Showing posts with label dosa-dosa. Show all posts
Showing posts with label dosa-dosa. Show all posts

Wednesday, December 28, 2011

Penjara Nafsu

بسم الله الرحمن الرحيم

Penciptaan manusia sebagai makhluk Allah S.W.T yang paling istimewa terdiri daripada gabungan beberapa elemen utama iaitu roh, jasad, akal dan emosi. Kekuatan roh yang dibentuk daripada keimanan yang mantap dan penghayatan Islam di dalam diri seseorang muslim itu menjadi penentu utama martabat nafsu di dalam jiwa.

[caption id="attachment_1800" align="aligncenter" width="300" caption="Gambar Hiasan - Penjara Nafsu"]Penjara Nafsu[/caption]

Sekiranya bentuk dan pergerakan nafsu itu didorong ke arah kebaikan, akan lahirlah manusia yang mempunyai jiwa yang berakhlak mulia, berpekerti tinggi dan mempunyai jati diri yang kukuh bagi menghadapi pelbagai cabaran kehidupan.

Friday, December 16, 2011

Kehancuran Umat

بسم الله الرحمن الرحيم

Sebuah penulisan Saudara Abu Husnie, yang ingin aku kongsikan bersama.

Pembaca yang budiman! Lembaran kita kali ini akan membicarakan tentang sebab sebab mengapa Allah subhanahu wata’ala menghancurkan penduduk sebuah negeri dan bahkan sebuah umat. Mengapa mereka dihancurkan? Apakah Allah subhanahu wata’ala berbuat zhalim kepada mereka? Tidak sama sekali, bahkan itulah balasan kezhaliman yang mereka lakukan. Kehancuran Umat

Allah subhanahu wata’ala befirman, artinya,
“Dan kami tidaklah menganiaya mereka, tetapi merekalah yang menganiaya diri mereka sendiri.” (QS. Huud:101) 
Berikut ini di antara sebab-sebab mengapa sebuah negeri atau umat di hancurkan. Jika di suatu tempat telah tampak sebab-sebab ini maka artinya mereka sedang menunggu kebinasaan dan kehancuran dari Allah subhanahu wata’ala

Wednesday, April 6, 2011

Kebesaran Kalam



[caption id="" align="alignright" width="300" caption="Image via Wikipedia"]Front of the Quran[/caption]


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum,

Sedang aku sedang meng"install" perisian Mac OS X Snow Leopard pada komputer aku, teringat akan aku pada sebuah aplikasi al-Quran, Zekr. Sebuah aplikasi di mana kita boleh mendengar bacaan ayat-ayat suci al-Quran bersama-sama terjemahan pilihan yang kita mahukan. Adapun tempoh hari ada aku melewati laman web aplikasi tersebut dan telah memuat-turun bacaan dari Sheikh Mishary Rashid Ghareeb Mohammed Rashid Al-Afasy. Beliau juga dikenali sebagai Abu Norah.

Beliau berkerakyatan Kuwait, dilahirkan pada tahun 1976. Berkepunyaan dua puteri. Mendapat pendidikan di The Islamic University, Medina(KSA).

Sepedengarnya bacaan beliau memang sedap. Sebelum ini aku amat meminati bacaan dari Said Al-Ghamdi. Terlintas dibenak hati ini untuk mencari bacaan-bacaan beliau di saluran YouTube, dan terserempak aku dengan sebuah video di mana beliau memperdengarkan satu bacaan dari Surah Fassilat iaitu ayat 19 hingga 36.

Bacaan tersebut diperdengarkan semasa solat, begitu sayu bacaan beliau sehinggakan beliau menitiskan airmata, malah keseluruhan makmum turut sama menitiskan air mata. Lantas aku perdengarkan sekali lagi, malah aku memuatturunkan video tersebut untuk mengamatinya dan membaca terjemahan tersebut dan kini aku mengetahui mengapa beliau menitiskan air mata.

Wednesday, March 30, 2011

Kegawatan di Padang Mahsyar



[caption id="" align="alignright" width="300" caption="Image via Wikipedia"]Calligraphy of the "Basmala" phrase ...[/caption]


بسم الله الرحمن الرحيم

Makhluk dan alam luas ciptaan Allah SWT akan tiba masanya menempuh saat kemusnahan dan kehancuran. Lihatlah tumbuh-tumbuhan yang menghijau di sekeliling kita akhirnya akan kuning layu, besi yang keras akan berkarat dan menjadi reput, makanan dan lauk pauk yang segar menjadi basi, anak-anak remaja akan pudar kejelitaan dan ketampanannya dimamah oleh usia tua, akhirnya menemui ajal.  Dunia yang kita duduki dan diami  pada hari ini pun juga semakin tua. Suasana yang berlaku ini bukanlah terjadi secara kebetulan tetapi suatu perkhabaran dan petanda-petanda awal bahawa  seluruh ciptaan Allah SWT akan menemui ajalnya pada suatu detik yang dinamakan kiamat.

Tiupan sangka kala pertama bermulanya  kiamat. Manakala tiupan sangka kala yang kedua menandakan kebangkitan manusia yang mati sejak zaman nabi Adam AS sehingga manusia terakhir ketika berlaku kiamat. Roh dan tubuh badan manusia yang berpisah ketika di alam barzakh bercantum semula hingga lengkap seperti tubuh kita sebelum mati untuk menghadapi hari pengadilan. Kedahsyatan kiamat ini dijelaskan oleh Allah SWT dalam Surah at-Takwir ayat 1-3:



Maksudnya:Apabila matahari dilingkari cahayanya (dan hilang lenyap). Dan apabila bintang-bintang gugur berselerak Dan apabila gunung-ganang diterbangkan ke angkasa (setelah dihancurkan menjadi debu)”.

Kebangkitkan semula manusia selepas kiamat akan dihimpunkan di suatu tempat yang dipanggil "Padang Mahsyar" untuk menghadapi perbicaraan atau timbangan amalan yang dikerjakan semasa hidup di dunia. Setiap sudut Padang Mahsyar penuh sesak dengan manusia dan jin untuk bersama-sama mengharungi hari hisab.  Menurut Imam Ghazali: "Padang Mahsyar itu suatu dataran bumi yang maha luas, saujana mata memandang yang keluasannya tidak dapat dihitung dengan ilmu manusia, keadaan bumi yang putih dan rata, tiada gunung ganang dan tiada pokok kayu untuk dijadikan tempat berteduh."

Tuesday, March 8, 2011

Sepuluh Tanda-Tanda Kiamat Yang Besar

بسم الله الرحمن الرحيم

Asalamualaikum,



Sedang aku bersembang-sembang bersama isteriku, aku teringat akan senaskah dokumen yang telah aku memuatturunkan tidak lama dahulu iaitu sebuah dokumen yang mengandungi "40 Hadis Tentang Peristiwa Akhir Zaman."

Sebuah himpunan hadis-hadis yang memuatkan perisitwa akhir akhir zaman, di mana telah disusun oleh Al-Fathil Ustaz Abu Ali al-Banjari an -Nabwi (Ahmad Fahmi Zamzam) sebagai renungan bersama. Ingin aku kongsikan bersama:

Menanti Di Alam Kubur

بسم الله الرحمن الرحيم

Setiap yang bernyawa pasti akan mati, begitu jugalah dengan manusia tiada seorang pun boleh lari dari ajalnya yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Apabila ajal seseorang itu telah sampai malaikat Izrail tetap akan mencabut nyawanya tidak kira di mana seseorang itu berada. Sebagaimana firman Allah SWT dalam surah al-Jumu’ah ayat 8:

Maksudnya: "Katakanlah: Sebenarnya maut yang kamu larikan diri daripadanya itu, tetaplah ia akan menemui kamu; kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah) yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, lalu Ia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah lakukan (serta membalasnya)."

Sunday, March 6, 2011

Jangan Mengundang Kemurkaan Allah

بسم الله الرحمن الرحيم



Sejak kebelakangan ini kita dapati pelbagai bencana alam yangmerunsingkan telah berlaku seperti ancaman tsunami, gegaran bumi, ribut kencang dan lain-lain lagi. Ada kalanya hujan turun dengan kadar yang banyak bukan pada kebiasaan musimnya. Ada kalanya pula cuaca menjadi terlalu panas sehingga ke tahap membahayakan kesihatan manusia. Para Saintis mengkaji dan mengemukakan pelbagai teori yang antaranya mengklasifikasikan senario ini sebagai pemanasan global.

Dari satu sudut yang lain, kita tidak boleh menafikan bahawa senario begini adalah permulaan amaran Allah SWT., kesan dari kerosakan yang dilakukan manusia kepada alam ini. Firman Allah di dalam surah Ar-Rum ayat 41;

Peluang Hidup Sebelum Mati

بسم الله الرحمن الرحيم
Rasulullah S.A.W pernah mengingatkan kita tentang kepentingan mengejar peluang yang diberikan dalam hidup. Kita diingatkan agar memanfaatkan waktu sihat sebelum sakit, kaya sebelum miskin, lapang sebelum sibuk, muda sebelum tua dan hidup sebelum mati. Ternyata kurniaan peluang hidup sebelum mati adalah peluang yang paling bernilai bagi seorang hamba Allah di dunia ini.Sesungguhnya kematian yang pasti itu adalah penamat segala ruang dan peluang bagi kita untuk membuktikan pengabdian kita kepada Allah SWT.Firman Allah SWT di dalam Surah Al-Mulk ayat 2:

67:2


Maksudnya: "Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat);"

Wednesday, February 9, 2011

Silat dan Bomoh



[caption id="" align="alignright" width="300" caption="Image via Wikipedia"]A silat exponent in Bali[/caption]


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, agak tenang hari di tempat kerja. Kesemua amanah yang diberikan telah aku siapkan. Awal aku tiba dirumah hari ni, sempatlah aku berjemaah di Surau Al-Islah. Seperti biasa, selesai solat Maghrib para jemaah berbual-bual kosong sambil menikmati goreng pisang panas yang sempat digoreng oleh Wak Nan.

Sempat juga aku bersembang dengan Haji. Secara tiba2 aku teringatkan kisah yang terjadi pada isteriku yang mana beliau sebelum ini begitu kerap didatangi. Lantas aku bertanyakan pada Haji berhubungan denga syirik. Haji ada menceritakan beberapa perkara berkenaan dengan syirik.

Silat dan Bomoh

A silat exponent in Bali
Image via Wikipedia


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, agak tenang hari di tempat kerja. Kesemua amanah yang diberikan telah aku siapkan. Awal aku tiba dirumah hari ni, sempatlah aku berjemaah di Surau Al-Islah. Seperti biasa, selesai solat Maghrib para jemaah berbual-bual kosong sambil menikmati goreng pisang panas yang sempat digoreng oleh Wak Nan.

Sempat juga aku bersembang dengan Haji. Secara tiba2 aku teringatkan kisah yang terjadi pada isteriku yang mana beliau sebelum ini begitu kerap didatangi. Lantas aku bertanyakan pada Haji berhubungan denga syirik. Haji ada menceritakan beberapa perkara berkenaan dengan syirik.

Selesainya solat Isya', aku terus pulang dan mencari beberapa artikel berkenaan syirik menurut al-Quran dan terlintas aku sebuah laman web yang mana artikelnya berkenaan "Silat dan Perbomohan Menurut Islam". Seperi biasa ingin aku kongsikan bersama isi kandungannya.

Monday, January 31, 2011

Tanda Amal Tidak Diterima Allah



[caption id="" align="alignright" width="300" caption="Image via Wikipedia"]Bismillah, the first verse of the first "...[/caption]


Assalamualaikum,

Sekian lama aku tidak menulis, agak sibuk kebelakangan dengan keshitana yang tidak berapa mengizinkan. Sebentar tadi dalam aku sedang mencari sesuatu, aku terjumpa sebuah buku yang agak lama juga perolehinya. Sebuah buku yang berjudul "Cerita Serta Doa Dari Hadith dan Al-Quran". Tak silap aku buku tersebut aku perolehi dari kampung kepunyaan bapa ku.

Sambil  aku membelek2 buku tersebut, terserempak aku dengan tajuk, "Tanda Amal Yang TIdak Diterima Allah". Sebuah tajuk yang menarik dan aku ingin berkongsi bersama, dan berbunyi sebegini:
Siapa yang melakukan empat macam kemudian ia tidak bertambah baik, maka itu tanda tidak diterima amalnya.

  1. Siapa yang berjihad, kemudian ia kembali tidak bertambah kebaikan, maka itu tanda jihadnya tidak diterima oleh ALLAH.

  2. Orang yang berpuasa di bulan Ramadhan, kemudian tidak bertambah kebaikan, maka itu tandanya puasanya tidak diterima.

  3. Orang yang naik haji kemudian tidak tambah amal kebaikannya, maka itu tanda tidak diterima amalan hajinya.

  4. Orang yang sakit lalu sesudah sembuh tidak bertambah baik amal perbuatannya, maka itu tanda bahawa dosa-dosanya belum ditebus.


Seorang hakim berkata:

Siapa yang mengaku tiga perkara di bawah, maka dia ditertawakan oleh syaitan:

  1. Siapa yang mengaku dapat merasa manisnya taat, padahal dia cinta pada dunia.

  2. Siapa yang mengaku reda pada ALLAH s.w.t padahal dia tidak membenci hawa nafsunya.

  3. Siapa yang mengaku ikhlas padahal dia ingin dipuji orang.


Tanda seseorang itu telah tertipu ada tiga:

  1. Mengumpulkan apa yang tidak berguna baginya

  2. Bertambah-tambah dosanya sehingga membinasakannya.

  3. Meninggalkan amal yang dapat menyelamatkannya.


Dan tanda orang yang mengharap kepada ALLAH s.w.t itu juga tiga:

  1. Hatinya digunakan untuk berzikir (mengingati ALLAH)

  2. Lidahnya untuk berzikir

  3. Badannya untuk beramal.



Penghulu Segala Istighfar



بسم الله الرحمن الرحيم


[caption id="attachment_944" align="aligncenter" width="400" caption="Penghulu Istighfar"]Penghulu Istighfar[/caption]
Maksudnya: "Ya ALLAH, Engaku Tuhanku tiada Tuhan yang berhak disembah dengan sebenarnya, melainkan Engkau yang telah menjadikan ku. Hamba abdiMu, akan tetapi aku tidak mampu menunaikan janjiMu, dan janji prasetia kepada Mu. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan perbuatan yang telah aku lakukan. Aku tetap mengakui dengan kenikmatan-Mu yang telah Engkau kurniakan kepadaku, dan aku mengakui pula dosaku. Maka ampunilah aku, kerana tiada mengampun segala dosa melainkan hanyalah Engkau."

Firman Allah s.w.t surah Muhammad, Ayat 31:



بسم الله الرحمن الرحيم



Surah Muhammad (47:31)




Surah Muhammad (47:31)




Maksudnya: "Dan demi sesungguhnya! Kami tetap menguji kamu (wahai orang-orang yang mengaku beriman) sehingga ternyata pengetahuan Kami tentang adanya orang-orang yang berjuang dari kalangan kamu dan orang-orang yang sabar (dalam menjalankan perintah Kami); dan (sehingga) Kami dapat mengesahkan (benar atau tidaknya) berita-berita tentang keadaan kamu."

Tanda Amal Tidak Diterima Allah

Assalamualaikum,

Bismillah, the first verse of the first "...
Image via Wikipedia
Sekian lama aku tidak menulis, agak sibuk kebelakangan dengan keshitana yang tidak berapa mengizinkan. Sebentar tadi dalam aku sedang mencari sesuatu, aku terjumpa sebuah buku yang agak lama juga perolehinya. Sebuah buku yang berjudul "Cerita Serta Doa Dari Hadith dan Al-Quran". Tak silap aku buku tersebut aku perolehi dari kampung kepunyaan bapa ku.

Sambil  aku membelek2 buku tersebut, terserempak aku dengan tajuk, "Tanda Amal Yang TIdak Diterima Allah". Sebuah tajuk yang menarik dan aku ingin berkongsi bersama, dan berbunyi sebegini:

Monday, January 3, 2011

Apakah Hukum Pekerja Bank

Assalamualaikum,

Dah agak lama tidak menulis. Maklumlah, agak sibuk dengan urusan kerja dan mengurus majlis perkahwinan adik ipar bongsu.

Sebentar tadi sambil aku melepaskan lelah dan berehat, aku melayari FB, dan terlihat sebuah video yang bertajuk “Muslihat Bank Islam”. Terbaca dari tajuknya agak menarik, apakah muslihatnya? Adakah ianya sebuah institusi perbankkan di Malaysia. Lantas aku melayani vidoe tersebut, ianya adalah sebuah ceramah agama, di mana aku pun tak pasti. Ianya adalah di dalam bahasa Inggeris.

Ianya berkisarkan perbankan Islam, iaitu transaksi yang dijalankan oleh perbankkan Islam. Sebagai contoh pinjaman perumahan. Menurut penceramah, berdasarkan dari hadis Nabi SAW, terdapat 4 kumpulan yang di sasarkan sebagai dosa besar, iaitu orang yang memberi Riba’, penerima Riba’, orang yang merekodkan transaksi Riba’ dan 2 orang saksi.

Hadis, Jabir r.a. meriwayatkan:
"Rasulullah melaknat pemakan riba, yang memberi makan dengan hasil riba, dan dua orang yang menjadi saksinya. Dan beliau bersabda: mereka itu sama." (Riwayat Muslim)

Selepas aku meneliti vidoe tersebut, teringat pada isteriku yang mana beliau sendiri adalah seorang pekerja di sebuah institusi kewangan yang terbesar di Malaysia. Bagaimanakah nasib beliau? Apakah gaji yang beliau terima itu halal atau haram? Aku menjadi binggung.

Aku terus mencari beberapa keterangan mengenainya dan aku menemui sebuah laman web yang menulis artikel berkenaan perkara tersebut. Ingin aku kongsikan di sini akstrak dari laman web tersebut.

Point2 hukum boleh bekerja di bank:

  1. Tidak semua perniagaan yang dijalan di bank haram. Ada yang halal. Oleh itu gaji yg diperolehi bertaraf syubhat (kerana hasil pendapatan bank yg bercampur sumber halal + haram)
  2. Bekerja dengan baik serta dgn hati yg tidak rela & insaf. Perasaan yg merindui datangnya satu sistem yg diridhai Allah.
  3. Berganding bahu bersama umat Islam lain ke arah mewujudkan sistem tersebut.
  4. Bahaya akan datang jika dilarang semua umat Islam bekerja di bank. Org kafir akan ambil alih ekonomi negara dan umat.
  5. Boleh bekerja atas dasar darurat. Memenuhi keperluan asas kehidupan.

FATWA

Penjelasan hukum bekerja di bank berikut ini adalah berdasarkan fatwa al-Marhum Syeikh Jadul Ali Jadul Haq (bekas syeikh al-Azhar). entang faedah/bunga bank yang tergolong di dalam riba telah diketahui umum. Begitu juga tentang keharaman dan ancaman orang yang terlibat dengan riba. 

  1. Syeikh (Jadul Haq) mengatakan bahawa riba adalah haram secara syarak berdasarkan nas2 al-Quran, sunnah dan ijmak kaum muslimin. Manakala bekerja secara langsung dengan mana-mana pihak yang terbabit dengan riba samada menulis atau sbgnya dianggap sebagai membantu atas perbuatan yang haram. Berbuat demikian sudah tentu hukumnya haram menurut syarak. Ini ada dijelaskan oleh hadis riwayat Bukhari yg mencela pemakan riba, memberi makan dengan hasil riba, penulis dan dua saksinya.
  2. Hukum dan pencelaan hadis di atas adalah terhadap bank-bank yg segala urusannya di sekitar perniagaan/perkhidmatan yg haram sahaja. Tidak ada satupun yang halal seperti tidak ada pertukaran wang asing, kaunter muamalah Islam dsb yang dihalalkan. Jika begini, berhenti bekerja di bank tersebut adalah lebih baik. Jika di sana ada peluang pekerjaan lain yang halal, bekerjalah di tempat baru yang halal itu. Jika tidak ada peluang pekerjaan lain melainkan di bank berkenaan sahaja, teruskanlah bekerja di situ. Ia diiktibarkan sebagai dalam keadaaan darurat. Keadaan darurat dapat mengharuskan perkara yg haram (ad-dharuraat tubihul mahzuraat). Bekerjalah sehingga datang peluang pekerjaan lain yang sunyi dari perkara yg haram.
  3. Ada juga bank yang tidak hanya menjalankan urusan perniagaan/perkhidmatan yg haram sahaja, tetapi ada juga yang dihalalkan sebagaimana yang berlaku di malaysia:

Bank tersebut menjalankan perniagaan:
Perkhidmatan haram
Skim pinjaman yang dikenakan bunga, akaun yg pelbagai yang juga dengan faedah tertentu.

Perkhidmatan halal
Pengurup wang asing, bank draf, pembayaran bil-bil, kaunter muamalah Islam dsb. Ini bermakna, sumber pendapatan bank adalah hasil dari yang halal dan yang haram. Bercampur baur. Ulamak fikah berkata, jika bercampur aduk yang halal dengan yang haram, hendaklah diasingkan, dipisah-pisahkan yang halal satu tempat dan yang haram di satu tempat lain. Kita diharamkan membelanjakan harta/wang yang bercampur aduk antara yang halal dengan yang haram. Setelah dipisahkan/dapat dibezakan antara yg halal & yg haram barulah boleh digunakan untuk berbelanja.

Itu kalau dapat dibezakan. Jika dapat dipisah-pisahkan... Bagaimana jika tidak boleh dipisah-pisahkan? Seperti saudara-saudara muslim kita yang bekerja di bank yg pendapatannya bercampur aduk antara yg halal & yg haram. Gaji mereka bagaimana. Apa hukum mengambilnya, memakan, bahkan memberi makan kepada anak isteri dgnnya?

Kalau boleh dipisah-pisahkan tak mengapa. Contohnya, haa.. yg ini adalah hasil dari sumber halal. Yg ini pula dari sumber yg haram. Bolehlah saudara-saudara kita ini, mengambil gajinya dari sumber yg halal sahaja. Yg haram beri pada pekerja non muslim. Bolehkah lakukan begitu? Sudah tentu mustahil. Dalam keadaan mustahil memisah-misahkan antara sumber yg halal & yg haram, para ulamak silam dari pelbagai mazhab ada menyatakan pendapat masing-masing, antara mereka ialah para ulamak dari mazhab Hanafi, pendapat dari Imam Ahmad bin Hanbal sendiri, al-Zarkasyi al-Syafi'i, Ibnu Sholah dan al-Nawawi. Dari pendapat mereka ini dapat disimpulkan bahawa tidak mengapa membelanjakan harta/wang yang bercampur halal + haram yang mustahil dapat dipisah-pisahkan. Jadi, bekerja di bank berkenaan dalam keadaan begini secara umumnya adalah harus.

Hujjatul Islam Imam al-Ghazali berkata di dalam Ihya' Ulumuddin:
"Apabila di dalam negara telah bercampur dengan yang haram tanpa batasnya lagi, tidak haram membeli darinya, bahkan mengambil darinya. Melainkan, jika ada kedapatan tanda-tanda ia adalah dari yang haram. Jika tidak kedapatan tanda-tanda berkenaan, maka tidak diharamkan (dibolehkan). Tetapi, meninggalkannya adalah perbuatan warak yang disukai (syarak)."

Kesimpulan

Pertama
a) Bekerja di bank adakalanya harus sebab darurat. 
b) Adakalanya harus disebabkan gaji pekerja adalah dari penghasilan bank yang pelbagai (secara umumnya)- halal + haram. Sedangkan ia tidak dapat dipisah-pisahkan dan dibezakan antara yg halal dan yg haram.

Kedua
Jika telah jelas bekerja dengan bank adalah halal menurut syarak berdasarkan faktor a & b di atas, maka seseorang muslim tidak boleh menghalang orang lain termasuk saudara-saudaranya untuk bekerja di bank. Begitu juga tidak boleh menghalang seseorang muslim dari memakan, memberi makan, menerima hadiah dsb hasil dari gaji bekerja di bank.

Ketiga
Pekerja bank seperti di atas, tidak termasuk di dalam laknat dan celaan Rasulullah s.a.w. di dalam hadisnya:
"Rasulullah melaknat pemakan riba, yang memberi makan dengan hasil riba, dan dua orang yang menjadi saksinya dan penulisnya." (Riwayat Ahmad, Abu Daud, Ibnu Majah dan al-Tarmizi)

Ini berdasarkan penjelasan di atas.

Intaha jadul Haq

Para pekerja bank, tidaklah boleh bersenang hati dengan hukum ini. Sebaliknya mereka hendaklah lebih kuat bekerja untuk memberi kesedaran kepada umat ini. Lakukan dengan segala apa yang ada pada diri kalian. Tariklah mereka semua agar dapat bersama-sama ke dalam golongan umat Islam yang mahukan ekonomi kuffar ini terlerai dari belenggu mereka. 

Umat Islam yang lain janganlah hendaknya memandang serong terhadap saudara-saudara muslim kita yang berkhidmat di bank-bank berkenaan. Mereka tidak boleh mendabik dada bahawa mereka terlepas dari apa yang dialami oleh saudara-saudara kita pekerja bank.

Cuba renungkan pertanyaan ini:

"Ustaz, saya ni bekerja dengan kerajaan (bukan dgn bank).. Macamana dengan gaji saya? Halal Atau tidak? Sumber yang diperolehi oleh kerajaan, ada yang dtg dari cukai judi, arak, rumah pelacuran, kelab malam, hiburan, pelaburan yg diharamkan....bla--bla...bla....bla--bla...bla....bla--bla...bla...."

Pertanyaan kami pula: "Apakah tidak sama masalahnya dengan mereka yg bekerja dibank?"

Wallahu a'lam.

Sumber bacaan:
ADAKAH DIBENARKAN UNTUK BEKERJA DI BANK?

Apakah Hukum Pekerja Bank

Assalamualaikum,
Dah agak lama tidak menulis. Maklumlah, agak sibuk dengan urusan kerja dan mengurus majlis perkahwinan adik ipar bongsu.
Sebentar tadi sambil aku melepaskan lelah dan berehat, aku melayari FB, dan terlihat sebuah video yang bertajuk “Muslihat Bank Islam”. Terbaca dari tajuknya agak menarik, apakah muslihatnya? Adakah ianya sebuah institusi perbankkan di Malaysia. Lantas aku melayani vidoe tersebut, ianya adalah sebuah ceramah agama, di mana aku pun tak pasti. Ianya adalah di dalam bahasa Inggeris.
Ianya berkisarkan perbankan Islam, iaitu transaksi yang dijalankan oleh perbankkan Islam. Sebagai contoh pinjaman perumahan. Menurut penceramah, berdasarkan dari hadis Nabi SAW, terdapat 4 kumpulan yang di sasarkan sebagai dosa besar, iaitu orang yang memberi Riba’, penerima Riba’, orang yang merekodkan transaksi Riba’ dan 2 orang saksi.
Hadis, Jabir r.a. meriwayatkan:
"Rasulullah melaknat pemakan riba, yang memberi makan dengan hasil riba, dan dua orang yang menjadi saksinya. Dan beliau bersabda: mereka itu sama." (Riwayat Muslim)
Selepas aku meneliti vidoe tersebut, teringat pada isteriku yang mana beliau sendiri adalah seorang pekerja di sebuah institusi kewangan yang terbesar di Malaysia. Bagaimanakah nasib beliau? Apakah gaji yang beliau terima itu halal atau haram? Aku menjadi binggung. Aku terus mencari beberapa keterangan mengenainya dan aku menemui sebuah laman web yang menulis artikel berkenaan perkara tersebut. Ingin aku kongsikan di sini akstrak dari laman web tersebut.

Saturday, December 11, 2010

Devil 2010

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, sungguh indah pagi ini. Sesudah solat Subuh, teringat aku sebuah filem yang aku muatturunkan semalam. Terasa ingin benar aku menontonnya. Sebuah filem “thriller”. Dari tajuk seperti sebuah filem seram.

Filem in iberkisar 5 orang terperangkap di dalam sebuah lif di sebuah bangunan. Sinopsisnya begini:

devil_poster01

Bab 1

Seawal pagi seorang telahpun membunuh diri dengan terjun dari bangunan tesebut dari tingkat 35. Detektif Bowden (lakunan Bris Messina) telah dikejarkan ke tempat kejadian. Beliau memeriksa seluruh kawasan dan mendapati terdapat tasbih di tangan mangsa. Dan dari apa yang diperhatikan oleh beliau, mangsa telah terjun dari tempat yang sangat tinggi kerana mangsa terjatuh ke atas sebuah lori dan keadaan lori tersebut remuk.

Bab 2

Bangunan di mana mangsa bunuh diri tersebut, terdapat 5 orang yang Devil-Screenshotterperangkap di dalam sebuah lif, dan kesemua mereka ini mempunyai rekod jenayah. Salah seorang pengawal keselamatan yang bertugas untuk memerhati kamera litar tertutup telah ternampak sesuatu di dalam kamera semasa kesemua mangsa terperangkap. Seperti wajah syaitan, memandang beliau adalah seorang yang berasal dari Mexico dan adalah seorang yang kuat agama, beliau menjadi takut. Sejurus kemudian pihak polis dihubungi dan Detektif Bowden berada berdekatan dengan bangunan tersebut.

Devil-2010-1Maka terjadilah beberapa babak yang tidak dapat diterima oleh akal, seperti salaha seorang dari mangsa di dalam lif tersebut tercedera secara tidak semena-mena. Salah seorang dari mereka mati tertikam kaca cermin di dalam lif.

Dan akhirnya, didapati wanita tua yang terperangkap di dalam lif tersebut adalah jelmaan syatian yang ingin mengambil nyawa salah seorang dari mangsa, iaitu Tony. Beliau telah melakukan satu kesalahan iaitu beliau sedang memandu di dalam mabuk dan telah terlibat di dalam satu kemalangan langgar lari. Di sebabkan kemalangan tersebut, seorang wanita dan anaknya terlah meninggal dunia, dan ditakdirkan wanita dnan anaknya adalah isteri dan anak kepada Detektif Bowden. Ianay seperti satu takdir yang telah tertulis. Akhirya Detektif Bowden dapat jua kebenaran yang beliau cari siapakah yang telah membunuh keluarga beliau. Dan wanita tua tersebut tidak dapat mengambil nyawa Tnoy kerana beliau telah mengaku akan kesalahan beliau.

Dari apa yang dapat aku faham, adalah filem ini cuba menyampaikan satu mesej di mana jika kita telahpun melakukan satu kesalahan ataupun dosa, maka jika kita bertaubat dan memohon amaf, nescaya dosa kita dapat diampaun selagi kita tidak melakukan dosa besar. Seperti firman Allah swt:

42_30

Maksudnya: “Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa); dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu.”

Bagi aku, kebanyakkan filem sekarang adalah sepeti menyampaikan mesej agar manusia kembali semula ke pangkal jalan dengan mengingati kembali pencipta kita.

Devil 2010

Assalamualaikum,
Alhamdulillah, sungguh indah pagi ini. Sesudah solat Subuh, teringat aku sebuah filem yang aku muatturunkan semalam. Terasa ingin benar aku menontonnya. Sebuah filem “thriller”. Dari tajuk seperti sebuah filem seram.
Filem in iberkisar 5 orang terperangkap di dalam sebuah lif di sebuah bangunan. Sinopsisnya begini:
devil_poster01

Thursday, December 2, 2010

Perubahan

Assalamualaikum,

Alhamdulillah dipanjatkan kesyukuran ke hadrat Illahi dengan kurniaNya, diberi kesihatan, dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.

Kini mysaffiyah berpindah ke blogger, untuk memberi sedikit perubahan. Di dalam hidup ini kita perlu melakukan sedikit perubahan dengan mengambil beberapa perubahan yang drastik untuk mengubah cara hidup kita. Pernah ada pepatah Inggeris, "We need to came out the box" atau "We need leave our comfort zone".

Kini perlu mengambil risiko di dalam hidup ini, baik duniawi dan akhirat. Bagi perubahan duniawi, kita perlu membuat perubahan yang dapat memajukan diri kita demi menambah punca rezeki, namun harus kita ingat bahwa kita perlu memastikan punca rezeki tersebut, dan juga memastikannay adalah halal dari segi syarak.

Wednesday, November 17, 2010

Buat Kesedaran Bersama

Assalamualaikum,

Semasa di dalam perjalanan pulang, sempat aku berbual-bual mesra bersama isteriku. Apa yang menarik adalah beliau menceritakan bahawa semasa beliau menunggu kedatanganku untuk menjemput beliau sempat beliau bersama teman beliau membuka sebuah laman blog yang menunjukkan sepasang remaja Muslim, bercium di bibir jalan raya di sekitar KLCC. Ya! Pasangan MUSLIM, ISLAM!!!

Alangkah terkejutnya aku mendengarnya. Menurut isteriku, video tersebut tersebar di dalam FB oleh sebuah siaran radio yang terkenal di ibukota (nama dirahsiakan atas sebab2 keselamatan). Aku seperti tersentak dengan penjelasan beliau. Sekali lagi aku menanyakan kepada beliau mengenai kesahihan rakaman vidoe tersebut. Lantas beliau mengakuinya.

Buat Kesedaran Bersama

Assalamualaikum,

Semasa di dalam perjalanan pulang, sempat aku berbual-bual mesra bersama isteriku. Apa yang menarik adalah beliau menceritakan bahawa semasa beliau menunggu kedatanganku untuk menjemput beliau sempat beliau bersama teman beliau membuka sebuah laman blog yang menunjukkan sepasang remaja Muslim, bercium di bibir jalan raya di sekitar KLCC. Ya! Pasangan MUSLIM, ISLAM!!!

Alangkah terkejutnya aku mendengarnya. Menurut isteriku, video tersebut tersebar di dalam FB oleh sebuah siaran radio yang terkenal di ibukota (nama dirahsiakan atas sebab2 keselamatan). Aku seperti tersentak dengan penjelasan beliau. Sekali lagi aku menanyakan kepada beliau mengenai kesahihan rakaman vidoe tersebut. Lantas beliau mengakuinya.

Tuesday, November 9, 2010

Sedih

Entah, kenapa tiba2 aku merasakan begitu sedih... Sedih kerana semakin hari aku mendekatkan diri kepada Allah, semakin banyak teman2 ku menolak diri ini. Mungkinkah aku ini keterlaluan dalam menunaikan ibadat? Aku sendiri tidak dapat menilainya, sememangnya kita tidak dapat menilai segala kebaikan dan keburukan diri sendiri.

Teruatama keburukan, ini hanya terserlah di mata kaca orang sekeliling. Memang aku akur kadang2 aku agak keterlaluan dalam menunaikan ibadah, adakalanya ada aku terpakasa bergegas pulang ke rumah sekiranya ada ceramah/kuliyyah Maghrib. Katakanlah aku berkerja di Kuala Lumpur, yang mana segala pelusuk jalanaraya dipenuhi dengan kenderaan, nescaya akan berlaku kesesakan lalulintas.

Bukannya di sini aku ingin menunjuk2 atau riak, cuma aku merasakan selama ini aku di dalam kerugian, kerugian dengan masa dan usia yang telah Allah swt kurniakan kepadaku dengan terbuang dengan begitu sahaja. Namun aku bersyukur terhadap-Nya kerana telah menunjukkan aku jalan yang lurus. Cuma kini aku merasakan begitu sedih, kenapa mesti kita memandang jelak ataupun memandang sebelah mata jika seseorang itu ingin semula kembali kepada pencipta-Nya.

Telah lama aku perhatikan, sememangnya begitu. Disebabkan itulah ramai dikalangan kitqa yang telah lalai dan alpa dengan tujuan sebenar kita dilahirkan di dunia ini. Terutamanya tiang agama, dulu sememangnya aku langsung tidak peduli akan Solat, hinggakan ketika azan berkumandang, aku hanya membiarkannya sahaja. Kadang2 aku tertanya2 pada diriku sendiri, mengapakah dulunya aku tidak sebegini rupa?



Usia remajaku hanya dihabiskan pada keseronokan. Tidak langsung aku terfikir untuk menghamba diri pada-Nya. Aku betul2 merasakan aku berada di dalam kerugian. Semua ini berubah tatkala ada beberapa perkara yang berlaku pada diriku. Perkara yang tidak dapat diterima oleh akal fikiran. Namun sekali lagi aku bersyukur kehadrat-Nya, kerana aku menginsafkan aku.

Kini aku mempunyai misi tersendiri, iaitu aku ingin menjadikan keluarga sebuah keluarga yang mendapat barakah dari-Nya. Aku akan cuba sedaya-upaya untuk mengubah setiap ahli keluarga agar kembali kepada-Nya. Insya Allah.

Seperkara yang aku begitu sedih ialah, laman web sosial (FB). Sudah tentu ramai yang menpunyai akaun, dan ramai yang sanggup bersengkang mata hanya untuk melayaninya. Tapi pernahkah kita terfikir, masa yang terluang di penuhi dengan sesuatu yang berguna. Maksudku seperti mengingati-Nya. Banyak ceramah2 dan kuliyyah yang aku dengari dan aku kunjungi, banyak yang dapat kita lakukan untuk mengingati-Nya.

Entahlah ... bukan aku ingin berceramah, kerana diri ini juga belum cukup untuk menceramah pada orang. Cuma tatkala aku menbaca buku2 agama dan melayari laman2 web yang menjurus kepada keTuhanan, aku menjadi takut. Takut adakah diri ini sempat bertaubat kepada-Nya? Adakah taubatku ini diterima-Nya? Bagaimanakah keadaan aku di sana nanti? Di manakah tempatku di sana? Hanya Allah swt yang mengetahuinya.

Aku menyusun sepuluh jari memohon keampunan kepada-Nya dan juga kepada sesiapa yang membaca atau melewati laman blog ini. Jika aku ada terkasar bahasa atau melampui batasan. Bukan niatku untuk riak dan sombong, cuma aku menjalankan tugas sebagai seorang Muslim, mengingati sesama kita. Moga Allah swt memberi barakah kepada kita. Insya Allah .....