Showing posts with label jin. Show all posts
Showing posts with label jin. Show all posts

Wednesday, February 16, 2011

Tempat Tinggal Jin

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum,

Sambil2 aku mem"Format"kan laptop baharu yang diberikan oleh majikanku terdetik dihati ini untuk aku mentelaah sebuah buku yang bertajuk "Jin: Hakikat dan Pengubatan" hasil penulisan Dato Hj. Ismail Kamus. Setelah aku mentelaah salah satu tajuk yang terdapat di dalam buku tersebut ialah "Tempat Tinggal Jin". Agak menarik juga tajuknya dan ingin aku kongsikan bersama di sini.

Tempat Tinggal Jin

Ramai beranggapan bahawa jin tinggal di hutan-hutan belantara sehingga disebut orang kalau tempat itu agak terpencil maka dikatakan tempat jin bertandang.

Wednesday, February 9, 2011

Silat dan Bomoh

[caption id="" align="alignright" width="300" caption="Image via Wikipedia"]A silat exponent in Bali[/caption]

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, agak tenang hari di tempat kerja. Kesemua amanah yang diberikan telah aku siapkan. Awal aku tiba dirumah hari ni, sempatlah aku berjemaah di Surau Al-Islah. Seperti biasa, selesai solat Maghrib para jemaah berbual-bual kosong sambil menikmati goreng pisang panas yang sempat digoreng oleh Wak Nan.

Sempat juga aku bersembang dengan Haji. Secara tiba2 aku teringatkan kisah yang terjadi pada isteriku yang mana beliau sebelum ini begitu kerap didatangi. Lantas aku bertanyakan pada Haji berhubungan denga syirik. Haji ada menceritakan beberapa perkara berkenaan dengan syirik.

Silat dan Bomoh

A silat exponent in Bali
Image via Wikipedia

Selesainya solat Isya', aku terus pulang dan mencari beberapa artikel berkenaan syirik menurut al-Quran dan terlintas aku sebuah laman web yang mana artikelnya berkenaan "Silat dan Perbomohan Menurut Islam". Seperi biasa ingin aku kongsikan bersama isi kandungannya.

Thursday, January 13, 2011

Jenis Jin Dan Tugas

Assalamualaikum,

Dah lama tak menulis, agak sibuk dengan pelbagai kerja harian. Agak kesenangan sikit malam ini, baru sahaj pulang dari menghadiri kuliyyah Maghrib lantas aku capai buku ayng sememangnya menjadi tempat unutk aku merujuk beberapa perkara berkenaan dengan kejadian mistik. Aku aku kongsikan bersama di sini...

Jin adalah suatu nama kepada satu-satu makhluk secara umum.

'Ifrit : Adalah golongan jin yang mempunyai daya menipu, kekuatan yang luar biasa yang dianugerahkan kepadanya oleh Allah s.w.t. sebagaimana firman-Nya:

[caption id="attachment_904" align="aligncenter" width="540" caption="Surah al-Naml : 39"][/caption]

Maksudnya: "Berkatalah Ifrit dari golongan jin: "Aku akan membawakannya kepadamu sebelum engkau bangun dari tempat dudukmu, dan sesungguhnya aku amatlah kuat gagah untuk membawanya, lagi amanah".

Perkataan 'Ifrit hanya sekali sahaja yang disebut di dalam al-Quran

Syaitan : Adalah ketua segala anasir yang membuat kebinasaan, kafir, fasik, sombong, enggan sujud kepada Adam a.s. dan dia dikutuk dan dilaknat.

Al-Marid : Sejenis jin juga dan lebih degil dan jahat. (Disebut di dalam al-Quran sebanyak tiga kali.

[caption id="attachment_905" align="aligncenter" width="540" caption="Surah al-Nisa : 117"][/caption]

Maksudnya: "Apa yang mereka sembah yang lain dari Allah itu, hanyalah berhala-berhala (makhluk-makhluk yang lemah), dan mereka (dengan yang demikian) tidak menyembah melainkan Syaitan yang derhaka"

[caption id="attachment_906" align="aligncenter" width="540" caption="Surah al-Hajj : 3"][/caption]

Maksudnya: "Dan ada di antara manusia yang membantah perkara-perkara yang berhubung dengan Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan, dan ia menurut tiap-tiap syaitan yang telah sebati dengan kejahatan."

[caption id="attachment_907" align="aligncenter" width="540" caption="Surah al-Saffat : 7"][/caption]

Maksudnya: "Dan (Kami pelihara urusan langit itu) dengan serapi-rapi kawalan dari (masuk campur) tiap-tiap Syaitan yang derhaka"

Al-Awamir : Kerana ia lama tinggal di rumah manusia, mereka tinggal di rumah-rumah keluarga baik dan juga keluarga jahat. Mereka suka mengusik. Baginda Rasulullah s.a.w. melarang kita daripada membunuh jin yang tinggal di rumah kita apabila ia menyerupai binatang seperti ular melainkan setelah diberi amawan sebanyak tiga kali. Kalau tidak keluar juga bolehlah dibunuh dan tidak berdosa. Diriwayatkan satu sabda Rasulullah s.a.w. daripada Abi Said al-Khudri:

Maksudnya: "Sesungguhnya di Madinah ada golongan jin yang telah menganut agama Islam. Barang siapa yang melihat sesuatu daripada golongan Awamir (jin yang tinggal di rumah) maka hendaklah mengarahkan ia keluar (sebanyak tiga kali). Jika jin itu enggan keluar bolehlah dibunuh selepas itu kerana ia adalah syaitan."

Oleh kita perlu ingat supaya tidak tergesa-gesa membunuhnya sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w.:

Maksudnya: "Jangan kamu membunuh jin melainkan setiap yang jahat yang suka melakukan kejahatan. Sesungguhnya ia menggugurkan kandungan anak (dalam perut) dan menghilangkan penglihatan oleh itu bunuhlah mereka." (Riwayat Imam Bukhari)

Al-Arwah : Ialah sejenis jin yang suka mengganggu kanak-kanak. Mengaenai nama al-Arwah ini, Ukasyah Abdul Mannan al-Taiyibi di dalam bukunya tidak bersetuju dengan nama ini. Katanya setelah dikaji perkataan al-Arwah atau mufradnya (singular) roh di dalam al-Quran tidak terdapat makna jin atau syaitan tetapi merangkumi erti atau makna yang lain seperti:

[caption id="attachment_910" align="aligncenter" width="540" caption="Surah al-Baqarah : 253"][/caption]

Maksudnya: "Dan Kami berikan Nabi Isa ibni Maryam beberapa keterangan kebenaran (mukjizat), serta Kami kuatkan dia dengan Ruhul-Qudus (Jibril)."

Maka roh di sini diterjemahkan sebagai Jibril.

[caption id="attachment_911" align="aligncenter" width="540" caption="Surah Yusuf: 87"][/caption]

Maksudnya: "Wahai anak-anakku! Pergilah dan intiplah khabar berita mengenai Yusuf dan saudaranya (Bunyamin), dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah."

Yang dimaksudkan di sini ialah rahmat Allah.

[caption id="attachment_912" align="aligncenter" width="540" caption="Surah al-Waqi'ah : 89"][/caption]

Maksudnya: "Maka (ia akan beroleh) rehat kesenangan, dan rahmat kesegaran, serta Syurga kenikmatan."

Roh di sini diterjemahkan sebagai kerehatan.

[caption id="attachment_913" align="aligncenter" width="540" caption="Surah al-Isra' : 85"][/caption]

Maksudnya: "Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakan: "Roh itu dari perkara urusan Tuhanku; dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja".

Roh di sini adalah makhluk sama ada roh manusia atau pun haiwan. Ataupun di dalam bahawa Melayu diterjemahkan sebagai nyawa.

[caption id="attachment_914" align="aligncenter" width="540" caption="Surah Sad : 72"][/caption]

Maksudnya: " Kemudian apabila Aku sempurnakan kejadiannya, serta Aku tiupkan padanya roh dari (ciptaan) Ku, maka hendaklah kamu sujud kepadanya ".

Maka pengertian roh di sini adalah roh yang ditiupkan ke dalam jasad Adam itu iaitu nyawa. Setelah kita lihat di dalam ayat-ayat yang disebutkan dan di dalam ayat-ayat lain ternyatalah tidak ada satu pun ayat yang mengatakan roh/arwah itu adalah jin. Sebagaimana diriwayatkan oleh Rasulullah s.a.w.:

Maksudnya: "Janganlah kamu menyumpah angin kerana ia adalah daripada rahmat Allah."

Semoga penulisan ini dapat memberi serba sedikit pengetahuan buat kita semua.

Sumber: JIN: Hakikat & Pengubatan (terbitan Telaga Biru - Dato' Hj. Ismail Kamus)

Jenis Jin Dan Tugas

Assalamualaikum,

Dah lama tak menulis, agak sibuk dengan pelbagai kerja harian. Agak kesenangan sikit malam ini, baru sahaj pulang dari menghadiri kuliyyah Maghrib lantas aku capai buku ayng sememangnya menjadi tempat unutk aku merujuk beberapa perkara berkenaan dengan kejadian mistik. Aku aku kongsikan bersama di sini...

Jin adalah suatu nama kepada satu-satu makhluk secara umum.

'Ifrit : Adalah golongan jin yang mempunyai daya menipu, kekuatan yang luar biasa yang dianugerahkan kepadanya oleh Allah s.w.t. sebagaimana firman-Nya:
Surah al-Naml : 39
Maksudnya: "Berkatalah Ifrit dari golongan jin: "Aku akan membawakannya kepadamu sebelum engkau bangun dari tempat dudukmu, dan sesungguhnya aku amatlah kuat gagah untuk membawanya, lagi amanah".

Sunday, September 26, 2010

Syawal 1431

[caption id="attachment_536" align="aligncenter" width="150" caption="Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang"][/caption]

Assalamualaikum,

Dah lama jugak aku tidak menulis.. katakanlah agak sibuk dengan persiapan AidilFitri dan juga kerja-kerja harian. Namun semuanya berjalan dengan lancar.. Alhamdulillah...

Bagi aku, Syawal 1431 begitu bermakna dalam hidupku kerana ada beberapa perkara yang berlaku yang mana ada di antaranya tidak di duga. Tahun ini aku beraya di Semenyih, Selangor kerana tahun ini adalah giliran isteriku...Kami berdua sudah bersepakat pada awal perkahwinan lagi iaitu selang setahun, bermaksud tahun pertama perkahwinan adalah giliran isteriku dan tahun tahun kedua giliran aku.. hinggalah kini sudah hampir 13 tahun kami berumahtangga.. Jadi adil dan saksama...

Sepanjang Ramadhan ini, aku merasakan telah banyak perubahan di dalam diri ini.. antaranya aku kini lebih mendekati Allah SWT...aku lebih cenderung untuk mempelajari lebih dalam ilmu agama, ingin lebih mendalami ilmu Solat yang menjurus kepada cara-cara Nabi Muhammad SAW.. AKu begitu bersyukur kehadratNya kerana telah memberi hidayah kepadaku agar kembali ke jalanNya...

Namun ada seperkara yang begitu menarik perhatianku, memang benar ada orang mengatakan bahawa di bulan Ramadhan syaitan dan iblis diikat, namun ada salah satu tazkirah aku diperdengarkan bahawa kesemua hanya dilemahkan kuasa mereka, dan ianya terbukti dengan isteriku didatangi semula makhluk halus.. namun hanya sementara sahaja.. apa jelas nampak adalah keengganan isteriku mendirikan solat, enggan mengikutiku ke solat sunat Tarawikh, ada saja alasan yang diberikan sedangkan isteriku jarang sekali sedemikian. Malah beliau membohongi aku ketika aku bertanyakan samada beliau sudah bersolat, dan jawapannya "SUDAH"....

Aku hanya memerhati dari jauh sahaja, kerana aku sendiri tidak arif di dalam bab ini.. tapi aku bertekad, sepulangnya aku ke kampung akan aku bertemukan isteriku dengan sahabatku untuk berubat..

Syawal 1431

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Thursday, July 1, 2010

Qarin

asalamualaikum,

berikut dengan tajuk di atas, "QARIN".... apa itu "QARIN"??? aku sebenarnya bukanlah seorang yang begitu arif di dalam agama Islam tapi di sini aku ingin berkongis dengan pembaca ... entah mengapa sejak kebelakangan ini, aku amat gemar membaca buku2 agama yang berkenaan dengan jin dan alam ghaib...