Showing posts with label solat. Show all posts
Showing posts with label solat. Show all posts

Thursday, December 22, 2011

Hukum Azan

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum,

Sedikit pengetahuan ingin aku kongsikan bersama, artikel ini diambil dari sebuah kitab yang elok dimiliki oleh semua, iaitu "Ensiklopedia Solat" keluaran Telaga Biru Sdn Bhd.

Ensiklopedia Solat

Friday, March 11, 2011

Hadis Solat Jumaat

بسم الله الرحمن الرحيم

1. Kewajiban mandi Jumaat atas setiap lelaki dewasa dan keterangan tentang beberapa hal yang dianjurkan

  • Hadis riwayat Abdullah bin Umar, ia berkata:
    Aku mendengar Rasulullah bersabda: Bila salah seorang di antara kalian hendak melakukan salat Jumat, maka hendaknya ia mandi. (Shahih Muslim No.1393)

  • Hadis riwayat Umar bin Khathab: ia berkata:
    Bahwa Rasulullah memerintahkan mandi (Jumaat). (Shahih Muslim No.1395)

  • Hadis riwayat Umar bin Khathab, ia berkata:
    Rasulullah bersabda: Bila salah seorang di antara kalian hendak melakukan salat Jumaat, maka hendaklah ia mandi. (Shahih Muslim No.1396)

  • Hadis riwayat Abu Said Al-Khudri ra.:
    Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Mandi pada hari Jumaat adalah wajib bagi setiap orang yang balig. (Shahih Muslim No.1397)

  • Hadis riwayat Aisyah ra., ia berkata:
    Biasanya kaum muslimin berangkat untuk melaksanakan salat Jumaat dari rumah-rumah mereka dari desa-desa sekitar Madinah dengan memakai abaya (sejenis jubah). Debu-debu mengenai mereka, sehingga mengeluarkan bau tubuh. Lalu seseorang di antara mereka mendatangi Rasulullah saw. yang berada di dekatku. Rasulullah saw. bersabda: Sepatutnya kalian mandi untuk menyambut hari ini. (Shahih Muslim No.1398)

Thursday, February 10, 2011

Khusyuk Dalam Solat

[caption id="attachment_1100" align="alignleft" width="197" caption="Formula Solat Sempurna - Ust. Zaharuddin Abd Rahman (TB)"][/caption]

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum,

Seperti biasa, marilah kita panjatkan kesyukuran kehadrat-Nya ayng telah mengkurniakan sihat tubuh badan dan akal fikiran agar kita dapat menjalankan amanah kita sebagai hambanya di mukabumi ini. Sebentar tadi sedang aku memandu untuk pulang ke rumah, terlintas difikiran akan ceramah dari Ustaz Kazim Elias berkenaan solat. Di dalam ceramah beliau menceritakan tentang pentingnya khusyk ketika kita bersolat.

Setibanya aku di rumah, sesudah aku mengerjakan solat Isya' langsung aku mentelaah sebuah buku hasil penulisan Ustaz Zaharuddin Abd. Rahman yang berjudul "Formula Solat Sempurna". Di dalam penulisan beliau ada beliau menekankan bab khusyuk ketika bersolat dan ingin aku kongsikan bersama di sini.

Khusyuk merupakan jiwa atau roh kepada solat. Solat yang tidak dijiwai dengan khusyuk hanyalah solay yang sia-sia, tidak memberikan apa-apa melainkan hanya mendapat kepenatan. Ini ditegaskan oleh Baginda Nabi saw ketika mengingatkan orang yang tidak menjaga hati dan khusyuk ketika bangun menunaikankan solat malam:
"Dan barangkali orang yang berdiri (solat di tengah malam) itu tidak diperolehinya kecuali berjaga malam (Penat dan letih)." (Riwayat Ibn Hibban dan al-Tabrani)

Friday, January 14, 2011

Tentang Hari Jumaat

[caption id="" align="alignright" width="300" caption="Image via Wikipedia"]A congregation of worshipers attentively liste...[/caption]

Assalamualaikum,

Adapun baru-baru ini aku menghadiri sebuah kuliyyah Maghrib, di dalam kuliyyah tersebut Ustaz Johari ada menerangkan serba sedikit tentang hari Jumaat. Ianya berkenaan beberapa perkara larangan dan adab-adab pada hari yang mulia ini. Disebabkan topik tersebut telahpun diperbincangkan pada bulan lepas dan aku telahpun terlepas kuliyyah tersebut kerana aku terpaksa pulang lewat dari tempat kerja, lantas aku mencari di internet tentang topik tersebut dan apa yang aku ketemui ingin aku kongsikan bersama di sini.

Adab-Adab Di Hari Jumaat

  1. Dari Abu Said Al-Khudri radhiallahu anhuma dari Nabi shallallahu alaihi wasallam bahwa beliau bersabda:
    مَنْ قَرَأَ سُورَةَ الْكَهْفِ لَيْلَةَ الْجُمُعَةِ أَضَاءَ لَهُ مِنْ النُّورِ مَا بَيْنَ الجُمْعَتَيْنِ
    “Barangsiapa yang membaca surat Al-Kahfi pada malam jumat maka dia akan diterangi oleh cahaya antara jumat itu hingga jumat depannya.” (HR. Al-Hakim dan Al-Baihaqi dalam Syuabul Iman, serta dinyatakan shahih oleh Al-Albani dalam Shahih Al-Jami’ no. 6470)

  2. Dari Abu Hurairah radhiallahu anhu dia berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
    إِذَا قُلْتَ لِصَاحِبِكَ يَوْمَ الْجُمُعَةِ أَنْصِتْ وَالْإِمَامُ يَخْطُبُ فَقَدْ لَغَوْتَ
    “Jika kamu berkata kepada temanmu pada hari jumat, “Diamlah,” sementara imam sedang memberikan khutbah, maka sungguh kamu sudah berbuat sia-sia.” (HR. Al-Bukhari no. 414 dan Muslim no. 851)

  3. Dari Aus bin Aus radhiallahu anhu dia berkata: Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
    إِنَّ مِنْ أَفْضَلِ أَيَّامِكُمْ يَوْمَ الْجُمُعَةِ فَأَكْثِرُوا عَلَيَّ مِنْ الصَّلَاةِ فِيهِ فَإِنَّ صَلَاتَكُمْ مَعْرُوضَةٌ عَلَيَّ قَالَ فَقَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ وَكَيْفَ تُعْرَضُ صَلَاتُنَا عَلَيْكَ وَقَدْ أَرَمْتَ قَالَ إِنَّ اللَّهَ تَبَارَكَ وَتَعَالَى حَرَّمَ عَلَى الْأَرْضِ أَجْسَادَ الْأَنْبِيَاءِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِمْ
    “Sesungguhnya hari jumat adalah di antara hari-hari kalian yang terbaik, karenanya perbanyaklah shalawat kepadaku pada hari itu. Karena sesungguhnya shalawat kalian disampaikan kepadaku.” Para sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, bagaimana shalawat kami disampaikan kepadamu, sementara engkau telah meninggal?” Beliau bersabda, “Sesungguhnya Allah Tabaraka wa Ta’ala telah mengharamkan atas bumi untuk menghancurkan jasad para nabi shallallahu ‘alaihim.” (HR. Abu Daud no. 1047 dan dinyatakan shahih oleh Al-Albani dalam Shahih Al-Jami’ no. 2212)

Penjelasan ringkas:
Di antara adab-adab pada hari jumat yang dianjurkan oleh Nabi shallallahu alaihi wasallam untuk dilakukan -karena besarnya pahala yang ada di dalamnya- adalah disunnahkan untuk membaca surah Al-Kahfi di malam jumat serta memperbanyak shalawat kepada Nabi shallallahu alaihi wasallam pada malam dan siang hari jumat. Dan beliau juga melarang untuk melakukan semua amalan yang bisa mengganggu manusia mendengarkan khutbah, semisal datang terlambat lalu melangkahi leher-leher mereka dan juga berbicara, walaupun tujuan pembicaraannya adalah untuk amar ma’ruf nahi mungkar.

Dan di antara dalil yang menunjukkan keutamaan bershalat kepada beliau pada hari jumat adalah hadits Anas bin Malik radhiallahu anhu secara marfu’:
أَكْثِرُوا الصَّلاَةَ عَلَيَّ يَوْمَ الْجُمُعَةِ وَليلَةَ الْجُمُعَةِ, فَمَنْ صَلَّى عَلَيَّ صَلاَةً صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ عَشَرًا.
“Perbanyaklah shalawat kepadaku pada hari dan malam Jumat, karena barangsiapa yang bershalawat kepadaku sekali maka Allah akan bershalawat kepadanya 10 kali.” (HR. Al-Baihaqi (3/249) dan dinyatakan shahih oleh Al-Albani dalam Ash-Shahihah no. 1407)

Kesalahan-kesalahan Pada Hari Jumaat

  1. Mengkhususkan malam Jum’at untuk sholat malam dan berpuasa di siang harinya. Ini terlarang berdasarkan hadits yang diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari dan Muslim dari Muhammad bin ‘Abbad bin Ja’far, beliau berkata, “Saya bertanya kepada Jabir, ["Apakah Rasululah -Shallallahu 'alaihi wasallam- melarang untuk berpuasa pada hari Jum'at?"], beliau menjawab, ["Ya"]“.
    Dan diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam Shohihnya bahwa Nabi -Shallallahu ‘alaihi wasallam- bersabda:
    لاَ تَخْتَصُّوْا لَيْلَةَ الْجُمْعَةِ بِقِيَامٍ مِنْ بَيْنِ اللَّيَالِي, وَلاَ تَخْتَصُّوْا يَوْمَ الْجُمْعَةِ بِصِيَامٍ مِنْ بَيْنِ الْأَيَّامِ, إِلاَّ أَنْ يَكُوْنَ فِي صَوْمٍ يَصُوْمُهُ أَحَدُكُم
    “Jangan kalian mengkhususkan sholat malam pada malam Jum’at dan jangan pula kalian mengkhususkan berpuasa pada hari Jum’at, kecuali puasa yang salah seorang di antara kalian biasa berpuasa padanya”.
    Larangan (dalam hadits) ini -menurut jumhur- adalah bermakna makruh, dan menurut sekelompok ulama -di antaranya Syaikhul Islam- adalah bermakna haram. Dan tidak masuk ke dalam larangan jika pengkhususan (terhadap hari Jum’at untuk berpuasa) dikarenakan berpuasa Hari Arafah atau ‘Asyura` atau bagi orang yang berpuasa sehari dan berbuka sehari (1). Kebanyakan ulama menyatakan karena hal itu termasuk ke dalam sabda beliau -Shallallahu ‘alaihi wasallam-, “Kecuali puasa yang salah seorang di antara kalian biasa berpuasa padanya”.

  2. Bergampangan dalam mendengarkan khutbah Jum’at atau berbicara ketika imam berkhutbah. Mendengarkan khutbah dan diam untuk mendengarnya adalah perkara yang sangat dituntut, dan larangan untuk berbicara dan (larangan) untuk tidak memperhatikan (khutbah) disebutkan dalam hadits-hadits yang banyak. Di antaranya sada beliau -Shallallahu ‘alaihi wasallam-:
    إِذَا قُلْتَ لِصَاحِبِكَ يَوْمَ الْجُمْعَةِ: (أَنْصِتْ) وَالْإِمَامُ يَخْطُبُ فَقَدْ لَغَوْتَ
    “Jika kamu berkata kepada temanmu pada hari Jum’at, “Diamlah kamu” sementara imam sedang berkhutbah, maka sungguh engkau telah berbuat kesia-siaan”. Muttafaqun ‘alaihi
    Ucapan “diamlah kamu” teranggap memutuskan perhatian dari mendengar khutbah walaupun sebentar sehingga menghasilkan kesia-siaan. Ini adalah keadaan orang yang menasehati (baca: menegur), maka bagaimana lagi dengan orang yang berbicara pertama kali (yang ditegur-pent.)
    Al-Hafzh menyatakan dalam Al-Fath, “Maka jika beliau (Nabi) menghukumi ucapan “diamlah kamu” -padahal dia adalah orang yang beramar ma’ruf- sebagai kesia-siaan, maka ucapan yang lainnya lebih pantas dianggap sebagai kesia-siaan”(2).

  3. Berjual beli setelah adzan kedua. Tidak halal mengadakan transaksi jual beli setelah adzan(3) dan jual belinya teranggap fasid (rosak/tidak sah), berdasarkan firman Allah -Ta’ala-:
    يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا إِذَا نُودِيَ لِلصَّلَاةِ مِنْ يَوْمِ الْجُمُعَةِ فَاسْعَوْا إِلَى ذِكْرِ اللَّهِ وَذَرُوا الْبَيْعَ
    “Wahai orang-orang yang beriman, apabila kalian diseru untuk menunaikan sholat pada hari Jum`at, maka bersegeralah kalian kepada mengingat Allah dan tinggalkanlah jual beli”. (QS. Al-Jumu’ah: 9)
    Maka dalam ayat ini Allah melarang berjual beli setelah adzan, yakni adzan kedua. Jual belinya fasid karena (melanggar) larangan mengharuskan fasad (rosak/tidak sah).

  4. Solat setelah adzan ketika khathib masuk, yang dikenal dengan nama (solat) sunnah (qabliyah) Jum’at. Solat ini bukanlah sunnah dan tidak pernah dikerjakan oleh Rasulullah -Shallallahu ‘alaihi wasallam-. Imam Ibnul Qayyim -rahimahullah- berkata ketika menjelaskan petunjuk Nabi -Shallallahu ‘alaihi wasallam- dalam masalah ini, “Jika Bilal sudah selesai adzan maka NaBi -Shallallahu ‘alaihi wasallam- langsung berkhutbah dan tidak ada seorangpun yang berdiri mengerjakan (sholat) dua raka’at sama sekali, dan tidak ada adzan (pada hari Jum’at-pent.) kecuali satu kali. Hal ini menunjukkan bahwa (sholat) Jum’at sama seperti (sholat) ‘Id yang tidak mempunyai (sholat) sunnah sebelumnya. Inilah yang paling benar di antara 2 pendapat ulama dan inilah yang ditunjukkan oleh sunnah”. Kemudian beliau berkata, “Dan barangsiapa yang menyangka bahwa mereka (para sahabat-pent.) semuanya berdiri -tanpa kecuali- lalu mengerjakan 2 raka’at setelah selesainya Bilal mengumandangkan adzan, maka dia adalah orang yang paling bodoh tentang sunnah. Apa yang kami sebutkan ini berupa tidak adanya (sholat) sunnah sebelum Jum’at adalah madzhab Malik, Ahmad -menurut yang paling masyhur dari beliau-, dan salah satu sisi (pendapat) di kalangan ashhab (pengikut) Syafi’i”. Sampai akhir ucapan beliau.

  5. Melangkahi tengkuk-tengkuk manusia (jama’ah). Ini termasuk kesalahan yang tersebar dan merupakan bentuk gangguan kepada orang-orang yang sholat yang datang lebih dahulu. Telah ada hadits-hadits yang melarang darinya, (di antaranya) dari ‘Abdullah bin Busr -radhiallahu ‘anhuma- beliau berkata, “Seorang lelaki datang (ke masjid) pada hari Jum’at lalu melangkahi tengkuk-tengkuk jama’ah sementara Nabi -Shallallahu ‘alaihi wasallam- sedang berkhutbah, maka Nabi -Shallallahu ‘alaihi wasallam- bersabda:
    اِجْلِسْ فَقَدْ آذَيْتَ وَآنَيْتَ
    “Duduklah kamu, sungguh kamu telah mengganggu dan membuat orang terlambat.” Riwayat Ahmad, Abu Daud, An-Nasa`i, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban, dan yang lainnya dengan lafadz-lafadz yang hampir sama, sedang lafadz ini adalah lafadz Ahmad.

  6. Memperpanjang khutbah dan mempersingkat sholat. Ini menyelisihi sunnah, karena yang merupakan sunnah adalah mempersingkat khutbah, memendekkannya dan tidak memperbanyak ucapan yang tidak bermanfaat, serta memperpanjang sholat. Dari ‘Abdullah bin Abi ‘Aufa, beliau berkata:
    كَانَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُطِيْلُ الصَّلاَةَ وَيَقْصُرُ الْخُطْبَةَ
    “Adalah Rasulullah -Shallallahu ‘alaihi wasallam- biasa memperpanjang sholat dan mempersingkat khutbah”. Riwayat An-Nasa`i.
    Dan dari ‘Ammar bin Yasir beliau berkata, saya mendengar Rasulullah -Shallallahu ‘alaihi wasallam- bersabda:
    إِنَّ طُوْلَ صَلاَةِ الرَّجُلِ وَقِصَرَ خُطْبَتِهِ مُئْنَةٌ مِنْ فِقْهِهِ, فَأَطِيْلُوْا الصَّلاَةَ وَأَقْصِرُوْا الْخُطْبَةَ وَإِنَّ مِنَ الْبَيَانِ لَسِحْرًا
    “Sesungguhnya panjangnya sholat dan singkatnya khutbah seseorang merupakan tanda kefaqihannya. Maka panjangkanlah sholat dan persingkatlah khutbah, sesungguhnya di antara bentuk penjelasan ada yang merupakan sihir”. Riwayat Muslim
    Maka dalam hadits ini terdapat perintah untuk memperpanjang sholat dan mempersingkat khutbah, sehingga terkumpullah dalam masalah ini ucapan dan perbuatan beliau.

  7. Menyentuh (baca: bermain dengan) kerikil atau melakukan perbuatan sia-sia (baca: bermain-main) dengan menggunakan tasbih (arab: misbahah) dan semisalnya(4). Ini adalah hal yang terlarang, termasuk di dalamnya bermain dengan al-gutroh atau pakaian atau alas masjid (sajadah atau terpal atau karpet-pent.) atau dengan siwak atau selainnya, seperti: tasbih, jam tangan, dan polpen. Hal ini berdasarkan hadits yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam Shohihnya, bahwa Rasulullah -Shallallahu ‘alaihi wasallam- bersabda:
    مَنْ تَوَضَّأَ فَأَحْسَنَ الْوُضُوْءَ ثُمَّ أَتَى الْجُمْعَةَ فَاسْتَمَعَ وَأَنْصَتَ, غُفِرَ لَهُ مَا بَيْنَهُ وَبَيْنَ الْجُمْعَةِ وَزِيَادَةُ ثَلاَثَةِ أَيَّامٍ, وَمَنْ مَسَّ الْحَصَى فَقَدْ لَغَى
    “Barangsiapa yang berwudhu lalu memperbaiki wudhunya kemudian dia mendatangi (Sholat) Jum’at, dia mendengarkan (khutbah) dan diam, maka akan diampuni dosa-dosanya antara Jum’at ini dengan Jum’at yang akan datang ditambah tiga hari. Dan barangsiapa yang menyapu kerikil (dengan tangannya) maka sungguh dia telah berbuat sia-sia”.

  8. Menyendirikan hari Jum’at untuk berpuasa.
    Ada banyak hadits yang menerangkan tentang larangan menyendirikan hari Jum’at untuk berpuasa, di antaranya adalah hadits Abu Hurairah -radhiallahu ‘anhu- beliau berkata, saya mendengar Rasulullah -Shallallahu ‘alaihi wasallam- bersabda:
    لاَ يَصُوْمَنَّ أَحَدُكُمْ يَوْمَ الْجُمْعَةِ إِلاَّ أَنْ يَصُوْمَ يَوْمًا قَبْلَهُ أَوْ يَوْمًا بَعْدَهُ
    “Jangan sekali-kali salah seorang di antara kalian berpuasa pada hari Jum’at, kecuali dia berpuasa sehari sebelumnya atau sehari setelahnya”. Muttafaqun ‘alaih dan ini adalah lafadz Imam Al-Bukhari.
    Dalam Shohih Muslim, Nabi -Shallallahu ‘alaihi wasallam- bersabda:
    لاَ تُخُصُّوْا يَوْمَ الْجُمْعَةِ بِصِيَامٍ مِنْ بَيْنِ سَائِرِ الْأَيَّامِ إِلاَّ أَنْ يَكُوْنَ فِي صَوْمٍ يَصُوْمُهُ أَحَدُكُمْ
    “Jangan kalian mengkhususkan hari Jum’at dari hari-hari lainnya dengan berpuasa, kecuali puasa yang kalian biasa berpuasa dengannya “.
    Dan dalam Shohih Al-Bukhari dari Juwairiyah bintu Al-Harits (beliau bercerita) bahwa Nabi -Shallallahu ‘alaihi wasallam- pernah masuk kepada beliau pada hari Jum’at sedang beliau dalam keadaan berpuasa, maka Nabi bersabda:
    أَصُمْتِ أَمْسِ؟ قَالَتْ: لاَ. قَالَ: فَتُرِيْدِيْنَ أَنْ تَصُوْمِي غَدًا؟ قَالَتْ: لاَ. قَالَ: فَأَفْطِرِي
    “Apakah kamu berpuasa kemarin?”, dia menjawab, “Tidak”. Beliau bersabda, “Apakah kamu akan berpuasa besok?”, dia menjawab, “Tidak”. Beliau bersabda, “Kalau begitu berbukalah kamu sekarang”.  Dan hadits-hadits (dalam masalah ini) sangat banyak. Adapun hikmah larangan -wallahu a’lam- adalah apa yang disebutkan oleh Imam Ibnul Qoyyim dalam ucapan beliau, “Untuk menutup sarana masuknya apa-apa yang bukan agama ke dalam agama, dan wajib untuk menyelisihi ahli kitab dalam hal mengkhususkan sebagian hari untuk tidak mengerjakan amalan-amalan duniawi. Dan juga ditambahkan bahwa hari ini (Jum’at), tatkala keutamaannya dibandingkan hari-hari lainnya sangat jelas maka alasan untuk berpuasa padanya sangat kuat, sehingga jadilah dia (Jum’at) sebagai hari yang manusia berbondong-bondong berpuasa padanya dan merayakannya dengan apa-apa yang mereka tidak rayakan dengan berpuasa pada hari-hari lainnya, dan dalam hal ini ada perbuatan menambahkan ke dalam syari’at apa-apa yang bukan bagian darinya. Karena hal inilah -wallahu A’lam- dilarang untuk mengkhususkan malam Jum’at untuk sholat dibandingkan malam-malam lainnya karena dia merupakan malam yang paling utama …”. Dan telah berlalu dalam point pertama tentang hukum menyendirikan hari Jum’at untuk berpuasa jika dia bertepatan dengan (puasa) ‘Arafah atau Asyuro` bahwa hal tersebut tidaklah mengapa. 

    Maksudnya jika kebetulan puasa-puasa ini jatuhnya pada hari Jum’at.  Termasuk di dalamnya ketika seseorang berbicara menyuruh orang lain untuk mengedarkan celengan jumat atau ucapan lain yang diucapkan jamaah sementara khutbah berlangsung. Maka tidak termasuk ucapan sia-sia, ucapan yang diucapkan ketika khatib sedang duduk di antara dua khutbah dan tidak termasuk darinya percakapan yang terjadi antara khatib dan jamaah, sebagaimana yang tersebut dalam beberapa hadits. Yakni bagi orang yang wajib untuk menghadiri jum’at. Adapun kaum wanita atau anak lelaki yang belum balig maka diperbolehkan bagi mereka berjual beli walaupun telah azan jum’at karena mereka tidak diwajibkan shalat jum’at.  Termasuk hal yang dimakruhkan adalah menyilangkan jari-jari kedua tangan sebelum shalat, berdasarkan beberapa hadits yang hasan dari seluruh jalan-jalannya, di antaranya adalah hadits Ka’ab bin Ujrah, Abu Hurairah, dan selainnya. Dan bisa termasuk di dalamnya perbuatan mengedarkan celengan jumat karena hal itu bisa membuat seseorang lalai dari mendengar khutbah sebagaimana yang telah berlalu. Karenanya hendaknya celengan jumat diedarkan sebelum khutbah atau setelah shalat jumat, wallahu a’lam.

Sumber :

Saturday, December 11, 2010

2 Dalam 1

Assalamualaikum,

Entah mengapa, dalam banyak2 masjid telah aku bersolat, semuanya tidak sama apa yang aku rasakan sepertimana aku bersolat di Masjid Wilayah Persekutuan. Tatkala aku bersolat di sana, seperti ada suatu aura yang sukar untuk digambarkan dengan kata2.

IMAG_0606Seperti mendapat satu ketenangan ketika bersolat di sana, dari mulanya berwuduk, kemudian menjejakkan kaki ke dalam dewan solat. Suasananya begitu tenang dan nyaman. Boleh dikatakan seperti berada di suatu tempat yang sungguh indah dan menyenangkan.

Boleh diibaratkan seperti berada di sebuah kepulauan yang begitu asyik dengan deruan ombak memukul pantai, angin laut yang dingin. Begitu sekali aku rasakan. Bukannya maksud aku di sini seperti mempromosikan Masjid Wilayah, tapi ingin aku kongsikan apa yang aku rasakan.

Boleh dikatakan, setiap kali aku ke sana, Imamnya pasti bertukar2 dan hampir kesemunya adalah di kalangan Imam Muda. Malah bacaan surah mereka begitu sedap sekali. Dari apa yang aku amati, kebanyakkan masjid2 terutamanya di KL dan Selangor, Imamnya adalah Imam Muda. Sepertimana aku menyempurnakan solat Jumaat tengahari tadi di Masjid As-Syakiri, Bandar Utama. Katib dan Imamnya juga muda, tak silap aku di dalam lewat 20an.

Kadang2 aku merasakan ada eloknya juga jika imam2 muda ini dipertengahkan, agar dapat memberi tauladan kepada generasi sekarang di mana kebanyakkan remaj2 kita sudah hanyut. Hanyut jauh entah ke mana. Seperti kejadian semalam semasa aku dalam perjalanan pulang dari kerja.

Di Sg Besi berhampiran dengan Balai Polis Sg Besi, jika kita melalui lebuh raya dari Kg Malaysia terdapat sebuah apatment yang bertentangan dengan stesen LRT Sg Besi. Kebanyakkan dari mereka akan melintasi lebuh raya ersebut untuk menuju ke stesen LRT Sg Besi, dan lebuh raya tersebut memang sangat sibuk ketika waktu puncak. Ada sorang remaja, sedang melintas dan tidak menghiraukan pengguna jalan raya. Nak dijadikan cerita ketika itu ada sebuah Proton Waja, sedang meluncur laju. Umur remaja tersebut masih panjang kerana pemandu tersbut sempat mengenakan brek, lalu beliau membunyikan hon.

Remaja tersebut dengan selambanya melambai tanda tangan, pasti anda tahukan simbol lucah terhadap pemandu tersebut. Lantas pemandu tersebut memberhentikan kendaraan beliau di bahu jalan, kemudain anda fikirkanlah apa yang terjadi.

Kenapa semakin lama, semakin ramai di antara remaja kita yang begitu kurang ajar. Seperti mereka ini sudah tidak punya adab dan kesopanan. Namun apa yang menyedihkan, ibubapa yang dipersalahkan. Kadang2 aku merasakan ada benarnya, kebanyakkan ibubapa memandang rendah dalam adab kesopanan anak2 mereka. Mereka membiarkan sahaja apa yang diperlakukan oleh anak2 mereka. Kadang2 seperti mereka merasakan megah jika anak2 mereka berperangai sedemikian.

Inilah yang menyebabkan kadang2 aku menjadi takut dengan telatah dan perangai anak aku sendiri. Mungkin juga pergaulan di antara mereka sendiri atau adakah ini semua adalah perkara2 yang menunjukkan bahawa kita berada di akhir zaman, Seperi hadis yang diriwayatkan oleh Tirmizi:

Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. Rasulullah saw. Bersabda: “Apabila umat ku telah
membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu:

1. Apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu.
2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.
3. Zakat dijadikan hutang.
4. Suami memperturutkan kehendak isteri.
5. Anak derhaka terhadap ibunya,
6. Sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya.
7. Ia suka menjauhkan diri daripada ayahnya.
8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.
9. Yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka.
10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.
11. Khamar (arak) sudah diminum di merata tempat.
12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki).
13. Para artis-artis disanjung-sanjung.
14. Muzik banyak dimainkan.
15. Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat).
Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau pun
mereka akan dirobah menjadi makhluk lain".

Kini aku hanya mampu berdoa agar Allah s.w.t memelihara naka2ku dari semua ini.

2 Dalam 1

Assalamualaikum,
Entah mengapa, dalam banyak2 masjid telah aku bersolat, semuanya tidak sama apa yang aku rasakan sepertimana aku bersolat di Masjid Wilayah Persekutuan. Tatkala aku bersolat di sana, seperti ada suatu aura yang sukar untuk digambarkan dengan kata2.
IMAG_0606Seperti mendapat satu ketenangan ketika bersolat di sana, dari mulanya berwuduk, kemudian menjejakkan kaki ke dalam dewan solat. Suasananya begitu tenang dan nyaman. Boleh dikatakan seperti berada di suatu tempat yang sungguh indah dan menyenangkan.
Boleh diibaratkan seperti berada di sebuah kepulauan yang begitu asyik dengan deruan ombak memukul pantai, angin laut yang dingin. Begitu sekali aku rasakan. Bukannya maksud aku di sini seperti mempromosikan Masjid Wilayah, tapi ingin aku kongsikan apa yang aku rasakan.

Tuesday, November 9, 2010

Sedih

Entah, kenapa tiba2 aku merasakan begitu sedih... Sedih kerana semakin hari aku mendekatkan diri kepada Allah, semakin banyak teman2 ku menolak diri ini. Mungkinkah aku ini keterlaluan dalam menunaikan ibadat? Aku sendiri tidak dapat menilainya, sememangnya kita tidak dapat menilai segala kebaikan dan keburukan diri sendiri.

Teruatama keburukan, ini hanya terserlah di mata kaca orang sekeliling. Memang aku akur kadang2 aku agak keterlaluan dalam menunaikan ibadah, adakalanya ada aku terpakasa bergegas pulang ke rumah sekiranya ada ceramah/kuliyyah Maghrib. Katakanlah aku berkerja di Kuala Lumpur, yang mana segala pelusuk jalanaraya dipenuhi dengan kenderaan, nescaya akan berlaku kesesakan lalulintas.

Bukannya di sini aku ingin menunjuk2 atau riak, cuma aku merasakan selama ini aku di dalam kerugian, kerugian dengan masa dan usia yang telah Allah swt kurniakan kepadaku dengan terbuang dengan begitu sahaja. Namun aku bersyukur terhadap-Nya kerana telah menunjukkan aku jalan yang lurus. Cuma kini aku merasakan begitu sedih, kenapa mesti kita memandang jelak ataupun memandang sebelah mata jika seseorang itu ingin semula kembali kepada pencipta-Nya.

Telah lama aku perhatikan, sememangnya begitu. Disebabkan itulah ramai dikalangan kitqa yang telah lalai dan alpa dengan tujuan sebenar kita dilahirkan di dunia ini. Terutamanya tiang agama, dulu sememangnya aku langsung tidak peduli akan Solat, hinggakan ketika azan berkumandang, aku hanya membiarkannya sahaja. Kadang2 aku tertanya2 pada diriku sendiri, mengapakah dulunya aku tidak sebegini rupa?

Usia remajaku hanya dihabiskan pada keseronokan. Tidak langsung aku terfikir untuk menghamba diri pada-Nya. Aku betul2 merasakan aku berada di dalam kerugian. Semua ini berubah tatkala ada beberapa perkara yang berlaku pada diriku. Perkara yang tidak dapat diterima oleh akal fikiran. Namun sekali lagi aku bersyukur kehadrat-Nya, kerana aku menginsafkan aku.

Kini aku mempunyai misi tersendiri, iaitu aku ingin menjadikan keluarga sebuah keluarga yang mendapat barakah dari-Nya. Aku akan cuba sedaya-upaya untuk mengubah setiap ahli keluarga agar kembali kepada-Nya. Insya Allah.

Seperkara yang aku begitu sedih ialah, laman web sosial (FB). Sudah tentu ramai yang menpunyai akaun, dan ramai yang sanggup bersengkang mata hanya untuk melayaninya. Tapi pernahkah kita terfikir, masa yang terluang di penuhi dengan sesuatu yang berguna. Maksudku seperti mengingati-Nya. Banyak ceramah2 dan kuliyyah yang aku dengari dan aku kunjungi, banyak yang dapat kita lakukan untuk mengingati-Nya.

Entahlah ... bukan aku ingin berceramah, kerana diri ini juga belum cukup untuk menceramah pada orang. Cuma tatkala aku menbaca buku2 agama dan melayari laman2 web yang menjurus kepada keTuhanan, aku menjadi takut. Takut adakah diri ini sempat bertaubat kepada-Nya? Adakah taubatku ini diterima-Nya? Bagaimanakah keadaan aku di sana nanti? Di manakah tempatku di sana? Hanya Allah swt yang mengetahuinya.

Aku menyusun sepuluh jari memohon keampunan kepada-Nya dan juga kepada sesiapa yang membaca atau melewati laman blog ini. Jika aku ada terkasar bahasa atau melampui batasan. Bukan niatku untuk riak dan sombong, cuma aku menjalankan tugas sebagai seorang Muslim, mengingati sesama kita. Moga Allah swt memberi barakah kepada kita. Insya Allah .....

Wednesday, October 27, 2010

Demi waktu Dhuha

Assalamualaikum,

Sambil2 aku bersantai sesudah aku menunaikan solat 'Isya, teringat pula aku pada sebuah buku yang aku baru beli iaitu "Formula Solat Sempurna" hasil penulisan Ustaz Zaharuddin Abd. Rahman. Sebenarnya dah agak lama aku menanti buku tersebut. Kerana dari sedikit keterangan mengenai buku tersebut membentangkan cara2 solat yang disunnahkan oleh Nabi s.a.w. Entah mengapa aku kini lebih suka membaca buku yang begitu menjurus kepada keagamaan?

Aku betul2 bersyukur kehadrat-NYA kerana benar2 telah membuka pintu hati yang telah sekian lama tertutup di dalam kejahilan. Malah kini aku betul2 merasakan banyak benar yang aku ingin mempelajari berkenaan Islam. Kadang2 aku terfikir, aku hanyalah beragama Islam tapi hanya pada nama, sebaliknya aku buta, tidak tahu menahu langsung dan kebanyakkan ibadah ayng aku cuba buat adalah berdasarkan ikut-ikutan dan tidak mengikuti sunnah Nabi s.a.w.

Sedang aku mentelaah buku tersebut, terlintas difikiranku, aku bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan oleh Allah s.a.w. Ada suatu ketika dahulu, aku benar2 mengalami zaman kemelesetan ekonomi. Aku dan isteriku terpaksa bertungkus lumus mencari rezeki, menebalkan muka berhutang sana sini. Hinggakan ada yang bersuara, aku dan keluargaku ini macam tak pernah cukup jika dikira pendapatan yang aku dan isteriku terima. Namun aku dan isteriku hanya menebalkan muka dan memekakkan telinga.

Thursday, October 21, 2010

Sentuh Anak Yang Berhadas

Assamualaikum,

Baru-baru ini ada aku membeli sebuah buku yang berjudul "Mutiara Akidah & Ibadat" sebuah penulisan oelh Ustaz Zaharuddin Abd Rahman. Iaitu sebuah buku yang menerangkan secara ringkas perkara-perkara yang wajib diketahui oleh muslim berkenaan akidah & ibadat. Banyak yang dapat aku pelajari dari buku ini.

Cuma di sini ingin aku berkongsikan sesuatu yang bagi aku adalah satu perkara yang mungkin kebanyakkan adri kita tidak tahu dan bagaimana caranya, iaitu apakah yang perlu dan boleh kita lakukan apabila ketika kita bersolat dan tersentuh anak kita yang berhadas.

Menurut mazhad Syafie, hukumnya tidak membatalkan solat. Imam an-Nawawi juga menegaskan di dalam Rawdah at-Tolibin dengan katanya,

"Sekiranya (seseorang yang sedang solat itu bersentuh dengan sesuatu yang suci (pada jasanya seperti kanak-kanak) tetapi benda suci tadi bersentuh pula dengan najis atau menanggung najis maka solatnya tidak terbatal".

Alasan tidak membatalkan:

  1. Sentuhan itu tidak secara langsung dengan najis yang ditanggung. Jika secara langsung, solat akan terbatal tetapi tidak wuduknya. Manakala, najis itu perlu dibasuh dan tidak perlu memperbaharui wuduk.

  2. Bersentuh secara tidak langsung dengan kanak-kanak yang menganggung najis seperti memegang tangannya atau dirinya menyentuh pakaian kita, itu tidak mengapa kerana mereka bukan najis tetapi hanya menanggung najis. Bagaimanapun, solat boleh terbatal sekiranya kita menanggung kanak-kanak itu, iaitu mendukungnya atau belakang dipanjat semasa sujud atau duduk di atas riba ketika tasyahud akhir

Akan tetapi, jika kita menanggung sesuatu najis lalu membuangnya dengan cepat, solat itu tetap sah. Ini merujuk peristiwa ketika para sahabat bersolat bersama Nabi s.a.w dengan memakai selipar, tiba-tiba mereka melihat baginda (semasa solat) telah menanggalkan seliparnya, maka semua sahabat turut menanggalkan selipar mereka (kerana menyangka ia adalah perbuatan yang mesti diikuti), Setelah selesai solat, Nabi bertanya kepada mereka, "Apakah yang menyebabkan kamu menanggalkan selipar kamu?". para sahabat menjawab, "Kerana kami melihat kamu melakukannya." Nabi menjawab, "Telah datang kepadaku malaikat Jibril a.s lalu memberitahu bahawa, pada seliparku teredapat kekotoran atau najis (maka aku tanggalkan kerana itu)" - Riwayat Abu Daud

Jika anak kecil yang menanggung najis duduk di riba kita dan dielak dengan segera, ia tidak membatalkan solat. Semoga kita mendapat satu ilmu yang baru di dalam perkara di atas. Mungkin ada sesetengah sudahpun mengetahui namun bagiku, tidak kesemua kita yang mengetahuinya.

Nota:

Penulisan di atas diambil dari buku Mutiara Akidah & Ibadat (penulisan Ustaz Zaharuddin Abd Rahman)