Thursday, February 17, 2011

Keluarga 69

بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum,


Alhamdulillah syukur dengan limpah kurnia-Nya. Aku merasakan sungguh bersyukur dengan segala nik'mat yang telah diberikan-Nya kepadaku dan juga keluargaku. Seperti malam-malam yang biasa aku ingin berkongsikan sedikit sebanyak apa yang aku pelajari untuk tatapan kita bersama, moga diberi hidayah oleh Allah SWT.


Teringat aku akan sebuah ceramah yang diusulkan oleh Ustaz Kazim Elias berkenaan dengan satu perkara yang kita ambil remeh dengan bersikap tidak mengapa, iaitu Muhrim. Menurut Wikipedia Bahasa Melayu, erti Muhrim adalah:






"Muhrim atau Mahram (Bahasa Arab:محرم), ertinya yang diharamkan. Lelaki dan perempuan yang dilarang (haram) berkahwin."



Sebagai contoh, ada di antara kita bersalam-salam di antara ipar-duai, anak saudara, ibu saudara, sepupu dan sebagainya namun pernah kita ketahui adakah kita dibenarkan berbuat demikian kerana adalah satu kesalahan besar bukan Muhrim bersentuhan. 


Menurut Ustaz Kazim, terdapat 3 kategori di mana haram kita kahwini, iaitu:


Orang yang berkahwin dengan anak kita dan ke bawah. Sebagai contoh iaitu:

  1. Yang mengahwini anak kita
  2. Yang mengahwini cucu kita
  3. Yang mengahwini cicit kita
Ketiga-tiga di atas di panggil "Menantu". Juga diharamkan oleh kita mengahwini "Menantu" kepada anak susuan. Erti anak susuan adalah anak yang disusui sehingga 5 kali kenyang dan berusia di bawah 2 tahun. Malah tidak batal wuduk jika kita dan juga anak kita bersentuhan di antaranya.

Antara contoh yang terbaik adalah ditakdirkan berkahwinnya anak kita, samada lelaki atau perempuan, dan tibanya ajal, maka haram bagi kita mengahwini menantu kita. Walaupun berdua mempelai belum lagi melakukan apa-apa hubungan kelamin. Dan senario ini termaktub bagi menantu cucu dan cicit kita.

Namun harus diingat jika menantu abang, menantu kakak, menantu adik adalah haram jika kita bersentuhan. Maka kebanyakkan di antara kita apabila tiba bulan Syawal, kenduri-kendara maka kita akan bersalaman di antara kita, di sini tujuan kita adalah untuk menghormati antara satu sama lain, iaitu di antara yang tua dan yang muda, namun pernahkah kita ketahui semada bolehkah bersalaman di antara kita.

Oleh itu eloklah kita hindari dari bersalaman di antara yang bukan Muhrim kita dengan memberi beberapa contoh yang releven agar kita tidak bersalaman mungkin dengan ini kita telahpun dapat menghindari satu dosa besar. Insya Allah.

Satu persoalan yang ingin aku utarakan, seandainya kita tersentuh atau menyentuh seekor babi atau anjing adakah kita berdosa? Sememangnya tidak, kita boleh mensucikan diri ataupun tempat yang terkena haiwan tersebut dengan menyamak, namun jika kita bersentuhan dengan seorang yang bukan muhrim bagaimana? Adakah kita dapat menyamaknya? Sudah pasti tidak. Hanya dengan bertaubat, memohon keampunan agar kita diampunkan kesalahan kita tadi. Dengan arti lain, menurut Ustaz Kazim adalah tidak haram, tidak batal wuduk kita jika kita bersentuhan dengan menantu kita. Dan juga harus diingat bahawa adalah HARAM untuk kita nikahi menantu kita.



Senario seterusnya, sesudah 2 tahun berlalu, anak kita meninggal dunia maka menantu kita meminta izin untuk berdikari dan maka beliau telahpun mengahwini semula, persoalannya apakah hukumnya anak menantu kita dengan kita? Menurut Ustaz Kazim adalah HARAM bagi kita bersentuhan maka dengan ini anak menantu adalah bukan muhrim di antara kita.

Bagi anak susuan adalah tidak haram jika kita terlihat akan auratnya dan adalah HARAM bagi kita untuk menjadi wali semasa pernikahannya. Anak susuan juga tidak wajib untuk mendapat harta peninggalan. Jika isteri kita adalah ibu susuan, maka abang kepada kita di panggil "Bapa Saudara Susuan" maka adalah tidak batal wuduk dan boleh bersentuhan. Namun anak kepada abang, kakak atau adik kita adalah batal wuduk dan HARAM bersentuhan kerana anak susuan adalah sepupu kepada anak-anak saudar kandung kita.

Orang yang berkahwin dengan ayah, mak, datuk, nenek ke atas. 
Juga di kenali oleh "Tiri", maka dengan ini adalah tidak HARAM untuk kita bersentuhan. Sebagai contoh datuk kita mengahwini orang baru yang muda, namun ditakdirkan sesudah akad nikah beliau meninggal dunia, maka adalah HARAM bagi kita untuk mengahwini nenek baru kita itu, walaupun belum ada hubungan kelamin. Kerana di antara kita dan nenek tiri adalah Muhrim. Juga di antara kita dengan anak tiri kita juga tidak batal wuduk.

Ipar Duai. 
Adalah HARAM kita bersalaman dengan ipar duai, malah HARAM kita melihat aurat iapr duai kita tapi ini adalah di dalam situasi yang biasa. Namun di dalam kes darurat adalah dibolehkan sebagai contoh kemalangan lalulintas maka boleh kita menyentuhnya. 

Biras-Biras. Adalah HARAM kita bersalaman dengan biras kita. Senario, ayah mertua kita mempunyai abang dan abang ayah mertua kita mempunyai isteri, maka ini adalah batal wuduk dan HARAM kita bersentuhan.

Semoga penjelasan yang serba sedikit ini dapat memberi manafaat kita kepada kita agar kita lebih mengambil perhatian di dalam perkara Muhrim. Bagi yang inginkan lebih lanjut boleh memuatturun dalam bentuk MP3 di bawah.


Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment