Showing posts with label khutbah. Show all posts
Showing posts with label khutbah. Show all posts

Thursday, December 29, 2011

Pintu Rezeki

بسم الله الرحمن الرحيم

Pintu Rezeki

[caption id="attachment_1816" align="aligncenter" width="400" caption="Gambar Hiasan"]Pintu Rezeki[/caption]

Islam merupakan agama yang lengkap dan sempurna.. Perlu difahami bahawa Islam tidak menyuruh umatnya beribadat di masjid sahaja, tetapi skop ibadah di dalam merangkumi aspek kehidupan, termasuk bekerja mencari nafkah untuk diri dan keluarga.

Gesaan ini jelas disebut oleh Allah S.W.T dalam surah al-Qasas ayat 77:

[caption id="attachment_1811" align="aligncenter" width="560" caption="al-Qasas(28:77)"]al-Qasas(28:77)[/caption]
Bermaksud: “Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) duniawi dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah Telah berbuat baik, kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerosakan di (muka) bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berbuat kerosakan”.

Wednesday, December 28, 2011

Penjara Nafsu

بسم الله الرحمن الرحيم

Penciptaan manusia sebagai makhluk Allah S.W.T yang paling istimewa terdiri daripada gabungan beberapa elemen utama iaitu roh, jasad, akal dan emosi. Kekuatan roh yang dibentuk daripada keimanan yang mantap dan penghayatan Islam di dalam diri seseorang muslim itu menjadi penentu utama martabat nafsu di dalam jiwa.

[caption id="attachment_1800" align="aligncenter" width="300" caption="Gambar Hiasan - Penjara Nafsu"]Penjara Nafsu[/caption]

Sekiranya bentuk dan pergerakan nafsu itu didorong ke arah kebaikan, akan lahirlah manusia yang mempunyai jiwa yang berakhlak mulia, berpekerti tinggi dan mempunyai jati diri yang kukuh bagi menghadapi pelbagai cabaran kehidupan.

Saturday, December 17, 2011

Saiyyidul Ayyam

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum,

Ingin aku berkongsi khutbah Jumaat hari yang bertajuk "Saiyyidul Ayyam".

Jumaat merupakan hari yang sangat istimewa bagi umat Islam. Hari yang penuh  dengan keberkatan dan kemuliaan serta anugerah gandaan pahala beramal ibadat padanya. Keistimewaan ini ditambah lagi dengan pensyariatan solat Jumaat yang wajib dilaksanakan secara berjemaah.
Sesungguhnya Solat Jumaat mempunyai pelbagai hikmah istimewa yang menyebabkan ia wajib dilaksanakan oleh setiap umat Islam dengan mematuhi syarat-syarat dan adab-adabnya. Ia bukan hanya suatu ibadat kaum muslimin kepada Tuhannya, bahkan ia juga merupakan suatu perhimpunan mingguan yang memberikan manfaat yang amat besar kepada seluruh umat Islam untuk kehidupan di dunia dan di akhirat.

Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah daripada Abi Lubabah bin Abi Munzir RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Bermaksud: “Sesungguhnya hari jumaat itu, ialah penghulu segala hari dan hari terbesar di sisi Allah, lebih besar daripada hari raya idulfitri dan iduladha.”

[caption id="attachment_1741" align="alignleft" width="300" caption="Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur"]Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur[/caption]

Solat Jumaat diwajibkan ke atas lelaki muslim yang mencukupi syaratnya iaitu baligh, berakal, merdeka, sihat tubuh badan dan bermastautin. Ketegasan dan keprihatinan Rasulullah SAW terhadap tuntutan Solat Jumaat amatlah jelas. Namun kewajipannya gugur jika berlaku halangan atau keuzuran syarie yang mengharuskan kita meninggalkannya seperti orang-orang yang uzur, sakit atau hujan ribut, banjir, peperangan dan sebagainya.

Sidang jemaah yang dirahmati Allah, Rasulullah SAW juga menganjurkan umatnya agar memburu ganjaran-ganjaran besar yang telah disediakan Allah SWT pada hari Jumaat. Antaranya ialah ganjaran pahala bagi mereka yang bersegera hadir ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat.

Friday, April 15, 2011

Kembalilah Ke Pangkuan Al-Quran

بسم الله الرحمن الرحيم

Mengenang peristiwa demi peristiwa yang berlaku dewasa ini, gejala demi gejala, musibah yang melanda dan jenayah yang berleluasa mengharapkan satu penyelesaian untuk kebahagiaan sebuah kehidupan, keharmonian, ketenteraman dan keselamatan. Penurunan Al-Quran kepada kita, adalah sebenarnya sebagai satu jawapan kepada kemelut yang ada. Apabila ternyata gagalnya sistem atau peraturan manusia, sepatutnya sikap dan keyakinan kita hanya kepada Al-Quran. Persoalannya bilakah lagi kita akan berjaya menjadikan undang-undang agung ini sebagai peraturan dalam kehidupan kita. Hanya berpandukan Al-Quran sahajalah yang mampu menjadi petunjuk, rahmat dan membawa berita gembira serta panduan untuk membimbing manusia memperolehi jalan kemenangan dan kebahagiaan.

Firman Allah SWT dalam surah An-Nahl ayat 89:

“Kami turunkan kepadamu (Ya Muhammad) kitab Al-Quran ini bagi menjelaskan tiap-tiap suatu perkara dan  menjadi hidayah petunjuk, serta membawa rahmat dan membawa berita gembira bagi orang-orang Islam”.


Al-Quran mampu menyelesaikan semua perkara yang berlaku kepada dunia dan ia mampu menunjukkan jalan kebenaran sekaligus memberikan rahmat kepada kehidupan manusia. Persoalannya adakah umat Islam hari ini bersedia untuk kembali kepada hukum Islam sebagai penyelesai masalah yang berlaku?.


Hari ini kita melihat dunia menangis akibat kerosakan yang dilakukan oleh tangan-tangan manusia. Sebahagian manusia semakin jauh terpesong daripada Al-Quran yang menjadi petunjuk kepada mereka. Inilah punca akidah semakin menyimpang, akhlak semakin goyang, syariat pula semakin hilang.


Keadaan semakin dahsyat dan mencabar. Justeru, amatlah wajar bagi umat Islam segera kembali kepada Al-Quran sebagai penyelamat dan satusatunya jalan penyelesaian.


Kenapa manusia masih teraba-raba mencari formula lain untuk dijadikan penyelesai masalah yang berlaku sedangkan Al-Quran telah menunjuki jalan kepada kita bagaimana tuntasnya kemelut yang berlaku itu dengan kembali melaksanakan segala isi  kandungannya, menegakkan hukum-hakamnya dan menjadikannya sebagai peraturan dan undang-undang bagi orang yang bertaqwa?.

Wednesday, March 30, 2011

Kegawatan di Padang Mahsyar



[caption id="" align="alignright" width="300" caption="Image via Wikipedia"]Calligraphy of the "Basmala" phrase ...[/caption]


بسم الله الرحمن الرحيم

Makhluk dan alam luas ciptaan Allah SWT akan tiba masanya menempuh saat kemusnahan dan kehancuran. Lihatlah tumbuh-tumbuhan yang menghijau di sekeliling kita akhirnya akan kuning layu, besi yang keras akan berkarat dan menjadi reput, makanan dan lauk pauk yang segar menjadi basi, anak-anak remaja akan pudar kejelitaan dan ketampanannya dimamah oleh usia tua, akhirnya menemui ajal.  Dunia yang kita duduki dan diami  pada hari ini pun juga semakin tua. Suasana yang berlaku ini bukanlah terjadi secara kebetulan tetapi suatu perkhabaran dan petanda-petanda awal bahawa  seluruh ciptaan Allah SWT akan menemui ajalnya pada suatu detik yang dinamakan kiamat.

Tiupan sangka kala pertama bermulanya  kiamat. Manakala tiupan sangka kala yang kedua menandakan kebangkitan manusia yang mati sejak zaman nabi Adam AS sehingga manusia terakhir ketika berlaku kiamat. Roh dan tubuh badan manusia yang berpisah ketika di alam barzakh bercantum semula hingga lengkap seperti tubuh kita sebelum mati untuk menghadapi hari pengadilan. Kedahsyatan kiamat ini dijelaskan oleh Allah SWT dalam Surah at-Takwir ayat 1-3:



Maksudnya:Apabila matahari dilingkari cahayanya (dan hilang lenyap). Dan apabila bintang-bintang gugur berselerak Dan apabila gunung-ganang diterbangkan ke angkasa (setelah dihancurkan menjadi debu)”.

Kebangkitkan semula manusia selepas kiamat akan dihimpunkan di suatu tempat yang dipanggil "Padang Mahsyar" untuk menghadapi perbicaraan atau timbangan amalan yang dikerjakan semasa hidup di dunia. Setiap sudut Padang Mahsyar penuh sesak dengan manusia dan jin untuk bersama-sama mengharungi hari hisab.  Menurut Imam Ghazali: "Padang Mahsyar itu suatu dataran bumi yang maha luas, saujana mata memandang yang keluasannya tidak dapat dihitung dengan ilmu manusia, keadaan bumi yang putih dan rata, tiada gunung ganang dan tiada pokok kayu untuk dijadikan tempat berteduh."

Friday, March 11, 2011

Hadis Solat Jumaat

بسم الله الرحمن الرحيم



1. Kewajiban mandi Jumaat atas setiap lelaki dewasa dan keterangan tentang beberapa hal yang dianjurkan

  • Hadis riwayat Abdullah bin Umar, ia berkata:
    Aku mendengar Rasulullah bersabda: Bila salah seorang di antara kalian hendak melakukan salat Jumat, maka hendaknya ia mandi. (Shahih Muslim No.1393)

  • Hadis riwayat Umar bin Khathab: ia berkata:
    Bahwa Rasulullah memerintahkan mandi (Jumaat). (Shahih Muslim No.1395)

  • Hadis riwayat Umar bin Khathab, ia berkata:
    Rasulullah bersabda: Bila salah seorang di antara kalian hendak melakukan salat Jumaat, maka hendaklah ia mandi. (Shahih Muslim No.1396)

  • Hadis riwayat Abu Said Al-Khudri ra.:
    Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Mandi pada hari Jumaat adalah wajib bagi setiap orang yang balig. (Shahih Muslim No.1397)

  • Hadis riwayat Aisyah ra., ia berkata:
    Biasanya kaum muslimin berangkat untuk melaksanakan salat Jumaat dari rumah-rumah mereka dari desa-desa sekitar Madinah dengan memakai abaya (sejenis jubah). Debu-debu mengenai mereka, sehingga mengeluarkan bau tubuh. Lalu seseorang di antara mereka mendatangi Rasulullah saw. yang berada di dekatku. Rasulullah saw. bersabda: Sepatutnya kalian mandi untuk menyambut hari ini. (Shahih Muslim No.1398)

Sunday, March 6, 2011

Peluang Hidup Sebelum Mati

بسم الله الرحمن الرحيم
Rasulullah S.A.W pernah mengingatkan kita tentang kepentingan mengejar peluang yang diberikan dalam hidup. Kita diingatkan agar memanfaatkan waktu sihat sebelum sakit, kaya sebelum miskin, lapang sebelum sibuk, muda sebelum tua dan hidup sebelum mati. Ternyata kurniaan peluang hidup sebelum mati adalah peluang yang paling bernilai bagi seorang hamba Allah di dunia ini.Sesungguhnya kematian yang pasti itu adalah penamat segala ruang dan peluang bagi kita untuk membuktikan pengabdian kita kepada Allah SWT.Firman Allah SWT di dalam Surah Al-Mulk ayat 2:

67:2


Maksudnya: "Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat);"

Monday, February 28, 2011

Rezeki Yang Berkat

بسم الله الرحمن الرحيم

Marilah kita meningkatkan ketaqwaan kepada Allah SWT. dengan bersungguh-sungguh mematuhi segala perintah-Nya dan merasa bahagia menjauhi segala larangan-Nya. Hanya manusia yang paling bertaqwa akan diberi rahmat oleh Allah SWT. di dunia mahupun di akhirat.

Secara umum berkat ialah sesuatu yang lebih dari setiap pemberian Allah SWT. Ia terhasil daripada keyakinan, ketaatan, kepatuhan dan kehambaan manusia yang berterusan kepada Allah SWT. Di setiap ketika, apabila ada sahaja manusia melakukan segala perintah dan menjauhi segala larangan-Nyadengan penuh ikhlas, maka  Allah SWT. akan menurunkan keberkatan-Nya kepada mana-mana individu yang dikehendaki-Nya.

Rezeki yang membawa berkat insya-Allah akan sentiasa memberikan kecukupan, kesempurnaan, kedamaian, ketenangan, keselesaan dan kebahagiaan kepada mereka yang memperolehinya. Mereka akan kelihatan tenang, tabah dan sabar. Berkat bukan sahaja dinikmati secara perseorangan tetapi juga akan berkembang kepada ahli keluarga, anggota masyarakat dan negara.