Showing posts with label tazkirah. Show all posts

Wednesday, December 28, 2011

Penjara Nafsu

بسم الله الرحمن الرحيم

Penciptaan manusia sebagai makhluk Allah S.W.T yang paling istimewa terdiri daripada gabungan beberapa elemen utama iaitu roh, jasad, akal dan emosi. Kekuatan roh yang dibentuk daripada keimanan yang mantap dan penghayatan Islam di dalam diri seseorang muslim itu menjadi penentu utama martabat nafsu di dalam jiwa.

[caption id="attachment_1800" align="aligncenter" width="300" caption="Gambar Hiasan - Penjara Nafsu"]Penjara Nafsu[/caption]

Sekiranya bentuk dan pergerakan nafsu itu didorong ke arah kebaikan, akan lahirlah manusia yang mempunyai jiwa yang berakhlak mulia, berpekerti tinggi dan mempunyai jati diri yang kukuh bagi menghadapi pelbagai cabaran kehidupan.

Saturday, August 13, 2011

41 Darjat Wanita

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah, bertemu kembali. Begitu lama tidak meulis kerana penuh dengan kesibukkan tugasan harian. Di sini ingin aku berkongsikan satu topik yang begitu menarik.

[caption id="attachment_1694" align="alignright" width="430" caption="Gambar hiasan (ehsan dari www.digitalmukmin.com)"][/caption]

1. Doa wanita lebih makbul daripada lelaki karena sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda: “Ibu lebih penyayang daripada Bapak dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia”.

2. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya yaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

3. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 70 orang lelaki yang soleh.

4. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

5. Seorang wanita jahat adalah lebih buruk dari daripada 1.000 lelaki jahat.

6. Wanita yang menguli tepung dan gandum dengan Bismillah, Allah akan berkahkan rezekinya.

7. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di Baitullah.

8. Wanita yang memerah susu binatang dengan Bismillah akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkahan.

9. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, derajatnya seumpama orang yang senantiasa menangis karena takut akan Allah dan orang yang takut akan Allah diharamkan api neraka atas tubuhnya.

10. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa menyukai anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

11. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggung jawab, maka baginya adalah Surga.

Wednesday, April 13, 2011

Tips mendidik anak mengikut panduan Islam

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum,

Adapun lewat petang semalam aku ada menerima sebuah kiriman "email" dari isteri tercinta yang menceritkan beberapa tips panduan untuk mendidik anak mengikut panduan Islam. Sesudah aku membacanya walaupun ringkas namun pada pendapatku ianya bagus.

Ingin aku kongsikan bersama moga dapat kita memperaktikkannya.

Jangan pukul anak dari lutut ke atas
Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintificnya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak 

Saturday, April 2, 2011

Hubungan Suami Isteri

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum,

Hubungan suami isteri adalah satu hubungan yang amat mulia dan amat diredhai oleh Allah swt. Masakan jika kita mendirikan rumah tangga, diibaratkan seperti membina sebuah masjid. Selewat aku melayari internet aku terjumpa dengan sebuah Kitab yang berjudul "Fatwa Yusuf Qardhawi". Seorang ulama yang terkenal, di dalam kitab tersebut amat disematkan beberapa soal jawab bertentangkan hukum-hakam.

Di sini ingin aku kongsikan bersama salah satu soal-jawab menjuruskan seperti tajuk di atas, semoga ianya dapat memberi serba sedikit pengajaran buat kita. Inysa Allah.

Wednesday, March 30, 2011

Pesan Nabi SAW Sebelum Tidur

[caption id="" align="alignright" width="300" caption="Image via Wikipedia"]The name "Muhammad" in traditional T...[/caption]

بسم الله الرحمن الرحيم

Perkara Sebelum Tidur( Tafsir Haqqi )

Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : "Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, yaitu :
1. Sebelum khatam Al Qur'an,
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir,
3. Sebelum para muslim meridloi kamu,
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umroh...."

Bertanya Aisyah :
"Ya Rasulullah.. .. Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?"

Rasul tersenyum dan bersabda : "Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an. Bismillaahirrohmaan irrohiim, Qulhualloohu ahad' Alloohushshomad' lam yalid walam yuulad' walam yakul lahuu kufuwan ahad' (3 x)

Membacalah sholawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat.
Bismillaahirrohmaan irrohiim, Alloohumma shollii 'alaa syaidinaa Muhammad wa'alaa aalii syaidinaa Muhammad ( 3 x )

Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhai kamu.
Astaghfirulloohal adziim aladzii laa ilaaha illaa huwal hayyul qoyyuum wa atuubu ilaih ( 3 x )

Dan, perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah"
Bismillaahirrohmaan irrohiim, Subhanalloohi Walhamdulillaahi walaailaaha illalloohu alloohu akbar(3 x )"

Sekian untuk ingatan kita bersama.
* Kalau rajin..Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Muslim yang lain.Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.

Wallahualam

Sumber: http://isuhangat.blogspot.com/2009/03/pesan-nabi-sebelum-tidur.html

Saturday, March 12, 2011

Saat Turunnya Nabi Isa as Ke Bumi

بسم الله الرحمن الرحيم

Nabi kita Muhammad saw telah memberitahukan kepada kita bahwa keberadaan Isa di muka bumi selama 40 tahun. Setelah itu dia wafat dan kaum muslimin menshalatkannya, sebagaimana termaktub dalam hadis shahih dari Abu Hurairah bahwasanya Rasulullah saw bersabda, “…Kemudian dia tinggal di bumi selama 40 tahun kemudian wafat dan kaum muslimin menshalatkannya.” (HR. Abu Dawud 324, dishahihkan oleh as. Suyuthi dalam al. Jami’ ash. Shaghir no.5265).

Adapun peristiwa. peristiwa yang terjadi di zaman Isa dan tugas. tugas yang ditunaikannya, maka ia sebagai berikut:

1. Memadamkan Dajjal dan fitnahnya

Di depan kita telah mengetahui bahwa Nabiyullah Isa bin Maryam turun sementara kaum muslimin sedang bersiap. siap memerangi Dajjal. Kita mengetahui bahwa saat itu shalat didirikan, lalu Isa shalat di belakang seorang laki. laki yang shalih. Ketika Dajjal mengetahui turunnya Isa, dia kabur. Nabiyullah Isa mengejarnya sampai di Baitul Maqdis, sementara Dajjal telah mengepung sekelompok kaum muslimin. Lalu Isa memerintahkan mereka agar pintunya dibuka. Dajjal yang bersembunyi di belakangnya segera berlari, lalu Nabiyullah Isa mengejarnya dan menangkapnya di pintu Lud, termasuk wilayah Palestina, sebelah timur. Kemudian Isa membunuhnya beserta orang. orang Yahudi yang bersamanya.

Thursday, September 2, 2010

Tazkirah - Ilmu

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, aku panjatkan kesyukuran kehadratNya, dengna nik'mat dan rezeki yang diberikan, dengan dimakmurkan kesihatan agar dapat aku meneruskan ibadah puasa di bulan yang mulia ini. Sekarang kita telahpun memasuki penggal ketiga di bulan Ramadhan, iaitu 10 malam terakhir atau lebih dikenali sebagai suku Lailatul Qadar.

Lailatul Qadar, iaitu malam yang penuh dengan kenik'matan, penuh dengan kemuliaan di mana jika kita berbuat amal dan amalan kita itu sempurna dan diterima oleh Allah SWT maka pahalanya seperti beribadat selama 1000 malam. Masya Allah, begitulah kelebihan yang Allah SWT berikan kepada hambanya.

Malam ni, Tazkirah disampaikan oleh AF Ust. Zulkifli Ahmad dari Pandan Indah. Dari perwatakan beliau kulihat beliau agak serius dan wajah beliau kelihatan begitu bersih. Itulah yang dikatakan jika seseorang itu beriman dan beramal soleh, wajahnya akan terpancar suatu cahaya, atau Nur.

Dari mukadimah, sememangnya beliau seorang yang serius. Semua hadirin kelihatan begitu serius dan penuh dengan penghayatan. Beliau memulakan dengan menceritakan tentang ilmu, iaitu jika kita tidak mempunyai ilmu maka sudah tentu kita akan tidak menghayati apa itu Islam. Menurut beliau generasi sekarang ini kebanyakkan generasi sekarang ini sudah tidak lagi berilmu dan tidak lagi menunaikan solat. Oleh itu tercetusnya perlbagai gejala sosial yang kita hadapi sekarang.

Saturday, August 28, 2010

Passport Akhirat

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, ku panjatkan kesyukuran ke hadratNya dengan memberi kesihatan dan juga kesempatan untuk meneruskan beribadah di bulan yang mulia ini. Seperti biasa, aku mengerjakan solat Sunat Tarawikh, dan pada malam ini Tazkirah bertajuk "Khusyuk". Satu topik yang begitu menarik dan disampaikan oleh Ustaz Azman Halim.

Pada mulanya Ustaz Azman, memberi sedikit penerangan maksud Khusyuk, di mana setahu kita semua ertikata Khusyuk adalah penumpuan kita di dalam solat. Selalunya, kita semua akan memberi lebih perhatian di dalam solat Fardhu, tetapi kita lupa malah kita abaikan pabila kita menunaikan solat Sunat. Dan sepatutnya semasa kita megerjakan solat Sunat tak kira apa saja jenis solat Sunat yang dikerjakan hendaklah sama sepertimana kita mengerjakan solat Fardhu.

Ustaz Azman juga ada menekankan tentang beberapa perkara seperti semasa kita berwirid, maka hendaklah kita menyebut setiap wirid itu dengan betul dan bukannya seperti mana yang selalu kita lakukan sekarang. Sebagai contoh, semasa kita bertasbih, nescaya kita akan menyebutnya dengan cepat atau laju, seperti "Subhanallah", seharusnya kita menyebutnya secara terang dan perlahan. Tidak dinafikan juga semasa kita mengerjakan Tahlil, semasa imam berratib iaitu "Lailahaillah", pasti laju kan? Sepatutnya harus dipersebutkan dengan perlahan dan terang, maka barulah ianya memberi kesan dan diterima oleh Allah SWT.

Baik, apa yang menarik perhatianku adalah menurut beliau ada sebuah buku yang ditulis oleh Ustaz Nik Bakri Nik Mat, yang berjudul Perjalanan Ke Akhirat di mana bersama-sama buku ini disertakan sebuah "Passport" iaitu, "Passport Akhirat". Apa yang menarik adalah di isi kandungan di dalam "Passport Akhirat". Jika kita hayati setiap isi kandungan, nescaya kita akan menitiskan air mata kerana begitu jauh dan sukarnya perjalanan yang kita tempuh sebelum sampainya ke destinasi, iaitu Padang Mahsyar.

[slideshow]

Contoh isi kandungan "Passport Akhirat"

Maklumat Peribadi

  • Nama: Manusia

  • Asal: Tanah

  • Tempat Lahir: Dunia

  • Bangsa: Adam

  • Tuhan: Allah SWT

  • Rasul: Nabi Muhammad SAW

  • Agama: Dinul Islam

  • Kitab: Al-Qurannul Karim

  • Panduan: As-Sunnah An-Nabawiyyah, Ijma' & Qias

  • Akidah: Ahli Sunnah Wal Jammah

  • Rujukan: Ulama' Pewaris Nabi

  • Pangakt: Hamba

Nama: Manusia

Pembawa Passport ni bernama manusia. Sejenis makhluk yang banyak lupa dan lalai. Makhluk ayng bersifat lemah dan kerdil. Namun Allah SWT telah mencipta manusia dengan sebaik-baik kejadian dan dikurniakan dengan pelbagai nikmat.
Manusia ini juga mesti sedar dia telah diamanahkan oleh Allah SWT untuk menjadi khalifah yang akan memakmurkan muka bumi.

Tetapi sebaliknya yang berlaku ramai manusia yang cuai dengan amanah tersebut. Walau bagaimanapun manusia adalah makhluk yang mempunyai kelayakan untuk menjadi penghuni syurga Allah SWT.

Aku rasakan, setiap seorang harus memilikinya sebagai peringatan untuk diri kita agar kita tidak lalai mengerjakan amanah yang telah diberikan kepada kita terhadap Allah SWT.

Nota: Image di atas di ambil dari http://naskahcintaku.blogspot.com/

Thursday, August 26, 2010

Tazkirah - 15 Musuh Iblis / 10 Sahabat Iblis

Assalamualaikum,

Malam ni seperti biasa aku mengerjakan Solat Sunat Tarawikh di Surau Al Aslah, Bandar Tasik Kesuma. Surau di tempat tinggalku. Hari ini tampak makmum begitu ramai sekali, Alhamdulillah.

Sesudah empat raka'at, seperti biasa tazkirah disampaikan oleh Ustaz yang dijemput hadir. Hari aku kurang berupaya untuk mengingati nama Ustaz tersebut, namun aku merasakan bertuah kerana hari ini dapat aku berada di barisan saf yang pertama dan berada dibelakang imam. Tazkirah yang disampaikan oleh Al Fadhil Ustaz, bertajuk "15 Musuh dan 10 Sahabat Iblis". Satu tajuk yang agak menarik.... kan?

Memang aku menantikan sesuatu yang begini, masakan kita ni manusia tak lari dari melakukan kesilapan dan dosa mahupun kecil atau besar, atau secara sengaja atau tidak sengaja. Pada mulanya Ustaz menceritakan serba sedikit berkenaan ibadah Puasa di bulan Ramadan kemudian beliau mengalihkan perhatian kepada tajuk sebenar.

Menurut Al Fadhil Ustaz, Iblis adalah satu makhluk yang begitu kuat beribadah kepada Allah SAW, sehinggakan Iblis diangkat menjadi ketua Malaikat, maka terjadinya para malaikat mengadu kepada Iblis kerana mereka takut mereka akan tersesat. Maka Iblis berdoa kepada Allah SWT moga2 semua para malaikat ini dijauhi dari tersesat, tapi Iblis terlupa untuk berdoa untuk dirinya sendri, maka semasa wujudnya Nabi Adam S.A, Iblis menjadi sombong dan enggan sujud pada Nabi Adam A.S dan dengan itu Iblis bersumpah akan menyesatkan seluruh umat manusia. Maka terjadinya kejadian di mana Iblis diminta oleh Allah SWT menemui Nabi Muhammad SAW dan menjawab semua pertanyaan yang diusulkan baginda pada Iblis. Iblis mendatangi Nabi Muhammad SAW sebagai seorang tua bertongkat, lantas menemui Nabi Muhammad SAW, dan baginda bertanyakan pada Iblis:

Tuesday, August 24, 2010

Tazkirah - Lailatul Qadar

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, dah masuk hari ke-13 kita berpuasa. Aku merasakan begitu bersyukur ke hadratNya kerana mengurniakan kesihatan yang baik sepanjang bulan Ramadhan pada tahun ini. Aku juga bersyukur kerana kini aku sudah mula sedar dan juga pintu hatiku ini telah dibuka oleh Allah SWT, kerana sebelum ini aku betul2 malas untuk menunaikan solat Sunat Tarawikh. Tapi kini ianya seakan tidak lengkap malamku jika aku ketinggalannya.

Malam ni, Tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz Shauki Othman, menceritakan tentang Lailatul Qadar ... Sudah pasti kita semua tahu bahawa malam Lailatul Qadar adalah satu malam yang dinantikan oleh semua mukmin dan mukminat ... satu malam di mana penuh dengan rahmat, namun tidak semudah itu untuk kita bertemu denganNya hanya orang yang benar2 beriman dan bertakwa.

Tapi bagiku, itu semua adalah kehendakNya, jika Allah SWT berkehendakkan seseorang hambaNya itu menerima hidayah maka terimalah kita akan hidayahNya .... Di sini bukannya akuu ingin menceritakan atau menerangkan selanjutnya berkenaan malam Lailatul Qadar, kerana aku sendiri masih di dalam pembelajaran tapi aku ingin aku berkongsi dari apa yang aku dengari dan aku fahami dari Tazkirah sebentar tadi.

Menurut Ust. Shauki, malam Lailatul Qadar ada tertulis di dalam Al-Quran, iaitu Surah Al-Qadar, dan dari apa yang diterangkan secara ringkas oleh beliau, ada maksud yang tersirat di dalam surah tersebut. Begini,

Surah Al-Qadar

[caption id="attachment_474" align="aligncenter" width="535" caption="Surah Al-Qadar"][/caption]

Dari apa yang kita dapat hayati dari surah di atas, adalah nyata bahawa Allah SWT telahpun berfirman bahawa Al-Quran telahpun diturunkan pada malam Lailatul Qadar. Dan juga, pada malam tersebut jika kita beribadah, maka ianya adalah seumpama kita beribadah selama 1000 malam. Jika kita cuba teliti pada ayat yang ketiga, di sini Allah SWT berfirman, bahawa malaikat dan roh diturunkan bagi menyempurnakan segala urusan. Di sini, jika tidak silap aku, adalah selama ini dari apa yang kita ketahui bahawa pada bulan Ramadan, roh2 atuk nenek kita akan turun untuk menyaksikan apa yang dilakukan oleh waris2 mereka, namun mengikut pergertian dari Ust. Shauki adalah sebenarnya yang dimaksudkan roh ialah malaikat Jibril A.S yang diturunkan, maka betapa besarnya malam Lailatul Qadar sehinggakan malaikat Jibril A.S sendiri diturunkan. Oleh itu, kita selama ini terlalu mengikut pada ikutan-ikutan tanpa diperiksa maksud yang sebenarnya di dalam Al-Quran.

Menurut Ust. Shauki juga, jika kita mengambil sedikit masa dan membuat penyelidikan kepada Surah Al-Qadar, di dalamnya terkandung sebanyak 30 patah perkataan. Kita pernah terdengar perkataan "Malam 7 Likur", di sini maksud "Likur" di dalam bahawa Jawa membawa maksud "20", maka "Malam 7 Likur" adalah malam Ke-27, dalam di dalam Surah Al-Qadar terkandung 30 perkataan dan perkataan Qadar ada diulang sebanyak 3 kali, dan yang terakhir adalah pada kedudukan yang ke-27. Maka di sini, membawa maksud ada benarnya Malam Lailatul Qadar jatuh pada malam yang ke-27. Namun Nabi Muhammad SAW ada bersabda, bahawa malam Lailatul Qadar adalah 10 malam yang terakhir.

Daripada Aisyah r.a. Sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda:

“ Berusahalah untuk mencari Lailatul Qadar pada malam yang ganjil dari sepuluh malam terakhir di bulan Ramadhan.” (al-Bukhari)

Moga kita akan mendapat rahmat Allah SWT di malam tersebut, bukan bermaksud kita hanya meningkatkan ibadah kita pada malam tersebut, tapi haruskan kita menanamkan satu nekad untuk kita berusaha pada hari2 yang berikut dan seterusnya.

Aku berharap moga kita semua mendapat hidayah dari Allah SWT, dan juga agar kita semua kembali semula pada kitab suci kita, iaitu Al-Quran Nur Kareem ... Ameen.

Nota: Aku memohon maaf jika ada sebarang kesilapan dari apa yang tertulis di atas.