Tuesday, November 30, 2010

Adakah ianya terlintas di fikiran anda?

Assalamualaikum,

Pertamanya, ingin aku mengucapkan ribuan terima kasih di atas, kesudian anda melawati blog ini. Ini adalah satu-satunya cabang untuk aku berkongsi pendapat dan ilmu yang aku perolehi. Semoga ianya dapat memberi manafaat untuk kita semua.

Sepulang aku dari kerja lewat petang tadi, aku berbual-bual kosong bersama isteri tercinta, dan tiba2 kami membangkitkan isu gejala sosial. Entah macam mana boleh timbul isu tersebutpun aku tak pasti. Baru aku teringat, malam minggu lepas ada terdapat satu "POST" di laman FB aku, iaitu sebuah video berkenaan seorang remaja yang terpekik terlolong di dalam LRt tak silap aku, sedang memarahi kekasih beliau, mungkin.

Yang menyedihkan adalah beliau seorang berbangsa Melayu dan beragama Islam. Ke manakah maruah beliau dengan cara beliau bercakap di talipon, malah beliau cuba ditenangkan oleh rakan beliau namun tidak diendahkan. Pelbagai kata2 kesat keluar dari bibir beliau.

Amat memalukan, sedangkan kita sendiri kadang2 menjawab talipon di khalayak ramai, kita sendiri cuba memperlahankan suara, ini tidak, terjerit2. Kelakuan beliau seperti seorang yang tidak bermaruah, tiada rasa segan dan silu.

Saturday, November 20, 2010

Syarat-syarat & Teknik

[caption id="" align="alignright" width="180" caption="Image by ©Shaza79 via Flickr"]Solat  re-touch[/caption]

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, selesai sudah tugasan pejabat, hanya tinggal satu lagi sahaja yang perlu diperbetulkan. Sambil aku berehat, aku mentelaah senaskah buku yang aku beli yang ditulis oleh Dato' Ismail Kamus. Bagiku ia adalah sebuah buku yang menerangkan beberapa perkara yang perlu diketahui oleh kita sebagai seorang yang beragama Islam. Walaupun isi kandungan buku tersebut boleh dikatakan sebagai asas untuk hidup bersyariat, namun bagiku ianya telah memberi serba sedikit ilmu bagi kami sekeluarga.

Di sini ingin aku berkongsi beberapa perkara atau syarat yang mana bagiku patut kita jadikan sebagai amalan.

Teknik Khusyuk Dalam Solat

  1. Sentiasa melaksanakan solat berjemaah. (yang paling afdal ialah di masjid)

  2. Menjaga makanan dan minuman agar terjamin halalnya

  3. Membanyakkan sedekah kepada fakir miskin

  4. Jangan bersolat dengan menangguh untuk membuang air besar atau air kecil dan perkemaskan segala urusan supay tidak timbul kebimbangan dalam solat

  5. Mengambil wuduk dengan sempurna supaya air mengenai semua anggota yang wajib serta mengingati niat atau doa apabila air melalui setiap anggota

  6. Memakai pakaian yang bersih dan kemas seperti hendak mengadap pembesar negeri

  7. Tempat sujud dipastikan supaya tidak ada gambar yang menganggu fikiran atau membimbangkan hati

  8. Mengingati mati dan kemungkinan itu merupakan solat yang terakhir sekali dalam hidup

  9. Menyedari bahawa ia sedang berhadapan dengan Allah yang Maha Agung dan Maha Mengetahui segala rahsia hamba-Nya

  10. Memenuhkan dada dengan perasaan takut dan rendah diri terhadap Allah yang melihat segala gerak-geri kita

  11. Memahami segala bacaan dalam solat termasuk ayat-ayat Quran dan segala zikir

  12. Sebelum mengangkat takbir, membaca Surah Al-Nas, selawat atas Nabi SAW, istighfar dan apa-apa bacaan unutk menjauhkan gangguan syaitan

  13. Memandang ke tempat sujud dan tidak terlalu banyak menggerakkan anggota dan berpaling semasa dalam bersolat

  14. Memusatkan seluruh ingatan kepada solat

  15. Memanjangkan sedikit tempoh semasa rukuk dan sujud

  16. Memastikan tidak ada gangguan dalam kawasan kita bersolat

  17. Jangan memandang ke kiri dan ke kanan

[caption id="attachment_830" align="aligncenter" width="540" caption="Image by ©mia sarah via Flicker"][/caption]

Syarat-syarat Berdoa

  1. Dalam keadaan berwuduk

  2. Dalam keadaan menutup aurat

  3. Menghadap kiblat

  4. Dalam keaddan khusyuk dan tawaduk

  5. Tidak tergesa-gesa

  6. Dimulai dengan memuji kebesaran Allah

  7. Kemudian berselawat ke atas Baginda Rasulullah SAW

  8. Membaca doa itu dengan cara penuh harapan akan dikabulkan

  9. Diakhiri dengan selawat dan salam

  10. Seeloknya kita mengetahui isi dan makna doa itu

Waktu Yang Baik Untuk Berdoa

  1. Pada malam qadar (sepuluh malam terakhir dalam bulan Ramadan)

  2. pada hari Arafah (9 Zulhijjah keitka jemaah haji wuquf di Arafah)

  3. Pada bulan Ramadan

  4. Pada malam Jumaat

  5. Pada hari Jumaat

  6. Waktu berjumaat, lebih-lebih lagi ketika imam duduk di mimbar sampai imam mengucapkan salam

  7. Pada tengah malam

  8. Seperdua malam yang kedua (selepas jam 12 malam)

  9. Sepertiga malam yang pertama (jam 6 sampai 10 malam)

  10. Sepertiga malam yang terakhir (selepas jam 2 pagi)

  11. Pada waktu sahur (sebelum fajar)

  12. Sesudah berwuduk

  13. Ketika orang azan untuk solat

  14. Antara azan dan iqamat

  15. Ketika orang mengucapkan iqamat

  16. Ketika berbaris (jalan bersama) menuju medan perang sabil

  17. Dalam pertempuran di medan perang

  18. Pada akhir tiap-tiap solat fardu

  19. Pada waktu sedang sujud (dalam solat atau di luar solat)

  20. Ketika sedang membaca al-Quran

  21. Setelah tamat membaca al-Quran

  22. Ketika minum air zamzam

  23. Pada waktu ayam jantan berkokok (pada waktu pagi)

  24. Pasa saat berkumpulnya kaum Muslimin kerana agama

  25. Pada waktu berkumpul untuk berzikir (iaitu berkumpul untun menyebut kebesaran Allah, bertakbir, bertahmid dan bertasbih, atau berkumpul membaca dan mempelajari al-Quran, atau berkumpul menerima pelajaran agama Islam

  26. Ketika menutupkan mata orang yang telah mati

  27. Pada waktu turun hujan

Semoga kita mendapat keberkatan dari Allah swt... Insya Allah...

Sumber bacaan: Indahnya Hidup Bersyariat (Dato' Ismail Kamus/Mohd Azrul Azlen Ab Hamid)

Syarat-syarat & Teknik

Solat  re-touch
Image by ©Shaza79 via Flickr

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, selesai sudah tugasan pejabat, hanya tinggal satu lagi sahaja yang perlu diperbetulkan. Sambil aku berehat, aku mentelaah senaskah buku yang aku beli yang ditulis oleh Dato' Ismail Kamus. Bagiku ia adalah sebuah buku yang menerangkan beberapa perkara yang perlu diketahui oleh kita sebagai seorang yang beragama Islam. Walaupun isi kandungan buku tersebut boleh dikatakan sebagai asas untuk hidup bersyariat, namun bagiku ianya telah memberi serba sedikit ilmu bagi kami sekeluarga.

Di sini ingin aku berkongsi beberapa perkara atau syarat yang mana bagiku patut kita jadikan sebagai amalan.

Thursday, November 18, 2010

Zekr - Perisian Pembelajaran Al-Quran

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, sebentar tadi selesainya tugasan aku, aku melayari internet dan aku terjumpa sebuah laman web mengenai perisian pembelajaran Al-Quran. Aku pun memuatturun dan mencuba perisian tersebut. Nama perisian tersebut adalah "Zekr" dan ianya sebuah projek "Open Source" ini bermakna ianya adalah percuma. Semasa aku mencubanya, aku merasakan ia adalah satu perisian yang agak menarik dan adalah elok jika kita dapat memilikinya. Dari segi "Interface" dan penggunaannya adalah sangat mesra pengguna.

Selain dari kita belajar mengaji secara elektronik, ia juga memuatkan beberapa fungsi yang menarik di mana kita dapat mencari maksud setiap ayat dan perkataan Arab di dalam terjemahan yang boleh kita memuatturun sendiri dari laman web tersebut. Pemprosessan enjin pencariannya agak cepat. Pengguna dapat memperdengarkan bacaan Al-Quran dari beberapa qariah yang terkenal seperti:-

  1. Saad Al-Ghamdi

  2. Abdul Rahman Al-Sudais

  3. Mohammed Siddiq Al-Minshawi

  4. dan boleh memuatturun qariah lain....

Sebagai contoh, di dalam kotak carian, pengguna ingin mencari apakah ayat/surah yang berkenaan dengan dosa:

[caption id="attachment_804" align="aligncenter" width="540" caption="Keputusan carian"][/caption]

Di sini juga aku ada sertakan beberapa "screenshots" sebagai contoh perisian tersebut:-

[caption id="attachment_809" align="aligncenter" width="540" caption="Laman Utama"][/caption]

[caption id="attachment_810" align="aligncenter" width="540" caption="Pilihan Surah"][/caption]

[caption id="attachment_814" align="aligncenter" width="540" caption="Pilihan Terjemahan"][/caption]

[caption id="attachment_815" align="aligncenter" width="433" caption="Pilihan Qari"][/caption]

Anda boleh mendapatkan perisian ini dari laman utama, atau dari link di bawah,

Zekr Package - Window X86/32bit (termasuk terjemahan Bahasa Melayu & Bahasa Indonesia)

Zekr - Window X64

Zekr - Perisian Pembelajaran Al-Quran

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, sebentar tadi selesainya tugasan aku, aku melayari internet dan aku terjumpa sebuah laman web mengenai perisian pembelajaran Al-Quran. Aku pun memuatturun dan mencuba perisian tersebut. Nama perisian tersebut adalah "Zekr" dan ianya sebuah projek "Open Source" ini bermakna ianya adalah percuma. Semasa aku mencubanya, aku merasakan ia adalah satu perisian yang agak menarik dan adalah elok jika kita dapat memilikinya. Dari segi "Interface" dan penggunaannya adalah sangat mesra pengguna.

Selain dari kita belajar mengaji secara elektronik, ia juga memuatkan beberapa fungsi yang menarik di mana kita dapat mencari maksud setiap ayat dan perkataan Arab di dalam terjemahan yang boleh kita memuatturun sendiri dari laman web tersebut. Pemprosessan enjin pencariannya agak cepat. Pengguna dapat memperdengarkan bacaan Al-Quran dari beberapa qariah yang terkenal seperti:-
  1. Saad Al-Ghamdi
  2. Abdul Rahman Al-Sudais
  3. Mohammed Siddiq Al-Minshawi
  4. dan boleh memuatturun qariah lain....

Wednesday, November 17, 2010

Buat Kesedaran Bersama

Assalamualaikum,

Semasa di dalam perjalanan pulang, sempat aku berbual-bual mesra bersama isteriku. Apa yang menarik adalah beliau menceritakan bahawa semasa beliau menunggu kedatanganku untuk menjemput beliau sempat beliau bersama teman beliau membuka sebuah laman blog yang menunjukkan sepasang remaja Muslim, bercium di bibir jalan raya di sekitar KLCC. Ya! Pasangan MUSLIM, ISLAM!!!

Alangkah terkejutnya aku mendengarnya. Menurut isteriku, video tersebut tersebar di dalam FB oleh sebuah siaran radio yang terkenal di ibukota (nama dirahsiakan atas sebab2 keselamatan). Aku seperti tersentak dengan penjelasan beliau. Sekali lagi aku menanyakan kepada beliau mengenai kesahihan rakaman vidoe tersebut. Lantas beliau mengakuinya.

Tuesday, November 16, 2010

Adakah kita tergolong?

Asssalamualaikum,

Alhamdulillah, ingin aku memanjat kesyukuran kehadrat Allah swt. Akhirnya segala penat lelah aku kini tercapai jua cita2ku. Selama ini aku bersengkang mata memahirkan diri dalam bidang yang amat aku minati iaitu Web Design/UI Design, dan ianya terbalas jua. Baru seminggu aku memulakan jawatan baru di sebuah syarikat yang aku sendiri tidak pernah impikan untuk memegang jawatan tersebut.

Sebentar tadi sementara menunggu isteriku membeli makanan untuk makan malam, aku ternampak satu artikel yang begitu memeranjatkan aku, iaitu "Poster Lelaki Wali Perempuan". Setelah aku membaca keseluruhan ceritanya, aku menjadi begitu sedih. Mengapa begitu jahilnya umat Islam sekarang ini yang begitu cepat percayakan dan sanggup melakukan apa saja untuk memuaskan hawa nafsu.

Adakah, mereka mengikut sahaja kata2 seseorang yang mengaku bahawa dirinya mempunyai kuasa untuk berhubung secara ghaib dengan seorang wali. Mengapa begitu sekali? Jika kita perhatikan, begitu senang sekali mereka tertipu sedemikian rupa, bayangkan tatkala Dajjal turun ke bumi. Wana'uzubillah ....

Entahlah, semakin hari semakin banyak perkara yang tidak dapat diterima oleh akal fikiran berlaku. Adakah ini semua tanda2 akhir zaman? Adapun aku ketemui sebuah laman web yang membolehkan aku memuatturun satu fail yang bertajuk "40 Hadis Tentang Perisitwa Akhir Zaman".

Jika diteliti kesemuanya tepat dengan apa yang kita lalui sekarang ini. Banyak perkara yang disabda oleh Nabi saw kita telah atau sedang berlaku di zaman ini.  Sebagai contoh :-

HADIS 13: ORANG YANG BAIK BERKURANGAN SEDANG YANG JAHAT BERTAMBAH BANYAK
Daripada Aisyah r.a. berkata, aku mendengar Rasulullah saw. bersabda, "Tidak akan berlaku hari qiamat sehingga anak seseorang menjadi punca kemarahan (bagi ibubapanya) dan hujan akan menjadi panas (hujan akan berkurang dan cuaca akan menjadi panas) dan akan bertambah ramai orang yang tercela dan akan berkurangan orang yangbaik dan anak-anak menjadi berani melawan orang-orang tua dan orang yang jahat berani melawan orang-orang baik". (Riwayat Thabrani)

Jika kita renungkan hadis di atas, Rasulullah ada bersabda bahawasa tidak akan berlaku hari qiamat sehingga anak seseorang mnjadi punca kemarahan ibubapanya. Sebagai contoh, kebanyakkan remaja sekarang ini sudah tidak dapt dibendung lagi. Gejala sosial sekarang ini sudah seperti perkara biasa, jika kita perhatikan di ibukota, di dalam keadaan terang2 mereka melakukan maksiat, meneguk arak seperti meneguk Coca-Cola.

Di manakah perginya perasaan takut pada Allah swt? Siapakah yang perlu dipersalahkan. Aku sendiri kini di dalam ketakutan, kerana aku sendiri mempunyai 4 cahaya mata dan kesemua mereka adalah lelaki. Aku takut, aku takut mereka juga kan menjadi sedemikian jika tidak diberi perhatian dari sekarang. Baru2 ini ada terpampang di dada akhbar mengenai seorang anak yang sanggup ingin menolak ibu sendiri dari tingkat 14 kerana marah akan teguran ibunya.

Kemanakah perginya "Syurga di bawah telapak kaki ibu"? Adakah ianya hanya tinggal kata2. Kemanakah hilangnya kesucian seorang ibu, yang menanggung kesakitan, bertarung nyawa untuk melahirkan kita ke dunia ini. Tatkala aku membaca berita tersebut aku merasakan begitu sedih dan marah. Tergamak seorang ibu diperlakukan sedemikian rupa. Malah si ibu sanggup menarik balik laporan polis, demi sayangnya beliau terhadap anaknya.

Satu lagi tajuk di dalam himpunan hadis tersebut yang begitu meraik perhatianku adalah:-

HADIS 14: DIMANAKAH PUNCA KEBINASAAN SESEORANG
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah saw. bersabda, "Selagi akan datang suatu masa di mana orang yang beriman tidak akan dapat menyelamatkan imannya, kecuali bilaia lari membawanya dari suatu puncak bukit ke puncak bukit yang lain dan dari suatulubang kepada lubang yang lain. Maka apabila zaman itu telah terjadi, segala pencarian(pendapatan kehidupan) tidak dapat dicapai kecuali dengan perkara yang membabitkan kemurkaan Allah swt. Maka apabila ini telah terjadi, kebinasaan seseorang adalah berpunca dari menepati kehendak isterinya dan anak-anaknya. Kalau ia tidak mempunyai isteri dan anak, maka kebinasaannya adalah berpunca dari menepati kehendak kedua orang tuanya. Dan jikalau orang tuanya sudah tiada lagi, maka kebinasaannya adalah berpunca dari menepati kehendak kaum kerabatnya (adik beradiknya sendiri) atau dari menepati kehendak jirannya". Sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah saw., apakah maksud perkataan engkau itu ?" (kebinasaan seseorang dari kerana isterinya, atau anaknya, atauorang tuanya, atau keluarganya, atau jirannya); Nabi saw. menjawab, "Mereka akanmencelanya dan mengaibkannya dengan kesempitan kehidupannya. Maka dari kerana itu ia terpaksa melayan kehendak mereka dengan menceburkan dirinya dijurang-jurang kebinasaan yang akan menghancurkan dirinya". (Riwayat Baihaqi)

Sememangnya, perkara2 yang di dalam hadis di atas berlaku di zaman ini. Kebanyakkan dari kita terlalu mengikut kata2 orang sekeliling kerana takut dihina, dicerca, diherdik namun adakah kita semua sedar bahawa itu semua adalah sementara, bagaimana pula dengan hinaan, cercaan dan herdikan Allah swt terhadap kita di hari pembalasan kelak. Yang mana lebih azab, di dunia atau di akhirat.? Aku juga ingin berpesan pada diriku, dan juga aku juga berpesan pada isteriku, biarkan mereka asalkan makan pakai kami sekeluarga cukup itu sudah memadai.

Jika diikutkan, kebendaan di dunia ini tidak pernah cukup, kesemua yang ada mesti ada saja kurangnya. Namun itu semua adalah sementara. Dari membuang waktu dan berkejarkan keduniaan hingga lupa akan fitrah kita sebagai manusia di muka bumi adalah lebih baik kita menghambakan diri pada-Nya. Kita semestinya mengimbangi di antara dunia dan akhirat. Itulah yang sering dipesan oleh sahabat2 ku.

Bukan niatku untuk berceramah mahupun berleter, cuma aku ingin berpesan kepada diriku dan kita semua agar kita tidak alpa dan lupa. Sebelum aku mengakhiri penulisan ini ingin mengucapkan Salam Aidil Adha, aku berkongsi bersama:-

Tujuh Wasiat Rasulullah Kepada Umatnya
“Dari Abu Dzar ra. Ia berkata : saya diberi wasiat oleh kekasihku iaitu Nabi Muhammad SAW dengan tujuh macam perkara iaitu :

  1. Mencintai orang-orang miskin dak mendekatkan diri kepada mereka.

  2. Memandang kepada orang yang keadaannya di bawah saya dan tidak memandang kepada orang yang berada di atas saya.

  3. Menyambung atau mempererat kekeluargaan sekalipun keluarga saya itu menjauhi saya.

  4. Memperbanyak ucapan "Laa HauLa Wa Laa Quwwata Illa BillaH (Tiada Daya dan Tiada Kekuatan Melainkan Dengan Pertolongan AllaH)".

  5. Saya harus berkata yang hak atau benar sekalipun dirasakan pahit.

  6. Tidak boleh saya mengambil risiko menentang agama Allah terhadap celaan orang yang suka mencela.

  7. Jangan sampai saya meminta sesuatu kepada orang lain.”

(Riwayat Ahmad dan Thabrani)

Adakah  kita tergolong di dalam hadis2 di atas, renungkanlah ..... Assalamualaikum wbt

Gambar Hiasan

Tuesday, November 9, 2010

Sedih

Entah, kenapa tiba2 aku merasakan begitu sedih... Sedih kerana semakin hari aku mendekatkan diri kepada Allah, semakin banyak teman2 ku menolak diri ini. Mungkinkah aku ini keterlaluan dalam menunaikan ibadat? Aku sendiri tidak dapat menilainya, sememangnya kita tidak dapat menilai segala kebaikan dan keburukan diri sendiri.

Teruatama keburukan, ini hanya terserlah di mata kaca orang sekeliling. Memang aku akur kadang2 aku agak keterlaluan dalam menunaikan ibadah, adakalanya ada aku terpakasa bergegas pulang ke rumah sekiranya ada ceramah/kuliyyah Maghrib. Katakanlah aku berkerja di Kuala Lumpur, yang mana segala pelusuk jalanaraya dipenuhi dengan kenderaan, nescaya akan berlaku kesesakan lalulintas.

Bukannya di sini aku ingin menunjuk2 atau riak, cuma aku merasakan selama ini aku di dalam kerugian, kerugian dengan masa dan usia yang telah Allah swt kurniakan kepadaku dengan terbuang dengan begitu sahaja. Namun aku bersyukur terhadap-Nya kerana telah menunjukkan aku jalan yang lurus. Cuma kini aku merasakan begitu sedih, kenapa mesti kita memandang jelak ataupun memandang sebelah mata jika seseorang itu ingin semula kembali kepada pencipta-Nya.

Telah lama aku perhatikan, sememangnya begitu. Disebabkan itulah ramai dikalangan kitqa yang telah lalai dan alpa dengan tujuan sebenar kita dilahirkan di dunia ini. Terutamanya tiang agama, dulu sememangnya aku langsung tidak peduli akan Solat, hinggakan ketika azan berkumandang, aku hanya membiarkannya sahaja. Kadang2 aku tertanya2 pada diriku sendiri, mengapakah dulunya aku tidak sebegini rupa?

Usia remajaku hanya dihabiskan pada keseronokan. Tidak langsung aku terfikir untuk menghamba diri pada-Nya. Aku betul2 merasakan aku berada di dalam kerugian. Semua ini berubah tatkala ada beberapa perkara yang berlaku pada diriku. Perkara yang tidak dapat diterima oleh akal fikiran. Namun sekali lagi aku bersyukur kehadrat-Nya, kerana aku menginsafkan aku.

Kini aku mempunyai misi tersendiri, iaitu aku ingin menjadikan keluarga sebuah keluarga yang mendapat barakah dari-Nya. Aku akan cuba sedaya-upaya untuk mengubah setiap ahli keluarga agar kembali kepada-Nya. Insya Allah.

Seperkara yang aku begitu sedih ialah, laman web sosial (FB). Sudah tentu ramai yang menpunyai akaun, dan ramai yang sanggup bersengkang mata hanya untuk melayaninya. Tapi pernahkah kita terfikir, masa yang terluang di penuhi dengan sesuatu yang berguna. Maksudku seperti mengingati-Nya. Banyak ceramah2 dan kuliyyah yang aku dengari dan aku kunjungi, banyak yang dapat kita lakukan untuk mengingati-Nya.

Entahlah ... bukan aku ingin berceramah, kerana diri ini juga belum cukup untuk menceramah pada orang. Cuma tatkala aku menbaca buku2 agama dan melayari laman2 web yang menjurus kepada keTuhanan, aku menjadi takut. Takut adakah diri ini sempat bertaubat kepada-Nya? Adakah taubatku ini diterima-Nya? Bagaimanakah keadaan aku di sana nanti? Di manakah tempatku di sana? Hanya Allah swt yang mengetahuinya.

Aku menyusun sepuluh jari memohon keampunan kepada-Nya dan juga kepada sesiapa yang membaca atau melewati laman blog ini. Jika aku ada terkasar bahasa atau melampui batasan. Bukan niatku untuk riak dan sombong, cuma aku menjalankan tugas sebagai seorang Muslim, mengingati sesama kita. Moga Allah swt memberi barakah kepada kita. Insya Allah .....

Friday, November 5, 2010

Amalan Ayat-ayat dan Surah Khursus

Assalamualaikum,

[caption id="attachment_681" align="alignright" width="274" caption="Indahnya Hidup Bersyariat - Keluaran Telaga Biru"][/caption]

Alhamdulillah, baru2 ini aku ada membeli sebuah buku yang laris di pasaran, "Indahnya Hidup Bersyariat" hasil penulisan dari Dato' Ismail Kamus dan Mohd. Azrul Azlen Ab. Hamid keluaran Telaga Biru. Ada banyak tajuk yang menarik di dalam buku ini. Buku ini memberi penerangan berkenaan fardu kifayah dan fardu ain yang harus kita fahami. Walaupun ianya diterangkan secara ringkas, namun bagi aku ianya sudah memadai bagi kita untuk mengetahui dari "basic" dan kemudian atas daya usaha sendiri untuk menambah lagi ilmu kita.

Tajuk yang dimuatkan:

  1. Syariat Kelahiran

  2. Pendidikan Awal Kanak-kanak

  3. Syariat Berkaitan Remaja

  4. Fardu Ain Asas

  5. Munahakat (Hukum Perkahwinan)

  6. Syariat Dalam Bermasyarakat

  7. Syariat Sunat Harian Sepanjang Masa

  8. Amalan-amalan Sunat Mengikut Takwim Islam (Bonus)

Tapi bagi penulisan aku kali ini, aku ingin berkongsi ialah, Amalan Beberapa Ayat Dan Surah Khursus. Pada pendapatku, ianya amat berguna untuk kita semua untuk menjadikannya satu amalan. Terdapat 12 amalan yang disarankan:

  1. Surah al-Ikhlas
    Menyamai satu pertiga al-Quran:
    Dibaca 10 kali akan dibina sebuah istana di syurga.

  2. Surah al-Falaq
    Dibaca 3 kali untuk perlindungan daripada bencana dan perkara yang tidak diingini.

  3. Surah al-Nas
    Sama seperi surah al-Falaq

  4. Ayatul Kursi (Surah al-Baqarah 2:255)
    Pahalanya menyami satu perempat al-Quran, dibaca setiap kali lepas solat akan dimasukkan ke syurga, setiap huruf mengandungi 1000 keberkatan dan 1000 rahmat.

  5. Membaca (بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ)
    Dibaca 21 kali sebelum tidur amat digalakkan sebagai usaha untuk mengelakkan mati terkejut, kecurian, kebakaran dan lain-lain, insya-Allah.

  6. Membaca Surah al-Fatihah
    Dibaca 20 kali selepas solat fardu merupakan amalan para solehin. Insya-Allah akan tercapai segala maksud, perlindungan daripada segala keburukan dan sebagainya. (Boleh dibaca 100 kali sekaligus jika sukar diamalkan selepas setiap kali solat).

  7. Surah al-Mukmin ayat 1 - 3 (Juzuk 24 Surah 40)
    Dibaca untuk keselamatan.

  8. Surah al-Hasyr Ayat 21-24 (juzuk 28 Surah 59)
    Apabila dibaca selepas Subuh dan Asar akan dapat rahmat dan dijaga oleh 70,000 malaikat dan jika meninggal dunia pada malam atau siang hari itu, akan memperolehi syurga.

  9. Surah al-Rum Ayat 17-19 (Juzuk 21 Surah 30)
    Akan diberi pahala atas amalan yang tidak dapat dijalankan pada waktu siang dan malam.

  10. Surah al-Mukminun Ayat 115-118 (Juzuk 18 Surah 23)

  11. Amalan "ayat 7" iaitu tujuh ayat daripada al-Quran
    Surah Al-Tawbah: Ayat 51
    Surah Yunus: Ayat 107
    Surah Hud: Ayat 6
    Surah Hud: Ayat 56
    Surah Al-Ankabut: Ayat 60
    Surah al-Fathir: Ayat 2
    SUrah al-Zumar: Ayat 38 

    Kata Sayidina Ali k.w.h:
    "Sesiapa mengamalkan membaca pagi dan petang maka berasa aman sentosa daripada segala kebinasaan dan terpeliharalah daripada perdaya musuh dan bala, dengan izin Allah"

    Menurut Syeikh Mohd. Yaacob:
    i.   Apabila ayat tujuh ini dibaca siang sekali dan malam (sesudah solat Maghrib dan Subuh) insya-Allah akan dimudahkan rezekinya, dipanjangkan umurnya, terpelihara daripada gangguan jin, syaitan dan fitnah dan dikasihi para hamba Allah serta dipermudahkan atau dikabulkan segala apa yang dicita-citakannya.
    ii.  Sesiapa yang mewiridkan pada tiap-tiap selesai solat fardu, insya-Allah akan dipermudahkan baginya sakratulmaut kelak dan memperolehi pahala besar. Juga kalau dibacakan ayat ini kepada orang yang sakit, maka insya-Allah akan menenangkan dan menyembuhkannya dengan segera.

  12. Surah At-Tawbah Ayat 128 - 129 (Juzuk 11 Surah 9)

[caption id="" align="aligncenter" width="300" caption="Image via Wikipedia"]Front of the Quran[/caption]

"Membaca dan mengamalkan seluruh isi kandungan al-Quran itulah yang paling 'ideal' dan sempurna sekali."

Insya-Allah moga-moga kita mendapat keberkatan dari Allah Subhanahu Wata'ala.

Sumber diperolehi dari: Indahnya Hidup Bersyariat (terbitan Telaga Biru, oleh Dato' Ismail Kamus & Mohd. Azrul Azlen Ab. Hamid)

Amalan Ayat-ayat dan Surah Khursus

Assalamualaikum,

Indahnya Hidup Bersyariat - Keluaran Telaga Biru

Front of the Quran
Image via Wikipedia