بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum
Adapun sebentar tadi aku sedangkan melakukan "Cleanup" bagi inbox email ku, terserempak akan aku satu email yang dikirimkan oleh seorang sahabat yang lama aku kenali. Email tersebut bertajuk "Luasnya Neraka". Tersentak aku sebentar apabila membacanya. Marilah kita renungkannya:
Luasnya Neraka
YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM, lindunglilah dan peliharakanlah kami, kedua ibubapa kami, isteri kami, anak-anak kami, kaum keluarga kami & semua orang Islam dari azab seksa api nerakaMu YA ALLAH.
Sesungguhnya kami tidak layak untuk menduduki syurgaMu YA ALLAH, namun tidak pula kami sanggup untuk ke nerakaMu YA ALLAH.
Ampunilah dosa-dosa kami, terimalah taubat kami dan terimalah segala ibadah dan amalan kami dengan RAHMATMU YA ALLAH......AMIN.....
Friday, February 18, 2011
Tetamu Masjid
![]() |
| Gambar Hiasan - Masjid Wilayah Persekutuan |
Asssalamualaikum,
Alhamdulillah, sekali lagi kita bertemu dengan hari yang begitu mulia dan penuh dengan rahmat, iaitu Hari Jumaat. Ingin aku kongsikan di sini khutbah Jumaat yang aku muatturunkan dari laman web JAKIM yang bertajuk "TETAMU MASJID".
Tetamu Masjid
Pada asalnya masjid adalah tempat sujud, rumah Allah SWT. Tetamu yang datang mengunjungi masjid adalah mereka yang sanggup mengabdikan diri kepada Allah yang maha berkuasa dengan berjanji akan menjadi hamba Allah yang sentiasa taat kepada perintah-Nya. Masjid adalah salah satu daripada tanda wujudnya umat Islam di suatu tempat di muka bumi ini, kerana disinilah tempat pertemuan dan merupakan salah satu tanda perpaduan umat Islam. Disinilah juga wujudnya orang-orang yang bertakwa dan bersaudara. Sebagaimana firman Allah SWT dalam Surah At-Taubah ayat 18:
Maksudnya: “Hanyasanya yang memakmurkan masjid-masjid Allah itu ialah orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk.”
Masjid tidaklah dapat disamakan dengan tempat-tempat lain seperti rumah-rumah persendirian, gedung-gedung perniagaan atau pasar kerana tempat yang suci lagi mulia ini menjadi tempat orang Islam melakukan ibadah kepada Allah SWT. Ia juga adalah tempat kebajikan yang penuh dengan rahmat dan berkat. Syeikhul Islam Ibnu Taimiah pernah menyebut di dalam kitabnya yang terulung, Majmu`at al-Fatawa bahawa: Salah satu tempat penyatuan dan perkumpulan yang strategik untuk umat Islam ialah masjid dan sesungguhnya Nabi Muhammad SAW mengasaskan Masjid Nabawi dengan menerapkan nilai takwa sebagai paksinya.
Memandangkan tempat ini mulia, maka kita sebagai tetamu masjid perlulah memelihara kemuliaan dengan menjaga sopan santun, sentiasa bertatatertib dan memelihara adab-adab ketika memasuki dan berada di dalamnya. Antara adab-adab tersebut ialah,
- Ikhlaskan niat ketika pergi kerana Allah SWT.
- Sebelum pergi hendaklah bersuci dari hadas, mandi sunat, mengambil wuduk, berpakaian menutup aurat, disunatkan memakai pakaian yang baru dan berwarna putih serta berwangi-wangian. Rasulullah SAW bersabda dengan maksudnya: Sesiapa yang mengambil wuduk di rumahnya dan di perelokkan wuduknya, kemudian dia pergi ke masjid, maka dia adalah tetamu Allah dan menjadi kewajipan ke atas orang yang dilawati untuk memuliakan tetamunya.
- Sentiasa tenang, tidak tergopoh gapah, sentiasa tawadhu’ dan khusuk ketika kaki melangkah ke masjid. Di riwayatkan bahawa Rasulullah pernah bersabda dengan maksudnya: Jika kamu terdengar iqamat, maka berjalanlah kamu ke tempat solat dalam keadaan tenang dan tidak tergopoh-gapah. Apa yang kamu sempat, maka solatlah dan apa yang kamu tertinggalkan maka sempurnakanlah.
- Dalam perjalanan memperbanyakkan zikir, takbir, tasbih, tahmid, tahlil dan selawat.
- Membaca doa-doa yang di ajarkan oleh Rasulullah SAW ketika memasuki masjid dan ketika berada di dalamnya serta memberi salam kepada malaikat yang menjaga rumah Allah.
- Menunaikan sembahyang sunat tahiyatul masjid, melakukan iktikaf, berdiam diri iaitu tidak membuat bising, tidak bercakap-cakap, tidak membicarakan hal-hal yang berkaitan dengan keduniaan, tidak melakukan sesuatu tidak baik yang mengotorkan kesucian dan merosakkan kehormatan masjid.
- Dilarang menjadikannya sebagai tempat laluan atau jalan melainkan sebagai tempat mengingati Allah dan tempat solat.
Rasulullah SAW menggesa umatnya agar cintakan masjid supaya dapat menyelamatkan diri dan mendapat perlindungan Allah SWT pada hari kiamat. Mereka yang sentiasa mengunjungi masjid dengan tujuan beribadat dan mendapat keredhaan Allah SWT akan memperolehi ganjaran yang besar iaitu syurga serta menjadi bukti tentang keimanan pada hari akhirat kelak. Sabda Rasulullah SAW:

Bermaksud: “Sesiapa yang pergi ke masjid di waktu pagi dan petang, Allah SWT menyediakan untuknya sesuatu hidangan yang biasa diberikan kepada tetamu di syurga bagi setiap kali ia pergi ke masjid samada pagi atau petang." ( Riwayat al-Bukhari)
Mimbar merasa bimbang dengan suasana akhir-akhir ini dengan ada segelintir masyarakat yang kurang beradab ketika mengunjungi masjid. Mereka tanpa segan silu tidak menghormati kesucian dengan melakukan perbuatan keji seperti mencaci, memfitnah dan melontarkan tohmahan, memburuk-burukkan peribadi orang lain serta mendedahkan keaiban saudaranya. Lebih malang lagi ada yang membenarkan orang bukan Islam memberi ucapan berbau politik di dalam masjid. Perbuatan menjadikan masjid sebagai pusat penyebaran fitnah, fahaman individu dan politik kepartian bertentangan dengan roh Islam. Allah SWT secara tegas menempelak sikap golongan munafik yang cuba menjadikan masjid ini sebagai alat perpecahan menerusi firman-Nya dalam surah at-Taubah ayat 107:

Maksudnya: “Dan orang yang membina masjid dengan tujuan membahayakan, dan menguatkan keingkaran, serta memecah-belahkan perpaduan orang yang beriman, dan untuk (dijadikan tempat) intipan bagi orang yang telah memerangi Allah dan Rasul-Nya sebelum itu. Dan mereka akan bersumpah dengan berkata: Tidaklah kami kehendaki melainkan untuk kebaikan semata-mata. Padahal Allah menyaksikan, bahawa sesungguhnya mereka adalah berdusta.)"
Justeru itu menjadi tanggungjawab mimbar mengingatkan sidang Jumaat dan umat Islam sekalian bahawa kunjungan kita ke masjid hendaklah atas dasar ketakwaan kepada Allah SWT. Dengan itu hendaklah kita menjaga adab-adab,tatatertib, tingkah laku , perbuatan dan percakapan kita semasa berada di tempat yang mulia ini. Mereka yang hadir ke masjid atas tujuan untuk memecah-belahkan umat Islam serta memburuk dan mencemarkan imej Islam adalah dilarang dan boleh disamakan dengan golongan musyrik yang tidak layak memakmurkan masjid ini.
Mimbar menyeru, marilah sama-sama kita menjaga kesucian masjid ini dengan mengelakkan diri dari melakukan kekotoran samada dalam bentuk zahir ataupun batin. Mimbar cukup yakin unsur-unsur kekotoran,kebusukan batin dan kata-kata nista yang jelas terlambang pada akhlak dan perangai sesetengah umat Islam itu sendiri tidak sesuai dibawa masuk ke dalam masjid kerana boleh mencemarkan nama baik sebagai institusi yang suci lagi kudus. Said bin Musayyab berkata: "Sesiapa yang duduk di dalam masjid, bererti dia bertemu dengan tuhannya dan semestinya dia hanya berkata-kata dengan perkataan baik”. Mengakhiri khutbah pada minggu ini mimbar berpesan marilah sama-sama kita merenung firman Allah SWT dalam surah at-Taubah ayat 108:

Maksudnya: “Janganlah engkau sembahyang di masjid itu buat selamanya, kerana sesungguhnya masjid (Qubaa), yang telah didirikan di atas dasar takwa dari mula lebih patut engkau sembahyang di dalamnya. Di sana ada lelaki yang suka membersihkan dirinya; dan Allah Mengasihi orang yang membersihkan diri mereka.)"
Menanti Di Alam Kubur
بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum,
Selesai sudah kerja harian, sambil aku berborak dengan isteri tercinta, aku terlintas aku akan sebuah khutbah Jumaat yang aku muatturun dari laman web JAKIM. Khutbah tersebut bertajuk "Menanti Di Alam Kubur". Marilah kita renungkan setiap bait-bait kata yang disampaikan di dalam khutbah tersebut.
Menanti Di Alam Kubur
Setiap yang bernyawa pasti akan mati, begitu jugalah dengan manusia tiada seorang pun boleh lari dari ajalnya yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Apabila ajal seseorang itu telah sampai malaikat Izrail tetap akan mencabut nyawanya tidak kira di mana seseorang itu berada. Sebagaimana firman Allah SWT dalam surah al-Jumu’ah ayat 8:
Maksudnya : " Katakanlah: Sebenarnya maut yang kamu larikan diri daripadanya itu, tetaplah ia akan menemui kamu; kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah) yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, lalu Ia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah lakukan (serta membalasnya). "
Assalamualaikum,
Selesai sudah kerja harian, sambil aku berborak dengan isteri tercinta, aku terlintas aku akan sebuah khutbah Jumaat yang aku muatturun dari laman web JAKIM. Khutbah tersebut bertajuk "Menanti Di Alam Kubur". Marilah kita renungkan setiap bait-bait kata yang disampaikan di dalam khutbah tersebut.
Menanti Di Alam Kubur
Setiap yang bernyawa pasti akan mati, begitu jugalah dengan manusia tiada seorang pun boleh lari dari ajalnya yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Apabila ajal seseorang itu telah sampai malaikat Izrail tetap akan mencabut nyawanya tidak kira di mana seseorang itu berada. Sebagaimana firman Allah SWT dalam surah al-Jumu’ah ayat 8:
![]() |
| Surah al-Jumu'ah ayat 8 |
Thursday, February 17, 2011
Bilal Bin Rabah
بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum,
Kisah seorang yang begitu taat kepada Allah SWT dan juga Rasulnya, Muhammad SAW. Seorang yang sanggup diseksa, dihina diherdik namun begitu keimanannya tetap utuh. Semoga penulisan ini dapat memberi kita satu semangat untuk kita perjuangkan Islam. Wallahualam.
Bilal Bin Rabah

Telah datang seorang tamu ke rumah Umaiyah bin Khalaf ketika dia sedang berada di rumahnya menghirup udara pagi yang nyaman. "Belum sampai kabar kepadamu?" tanya tamu itu. "Khabar apakah itu?" jawab Umaiyah dengan hairan. "Aku melihat dengan mata kepalaku sendiri, bahawa budakmu yang bernama Bilal, sering sekali datang ke rumah si Muhammad di waktu malam dengan sembunyi-sembunyi. Kadang-kadang di waktu siang hari, kiranya engkau lengah tak mengetahuinya. Melihat gerak-geri dan airmukanya, rupanya dia masuk ke agama baru yang dibawa Muhammad itu dan meninggalkan agama kita, bererti mengenyahkan Tuhan Lata dan Uzza (berhala)."
"Apakah benar khabarmu ini?" tanya Umaiyah dengan cepat. "Cukupkah bukti buktinya?" tanyanya pula. "Tentu, ini bukan khabar bohong, justru itulah sebabnya saya datang, untuk memberitahu kamu kalau kalau kamu belum tahu, agar engkau bertindak segera terhadap budakmu itu, jangan mencemarkan nama kita yang menjadi tuan-tuan yang berbudak belian, sehingga nama kita akan rosak kerananya," jawab tamunya pula. Dengan hati yang mengkal dan marah, Umaiyah kembali ke rumahnya seakanakan tidak tahu apa yang harus dilakukannya, kerana sangat marahnya. Tidak lama kemudian, Bilal pun datang, lalu berdiri di hadapan Umaiyah dengan agak takut-takut tampaknya. Dengan marah besar, Umaiyah lalu berkata kepada Bilal: "Khabar buruk sudah sampai kepadaku, tentang dirimu. Jangan engkau bersembunyi sembunyi diri kepadaku. Sekarang mengakulah terus terang, benar tidaknya khabar itu. Engkau sering pergi ke rumah Muhammad di waktu malam. Engkau sudah terperosok memasuki agama baru yang dibawa Muhammad, serta meninggalkan Tuhanmu Lata dan Uzza!"

Keluarga 69
بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum,
Alhamdulillah syukur dengan limpah kurnia-Nya. Aku merasakan sungguh bersyukur dengan segala nik'mat yang telah diberikan-Nya kepadaku dan juga keluargaku. Seperti malam-malam yang biasa aku ingin berkongsikan sedikit sebanyak apa yang aku pelajari untuk tatapan kita bersama, moga diberi hidayah oleh Allah SWT.
Teringat aku akan sebuah ceramah yang diusulkan oleh Ustaz Kazim Elias berkenaan dengan satu perkara yang kita ambil remeh dengan bersikap tidak mengapa, iaitu Muhrim. Menurut Wikipedia Bahasa Melayu, erti Muhrim adalah:
"Muhrim atau Mahram (Bahasa Arab:محرم), ertinya yang diharamkan. Lelaki dan perempuan yang dilarang (haram) berkahwin."

Wednesday, February 16, 2011
Tempat Tinggal Jin
بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum,
Sambil2 aku mem"Format"kan laptop baharu yang diberikan oleh majikanku terdetik dihati ini untuk aku mentelaah sebuah buku yang bertajuk "Jin: Hakikat dan Pengubatan" hasil penulisan Dato Hj. Ismail Kamus. Setelah aku mentelaah salah satu tajuk yang terdapat di dalam buku tersebut ialah "Tempat Tinggal Jin". Agak menarik juga tajuknya dan ingin aku kongsikan bersama di sini.
Tempat Tinggal Jin
Ramai beranggapan bahawa jin tinggal di hutan-hutan belantara sehingga disebut orang kalau tempat itu agak terpencil maka dikatakan tempat jin bertandang.

Tuesday, February 15, 2011
Manusia Berwajah Syaitan
بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum,
Assalamualaikum,
Dalam sejarah kewujudan dunia, didapati Iblis adalah makhluk pertama yang menderhaka dan menentang hukum Allah SWT. Allah telah memerintahkan para Malaikat dan Iblis sujud kepada Nabi Adam AS sebagai menghormati manusia makhluk Allah yang paling mulia. Para Malaikat mematuhi perintah Allah tetapi Iblis terus ingkar dan menderhaka perintah Allah. Sejak penentangan itu, Iblis berikrar akan terus menderhakai Allah dan akan memujuk manusia menyertainya menentang perintah Allah. Firman Allah SWT dalam surah al-An’am ayat 121:
| Surah al-An'Am (6:121) |
Maksudnya: “Dan sesunggguhnya Syaitan itu membisikkan kepada pengikut-pengikutnya, supaya mereka membantahmu; dan jika kamu menurut hasutan mereka, maka sesungguhnya kamu tetap menjadi orang musyrik.”
Monday, February 14, 2011
Nasihat Untuk Para Suami
بسم الله الرحمن الرحيم
Assaslamualaikum,
Sepertimana yang kita ketahui, tanggungjawab sebagai seorang suami adalah amat berat. Banyak perkara yang harus kita ketahui terutamanya di dalam bidang agama, ini adalah kerana kita adalah ketua keluarga. Banyak perkara yang tidak seharusnya terjadi telah banyak kita lihat di luar.
Ingin aku kongsikan bersama beberapa perkara di sini:
Penentu kepada kebahagiaan sesebuah rumahtangga sebahagian besarnya terletak di tangan suami. Suamilah yang menentukan hala tuju dan masa depan rumahtangga. suamilah yang mencorakkan didikan dan pentarbiyyahan yang hendak diterapkan kepada isteri dan anak-anak. Baik atau tidak baiknya pengurusan sesebuah rumahtangga terletak di bahu suami. Jika suami baik dan bertangggungjawab akan baiklah keluarga tersebut. Tetapi jika suami alpa dan lalai dengan tanggungjawabnya, maka akan terabai dan porak-perandalah rumahtangganya.
Assaslamualaikum,
Sepertimana yang kita ketahui, tanggungjawab sebagai seorang suami adalah amat berat. Banyak perkara yang harus kita ketahui terutamanya di dalam bidang agama, ini adalah kerana kita adalah ketua keluarga. Banyak perkara yang tidak seharusnya terjadi telah banyak kita lihat di luar.
Ingin aku kongsikan bersama beberapa perkara di sini:
![]() |
| Gambar Hiasan |
Friday, February 11, 2011
Haram Menyambut Hari Kekasih (aka Valentine's Day)
بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum,
Alhamdulillah syukur ke hadat-Nya dapat juga aku menghadiri solat Jumaat. Hari ini agak kurang sibuk dengan tugasan di pejabat, kesemuanya telah selesai. Teringat aku akan khutbah Jumaat sebentar tadi mengenai larangan kita sebagai orang Muslim menyambut Hari Kekasih (Valentine's Day).
Lantas aku menggodek di internet dan menjumpai teks khutbah, dan ingin aku kongsikan bersama.
Menerima dan mengamalkan Islam sebagai Ad-Diin, iaitu sebagai cara hidup adalah perlu dilaksanakan oIeh seluruh umat Islam, demi membuktikan ketulusan dan keyakinan kita kepada ajaran suci yang dibawa oIeh Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. Selari dengan tuntutan ini, Khutbah hari ini akan memperkatakan perihal: "Haram Menyambut Hari Kekasih".
Assalamualaikum,
Alhamdulillah syukur ke hadat-Nya dapat juga aku menghadiri solat Jumaat. Hari ini agak kurang sibuk dengan tugasan di pejabat, kesemuanya telah selesai. Teringat aku akan khutbah Jumaat sebentar tadi mengenai larangan kita sebagai orang Muslim menyambut Hari Kekasih (Valentine's Day).
Lantas aku menggodek di internet dan menjumpai teks khutbah, dan ingin aku kongsikan bersama.
![]() |
| Image by: plusone.devianart.com |
Solat Berjemaah
بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum,
Solat berjemaah, sudah tentu ramai di antara kita yang mengetahui cara-cara untuk mengerjakannya. Penulisan kali ini adalah untuk berkongsi serba sedikit apa yang telah aku perolehi selepas aku mentelaah sebuah buku yang ditulis oleh Dato’ Ismail Kamus dan Mohd. Azrul Azlen Ab. Hamid yang berjudul “Indahnya Hidup Bersyariat” terbitan Telaga Biru Sdn Bhd.
Menurut dari penulisan buku tersebut, sebahagian ulama mengatakan hukum solat berjemaah adalah fardu ain dan sebahagian yang alin mengatakan fardu kifayah. Di samping itu ada sesetengahnya berpendapat sunat muakkad dan ini adalah pendapat Imam Syafi’i r.a.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Solat berjemaah itu lebih afdal (bagus) daripada solat bersendirian dengan kadar 27 darjah (pangkat)".”
Subscribe to:
Posts (Atom)