Wednesday, August 17, 2011

Di belenggu?

بسم الله الرحمن الرحيم

Adapun yang disebut syaitan itu terbahagi kepada dua iaitu Syaitan Asli dan Syaitan Terbitan:

SYAITAN ASLI

1.Iaitu jin kafir dari keturunan Iblis, sementara Iblis itu sendiri juga adalah bangsa Jin.

2.Ia semulajadi cinta kepada kekafiran dan sejak lahir sampai matinya ia akan tetap kafir.

Syaitan Asli itu adalah seperti Iblis iaitu Iblis dahulunya adalah orang besar dalam kalangan Malaikat, maka ia tahu mana benar, mana sesat, mana baik dan mana yang buruk.

Tetapi dengan ilmunya yang sangat tinggi itu dan keangkuhannya, ia tetap memilih kesesatan daripada kebenaran dan kejahatan daripada kebaikan. Maka begitulah juga naluri Syaitan Asli ini.

Dan dikatakan seandainya Syaitan Asli itu menjadi Pendakwah (menyebarkan Islam), nescaya ramailah manusia dan jin yang beriman daripada sebab pengenalan meraka yang sangat mendalam tentang kebenaran yang mereka ketahui.

Namun pada hakikatnya Syaitan Asli itu tak mengajarkan sesuatu kecuali: “Bagaimana sepatutnya engkau buat, supaya bila engkau mati nanti engkau akan pulang ke Neraka”

Saturday, August 13, 2011

41 Darjat Wanita

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah, bertemu kembali. Begitu lama tidak meulis kerana penuh dengan kesibukkan tugasan harian. Di sini ingin aku berkongsikan satu topik yang begitu menarik.

[caption id="attachment_1694" align="alignright" width="430" caption="Gambar hiasan (ehsan dari www.digitalmukmin.com)"][/caption]

1. Doa wanita lebih makbul daripada lelaki karena sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda: “Ibu lebih penyayang daripada Bapak dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia”.

2. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya yaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

3. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 70 orang lelaki yang soleh.

4. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

5. Seorang wanita jahat adalah lebih buruk dari daripada 1.000 lelaki jahat.

6. Wanita yang menguli tepung dan gandum dengan Bismillah, Allah akan berkahkan rezekinya.

7. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di Baitullah.

8. Wanita yang memerah susu binatang dengan Bismillah akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkahan.

9. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, derajatnya seumpama orang yang senantiasa menangis karena takut akan Allah dan orang yang takut akan Allah diharamkan api neraka atas tubuhnya.

10. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa menyukai anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

11. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggung jawab, maka baginya adalah Surga.