencari bahan2 yang lebih menjurus kepada Islam. Ramadhan tahun ini juga, rezeki keluargaku telah bertambah. Aku kini mula mengenal Solat Sunat Taubat, Solat Sunat Tahajjud, Solat Sunat Tarawikh dan juga Solat Sunat Dhuha.

Thursday, August 5, 2010
kenapa dia menjadi mangsa?
aku kini betul2 di dalam dilema, mengapa isteriku sering menjadi mangsa. pernah aku menulis tentang perkara mistik yang terjadi pada isteriku... namun kini ianya berulang lagi...
tak silap aku 2 minggu lepas, isteriku didatangi lagi... sekali lagi beliau dirasuk oleh makhluk halus.. pada mula aku menyangkakan beliau sedang tidur, tiba2 beliau mendengus... dan dengusan beliau amat menggerunkan.. aku seperti biasa menidakkannya dan terus mendapati beliau.. aku cuba memanggil beliau berkali2, dan akhirnya beliau sedar... dan cara beliau sedar adalah sama seperti beliau dirasuki dahulu, iaitu dengan menyapu muka dengan menggunakan tangan kiri sebanyak 3 kali... lantas aku pasti sekali lagi beliau didatangi..