Monday, February 28, 2011

Rezeki Yang Berkat

بسم الله الرحمن الرحيم

Marilah kita meningkatkan ketaqwaan kepada Allah SWT. dengan bersungguh-sungguh mematuhi segala perintah-Nya dan merasa bahagia menjauhi segala larangan-Nya. Hanya manusia yang paling bertaqwa akan diberi rahmat oleh Allah SWT. di dunia mahupun di akhirat.

Secara umum berkat ialah sesuatu yang lebih dari setiap pemberian Allah SWT. Ia terhasil daripada keyakinan, ketaatan, kepatuhan dan kehambaan manusia yang berterusan kepada Allah SWT. Di setiap ketika, apabila ada sahaja manusia melakukan segala perintah dan menjauhi segala larangan-Nyadengan penuh ikhlas, maka  Allah SWT. akan menurunkan keberkatan-Nya kepada mana-mana individu yang dikehendaki-Nya.

Rezeki yang membawa berkat insya-Allah akan sentiasa memberikan kecukupan, kesempurnaan, kedamaian, ketenangan, keselesaan dan kebahagiaan kepada mereka yang memperolehinya. Mereka akan kelihatan tenang, tabah dan sabar. Berkat bukan sahaja dinikmati secara perseorangan tetapi juga akan berkembang kepada ahli keluarga, anggota masyarakat dan negara.

Monday, February 21, 2011

Zikir Munajat



[caption id="" align="alignright" width="300" caption="Image via Wikipedia"]Allah text[/caption]


بسم الله الرحمن الرحيم

Assamualaikum,

Syukur kehadrat-Nya, agak lama juga aku tidak menulis, bukannya apa nak cuba sedikit pembaharuan. Aku cuba berpindah ke Blogger, namun aku lebih cenderung dan arif dengan mengguna Wordpress.

Adapun aku ada menerima sebuah email yang dikirimkan oleh sebuah laman blog yang selalu juga aku lawati, iaitu, http://www.doaharian.blogspot.com. Penulis telahpun menghantar sebuah file yang di dalamnya mengandungi zikir, iaitu Zikir Muanajat di mana ingin sekali aku mengkongikannya bersama.

Friday, February 18, 2011

Lusnya Neraka

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum

Adapun sebentar tadi aku sedangkan melakukan "Cleanup" bagi inbox email ku, terserempak akan aku satu email yang dikirimkan oleh seorang sahabat yang lama aku kenali. Email tersebut bertajuk "Luasnya Neraka". Tersentak aku sebentar apabila membacanya. Marilah kita renungkannya:
Luasnya Neraka
YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM, lindunglilah dan peliharakanlah kami, kedua ibubapa kami, isteri kami, anak-anak kami, kaum keluarga kami & semua orang Islam dari azab seksa api nerakaMu YA ALLAH. 


Sesungguhnya kami tidak layak untuk menduduki syurgaMu YA ALLAH, namun tidak pula kami sanggup untuk ke nerakaMu YA ALLAH. 


Ampunilah dosa-dosa kami, terimalah taubat kami dan terimalah segala ibadah dan amalan kami dengan RAHMATMU YA ALLAH......AMIN..... 

Tetamu Masjid

Gambar Hiasan - Masjid Wilayah Persekutuan
بسم الله الرحمن الرحيم
Asssalamualaikum,

Alhamdulillah, sekali lagi kita bertemu dengan hari yang begitu mulia dan penuh dengan rahmat, iaitu Hari Jumaat. Ingin aku kongsikan di sini khutbah Jumaat yang aku muatturunkan dari laman web JAKIM yang bertajuk "TETAMU MASJID".

Tetamu Masjid

Pada asalnya masjid adalah tempat sujud, rumah Allah SWT. Tetamu yang datang mengunjungi masjid adalah mereka yang sanggup mengabdikan diri kepada Allah yang maha berkuasa dengan berjanji akan menjadi hamba Allah yang sentiasa taat kepada perintah-Nya. Masjid adalah salah satu daripada tanda wujudnya umat Islam di suatu tempat di muka bumi ini, kerana disinilah tempat pertemuan dan merupakan salah satu tanda perpaduan umat Islam. Disinilah juga wujudnya orang-orang yang bertakwa dan bersaudara. Sebagaimana firman Allah SWT dalam Surah At-Taubah ayat 18:



Maksudnya: “Hanyasanya yang memakmurkan masjid-masjid Allah itu ialah orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk.”

Masjid tidaklah dapat disamakan dengan tempat-tempat lain seperti rumah-rumah persendirian, gedung-gedung perniagaan atau pasar kerana tempat yang suci lagi mulia ini menjadi tempat orang Islam melakukan ibadah kepada Allah SWT. Ia juga adalah tempat kebajikan yang penuh dengan rahmat dan berkat. Syeikhul Islam Ibnu Taimiah pernah menyebut di dalam kitabnya yang terulung, Majmu`at al-Fatawa bahawa: Salah satu tempat penyatuan dan perkumpulan yang strategik untuk umat Islam ialah masjid dan sesungguhnya Nabi Muhammad SAW mengasaskan Masjid Nabawi dengan menerapkan nilai takwa sebagai paksinya.

Memandangkan tempat ini mulia, maka kita sebagai tetamu masjid perlulah memelihara kemuliaan dengan menjaga sopan santun, sentiasa bertatatertib dan memelihara adab-adab ketika memasuki dan berada di dalamnya. Antara adab-adab tersebut ialah,
  1. Ikhlaskan niat ketika pergi kerana Allah SWT.
  2. Sebelum pergi hendaklah bersuci dari hadas, mandi sunat, mengambil wuduk, berpakaian menutup aurat, disunatkan memakai pakaian yang baru dan berwarna putih serta berwangi-wangian. Rasulullah SAW bersabda dengan maksudnya: Sesiapa yang mengambil wuduk di rumahnya dan di perelokkan wuduknya, kemudian dia pergi ke masjid, maka dia adalah tetamu Allah dan menjadi kewajipan ke atas orang yang dilawati untuk memuliakan tetamunya.
  3. Sentiasa tenang, tidak tergopoh gapah, sentiasa tawadhu’ dan khusuk ketika kaki melangkah ke masjid. Di riwayatkan bahawa Rasulullah pernah bersabda dengan maksudnya: Jika kamu terdengar iqamat, maka berjalanlah kamu ke tempat solat dalam keadaan tenang dan tidak tergopoh-gapah. Apa yang kamu sempat, maka solatlah dan apa yang kamu tertinggalkan maka sempurnakanlah.
  4. Dalam perjalanan memperbanyakkan zikir, takbir, tasbih, tahmid, tahlil dan selawat.
  5. Membaca doa-doa yang di ajarkan oleh Rasulullah SAW ketika memasuki masjid dan ketika berada di dalamnya serta memberi salam kepada malaikat yang menjaga rumah Allah.
  6. Menunaikan sembahyang sunat tahiyatul masjid, melakukan iktikaf, berdiam diri iaitu tidak membuat bising, tidak bercakap-cakap, tidak membicarakan hal-hal yang berkaitan dengan keduniaan, tidak melakukan sesuatu tidak baik yang mengotorkan kesucian dan merosakkan kehormatan masjid. 
  7. Dilarang menjadikannya sebagai tempat laluan atau jalan melainkan sebagai tempat mengingati Allah dan tempat solat. 
Dalam hadith Ka’ab bin A’jrah, Rasulullah SAW bersabda dengan maksudnya: Jika kamu berada di dalam masjid, janganlah kamu membunyikan jari-jari kamu kerana kamu seolah-olah berada di dalam solat ketika kamu menunggu untuk menunaikannya.

Rasulullah SAW menggesa umatnya agar cintakan masjid supaya dapat menyelamatkan diri dan mendapat perlindungan Allah SWT pada hari kiamat. Mereka yang sentiasa mengunjungi masjid dengan tujuan beribadat dan mendapat keredhaan Allah SWT akan memperolehi ganjaran yang besar iaitu syurga serta menjadi bukti tentang keimanan pada hari akhirat kelak. Sabda Rasulullah SAW:



Bermaksud: “Sesiapa yang pergi ke masjid di waktu pagi dan petang, Allah SWT menyediakan untuknya sesuatu hidangan yang biasa diberikan kepada tetamu di syurga bagi setiap kali ia pergi ke masjid samada pagi atau petang." ( Riwayat al-Bukhari)

Mimbar merasa bimbang dengan suasana akhir-akhir ini dengan ada segelintir masyarakat yang kurang beradab ketika mengunjungi masjid. Mereka tanpa segan silu tidak menghormati kesucian dengan melakukan perbuatan keji seperti mencaci, memfitnah dan melontarkan tohmahan, memburuk-burukkan peribadi orang lain serta mendedahkan keaiban saudaranya. Lebih malang lagi ada yang membenarkan orang bukan Islam memberi ucapan berbau politik di dalam masjid. Perbuatan menjadikan masjid sebagai pusat penyebaran fitnah, fahaman individu dan politik kepartian bertentangan dengan roh Islam. Allah SWT secara tegas menempelak sikap golongan munafik yang cuba menjadikan masjid ini sebagai alat perpecahan menerusi firman-Nya dalam surah at-Taubah ayat 107:


Maksudnya: “Dan orang yang membina masjid dengan tujuan membahayakan, dan menguatkan keingkaran, serta memecah-belahkan perpaduan orang yang beriman, dan untuk (dijadikan tempat) intipan bagi orang yang telah memerangi Allah dan Rasul-Nya sebelum itu. Dan mereka akan bersumpah dengan berkata: Tidaklah kami kehendaki melainkan untuk kebaikan semata-mata. Padahal Allah menyaksikan, bahawa sesungguhnya mereka adalah berdusta.)"

Justeru itu menjadi tanggungjawab mimbar mengingatkan sidang Jumaat dan umat Islam sekalian bahawa kunjungan kita ke masjid hendaklah atas dasar ketakwaan kepada Allah SWT. Dengan itu hendaklah kita menjaga adab-adab,tatatertib, tingkah laku , perbuatan dan percakapan kita semasa berada di tempat yang mulia ini. Mereka yang hadir ke masjid atas tujuan untuk memecah-belahkan umat Islam serta memburuk dan mencemarkan imej Islam adalah dilarang dan boleh disamakan dengan golongan musyrik yang tidak layak memakmurkan masjid ini.

Mimbar menyeru, marilah sama-sama kita menjaga kesucian masjid ini dengan mengelakkan diri dari melakukan kekotoran samada dalam bentuk zahir ataupun batin. Mimbar cukup yakin unsur-unsur kekotoran,kebusukan batin dan kata-kata nista yang jelas terlambang pada akhlak dan perangai sesetengah umat Islam itu sendiri tidak sesuai dibawa masuk ke dalam masjid kerana boleh mencemarkan nama baik sebagai institusi yang suci lagi kudus. Said bin Musayyab berkata: "Sesiapa yang duduk di dalam masjid, bererti dia bertemu dengan tuhannya dan semestinya dia hanya berkata-kata dengan perkataan baik”. Mengakhiri khutbah pada minggu ini mimbar berpesan marilah sama-sama kita merenung firman Allah SWT dalam surah at-Taubah ayat 108:


Maksudnya: “Janganlah engkau sembahyang di masjid itu buat selamanya, kerana sesungguhnya masjid (Qubaa), yang telah didirikan di atas dasar takwa dari mula lebih patut engkau sembahyang di dalamnya. Di sana ada lelaki yang suka membersihkan dirinya; dan Allah Mengasihi orang yang membersihkan diri mereka.)"

Menanti Di Alam Kubur

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum,

Selesai sudah kerja harian, sambil aku berborak dengan isteri tercinta, aku terlintas aku akan sebuah khutbah Jumaat yang aku muatturun dari laman web JAKIM. Khutbah tersebut bertajuk "Menanti Di Alam Kubur". Marilah kita renungkan setiap bait-bait kata yang disampaikan di dalam khutbah tersebut.

Menanti Di Alam Kubur

Setiap yang bernyawa pasti akan mati, begitu jugalah dengan manusia tiada seorang pun boleh lari dari ajalnya yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Apabila ajal seseorang itu telah sampai malaikat Izrail tetap akan mencabut nyawanya tidak kira di mana seseorang itu berada. Sebagaimana firman Allah SWT dalam surah al-Jumu’ah ayat 8:

Surah al-Jumu'ah ayat 8
Maksudnya : " Katakanlah: Sebenarnya maut yang kamu larikan diri daripadanya itu, tetaplah ia akan menemui kamu; kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah) yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, lalu Ia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah lakukan (serta membalasnya). "

Thursday, February 17, 2011

Bilal Bin Rabah

بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum,


Kisah seorang yang begitu taat kepada Allah SWT dan juga Rasulnya, Muhammad SAW. Seorang yang sanggup diseksa, dihina diherdik namun begitu keimanannya tetap utuh. Semoga penulisan ini dapat memberi kita satu semangat untuk kita perjuangkan Islam. Wallahualam.


Bilal Bin Rabah



Telah datang seorang tamu ke rumah Umaiyah bin Khalaf ketika dia sedang berada di rumahnya menghirup udara pagi yang nyaman. "Belum sampai kabar kepadamu?" tanya tamu itu. "Khabar apakah itu?" jawab Umaiyah dengan hairan. "Aku melihat dengan mata kepalaku sendiri, bahawa budakmu yang bernama Bilal, sering sekali datang ke rumah si Muhammad di waktu malam dengan sembunyi-sembunyi. Kadang-kadang di waktu siang hari, kiranya engkau lengah tak mengetahuinya. Melihat gerak-geri dan airmukanya, rupanya dia masuk ke agama baru yang dibawa Muhammad itu dan meninggalkan agama kita, bererti mengenyahkan Tuhan Lata dan Uzza (berhala)."


"Apakah benar khabarmu ini?" tanya Umaiyah dengan cepat. "Cukupkah bukti buktinya?" tanyanya pula. "Tentu, ini bukan khabar bohong, justru itulah sebabnya saya datang, untuk memberitahu kamu kalau kalau kamu belum tahu, agar engkau bertindak segera terhadap budakmu itu, jangan mencemarkan nama kita yang menjadi tuan-tuan yang berbudak belian, sehingga nama kita akan rosak kerananya," jawab tamunya pula. Dengan hati yang mengkal dan marah, Umaiyah kembali ke rumahnya seakanakan tidak tahu apa yang harus dilakukannya, kerana sangat marahnya. Tidak lama kemudian, Bilal pun datang, lalu berdiri di hadapan Umaiyah dengan agak takut-takut tampaknya. Dengan marah besar, Umaiyah lalu berkata kepada Bilal: "Khabar buruk sudah sampai kepadaku, tentang dirimu. Jangan engkau bersembunyi sembunyi diri kepadaku. Sekarang mengakulah terus terang, benar tidaknya khabar itu. Engkau sering pergi ke rumah Muhammad di waktu malam. Engkau sudah terperosok memasuki agama baru yang dibawa Muhammad, serta meninggalkan Tuhanmu Lata dan Uzza!"

Keluarga 69

بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum,


Alhamdulillah syukur dengan limpah kurnia-Nya. Aku merasakan sungguh bersyukur dengan segala nik'mat yang telah diberikan-Nya kepadaku dan juga keluargaku. Seperti malam-malam yang biasa aku ingin berkongsikan sedikit sebanyak apa yang aku pelajari untuk tatapan kita bersama, moga diberi hidayah oleh Allah SWT.


Teringat aku akan sebuah ceramah yang diusulkan oleh Ustaz Kazim Elias berkenaan dengan satu perkara yang kita ambil remeh dengan bersikap tidak mengapa, iaitu Muhrim. Menurut Wikipedia Bahasa Melayu, erti Muhrim adalah:






"Muhrim atau Mahram (Bahasa Arab:محرم), ertinya yang diharamkan. Lelaki dan perempuan yang dilarang (haram) berkahwin."

Wednesday, February 16, 2011

Tempat Tinggal Jin

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum,

Sambil2 aku mem"Format"kan laptop baharu yang diberikan oleh majikanku terdetik dihati ini untuk aku mentelaah sebuah buku yang bertajuk "Jin: Hakikat dan Pengubatan" hasil penulisan Dato Hj. Ismail Kamus. Setelah aku mentelaah salah satu tajuk yang terdapat di dalam buku tersebut ialah "Tempat Tinggal Jin". Agak menarik juga tajuknya dan ingin aku kongsikan bersama di sini.


Tempat Tinggal Jin


Ramai beranggapan bahawa jin tinggal di hutan-hutan belantara sehingga disebut orang kalau tempat itu agak terpencil maka dikatakan tempat jin bertandang.

Tuesday, February 15, 2011

Manusia Berwajah Syaitan

بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum,
Dalam sejarah kewujudan dunia, didapati Iblis adalah makhluk pertama yang menderhaka dan menentang hukum Allah SWT. Allah telah memerintahkan para Malaikat dan Iblis sujud kepada Nabi Adam AS sebagai menghormati manusia makhluk Allah yang paling mulia. Para Malaikat mematuhi perintah Allah tetapi Iblis terus ingkar dan menderhaka perintah Allah. Sejak penentangan itu, Iblis berikrar akan terus menderhakai Allah dan akan memujuk manusia menyertainya menentang perintah Allah. Firman Allah SWT dalam surah al-An’am ayat 121:
Surah al-An'Am (6:121)
Maksudnya: Dan sesunggguhnya Syaitan itu membisikkan kepada pengikut-pengikutnya, supaya mereka membantahmu; dan jika kamu menurut hasutan mereka, maka sesungguhnya kamu tetap menjadi orang musyrik.

Monday, February 14, 2011

Nasihat Untuk Para Suami

بسم الله الرحمن الرحيم


Assaslamualaikum,


Sepertimana yang kita ketahui, tanggungjawab sebagai seorang suami adalah amat berat. Banyak perkara yang harus kita ketahui terutamanya di dalam bidang agama, ini adalah kerana kita adalah ketua keluarga. Banyak perkara yang tidak seharusnya terjadi telah banyak kita lihat di luar.


Ingin aku kongsikan bersama beberapa perkara di sini:



Gambar Hiasan
Penentu kepada kebahagiaan sesebuah rumahtangga sebahagian besarnya terletak di tangan suami. Suamilah yang menentukan hala tuju dan masa depan rumahtangga. suamilah yang mencorakkan didikan dan pentarbiyyahan yang hendak diterapkan kepada isteri dan anak-anak. Baik atau tidak baiknya pengurusan sesebuah rumahtangga terletak di bahu suami. Jika suami baik dan bertangggungjawab akan baiklah keluarga tersebut. Tetapi jika suami alpa dan lalai dengan tanggungjawabnya, maka akan terabai dan porak-perandalah rumahtangganya.

Friday, February 11, 2011

Haram Menyambut Hari Kekasih (aka Valentine's Day)

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum,


Alhamdulillah syukur ke hadat-Nya dapat juga aku menghadiri solat Jumaat. Hari ini agak kurang sibuk dengan tugasan di pejabat, kesemuanya telah selesai. Teringat aku akan khutbah Jumaat sebentar tadi mengenai larangan kita sebagai orang Muslim menyambut Hari Kekasih (Valentine's Day).


Lantas aku menggodek di internet dan menjumpai teks khutbah, dan ingin aku kongsikan bersama.

Image by: plusone.devianart.com
Menerima dan mengamalkan Islam sebagai Ad-Diin, iaitu sebagai cara hidup adalah perlu dilaksanakan oIeh seluruh umat Islam, demi membuktikan ketulusan dan keyakinan kita kepada ajaran suci yang dibawa oIeh Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. Selari dengan tuntutan ini, Khutbah hari ini akan memperkatakan perihal: "Haram Menyambut Hari Kekasih".

Solat Berjemaah

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum,

Solat berjemaah, sudah tentu ramai di antara kita yang mengetahui cara-cara untuk mengerjakannya. Penulisan kali ini adalah untuk berkongsi serba sedikit apa yang telah aku perolehi selepas aku mentelaah sebuah buku yang ditulis oleh Dato’ Ismail Kamus dan Mohd. Azrul Azlen Ab. Hamid yang berjudul “Indahnya Hidup Bersyariat” terbitan Telaga Biru Sdn Bhd.

Menurut dari penulisan buku tersebut, sebahagian ulama mengatakan hukum solat berjemaah adalah fardu ain dan sebahagian yang alin mengatakan fardu kifayah. Di samping itu ada sesetengahnya berpendapat sunat muakkad dan ini adalah pendapat Imam Syafi’i r.a.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Solat berjemaah itu lebih afdal (bagus) daripada solat bersendirian dengan kadar 27 darjah (pangkat)".”

Thursday, February 10, 2011

Khusyuk Dalam Solat

[caption id="attachment_1100" align="alignleft" width="197" caption="Formula Solat Sempurna - Ust. Zaharuddin Abd Rahman (TB)"][/caption]

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum,

Seperti biasa, marilah kita panjatkan kesyukuran kehadrat-Nya ayng telah mengkurniakan sihat tubuh badan dan akal fikiran agar kita dapat menjalankan amanah kita sebagai hambanya di mukabumi ini. Sebentar tadi sedang aku memandu untuk pulang ke rumah, terlintas difikiran akan ceramah dari Ustaz Kazim Elias berkenaan solat. Di dalam ceramah beliau menceritakan tentang pentingnya khusyk ketika kita bersolat.

Setibanya aku di rumah, sesudah aku mengerjakan solat Isya' langsung aku mentelaah sebuah buku hasil penulisan Ustaz Zaharuddin Abd. Rahman yang berjudul "Formula Solat Sempurna". Di dalam penulisan beliau ada beliau menekankan bab khusyuk ketika bersolat dan ingin aku kongsikan bersama di sini.

Khusyuk Dalam Solat

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum,

Seperti biasa, marilah kita panjatkan kesyukuran kehadrat-Nya ayng telah mengkurniakan sihat tubuh badan dan akal fikiran agar kita dapat menjalankan amanah kita sebagai hambanya di mukabumi ini. Sebentar tadi sedang aku memandu untuk pulang ke rumah, terlintas difikiran akan ceramah dari Ustaz Kazim Elias berkenaan solat. Di dalam ceramah beliau menceritakan tentang pentingnya khusyk ketika kita bersolat.

Setibanya aku di rumah, sesudah aku mengerjakan solat Isya' langsung aku mentelaah sebuah buku hasil penulisan Ustaz Zaharuddin Abd. Rahman yang berjudul "Formula Solat Sempurna". Di dalam penulisan beliau ada beliau menekankan bab khusyuk ketika bersolat dan ingin aku kongsikan bersama di sini.

Khusyuk merupakan jiwa atau roh kepada solat. Solat yang tidak dijiwai dengan khusyuk hanyalah solay yang sia-sia, tidak memberikan apa-apa melainkan hanya mendapat kepenatan. Ini ditegaskan oleh Baginda Nabi saw ketika mengingatkan orang yang tidak menjaga hati dan khusyuk ketika bangun menunaikankan solat malam:
"Dan barangkali orang yang berdiri (solat di tengah malam) itu tidak diperolehinya kecuali berjaga malam (Penat dan letih)." (Riwayat Ibn Hibban dan al-Tabrani)

Wednesday, February 9, 2011

Silat dan Bomoh



[caption id="" align="alignright" width="300" caption="Image via Wikipedia"]A silat exponent in Bali[/caption]


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, agak tenang hari di tempat kerja. Kesemua amanah yang diberikan telah aku siapkan. Awal aku tiba dirumah hari ni, sempatlah aku berjemaah di Surau Al-Islah. Seperti biasa, selesai solat Maghrib para jemaah berbual-bual kosong sambil menikmati goreng pisang panas yang sempat digoreng oleh Wak Nan.

Sempat juga aku bersembang dengan Haji. Secara tiba2 aku teringatkan kisah yang terjadi pada isteriku yang mana beliau sebelum ini begitu kerap didatangi. Lantas aku bertanyakan pada Haji berhubungan denga syirik. Haji ada menceritakan beberapa perkara berkenaan dengan syirik.

Silat dan Bomoh

A silat exponent in Bali
Image via Wikipedia


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, agak tenang hari di tempat kerja. Kesemua amanah yang diberikan telah aku siapkan. Awal aku tiba dirumah hari ni, sempatlah aku berjemaah di Surau Al-Islah. Seperti biasa, selesai solat Maghrib para jemaah berbual-bual kosong sambil menikmati goreng pisang panas yang sempat digoreng oleh Wak Nan.

Sempat juga aku bersembang dengan Haji. Secara tiba2 aku teringatkan kisah yang terjadi pada isteriku yang mana beliau sebelum ini begitu kerap didatangi. Lantas aku bertanyakan pada Haji berhubungan denga syirik. Haji ada menceritakan beberapa perkara berkenaan dengan syirik.

Selesainya solat Isya', aku terus pulang dan mencari beberapa artikel berkenaan syirik menurut al-Quran dan terlintas aku sebuah laman web yang mana artikelnya berkenaan "Silat dan Perbomohan Menurut Islam". Seperi biasa ingin aku kongsikan bersama isi kandungannya.

Tuesday, February 8, 2011

Doa Murah Rezeki



[caption id="" align="alignright" width="300" caption="Image via Wikipedia"]Faithful praying towards Makkah; Umayyad Mosqu...[/caption]


Assalamualaikum,

Terlebih dahulu, syukur ke hadrat-Nya dengan limpah kurnia-Nya yang telah memberi kesihatan tubuh badan dan kekuatan untuk meneruskan hari-hari yang berlalu. Sambil2 berehat bersama keluarga, setalah melepaskan penat seharian bekerja terlihat aku beberapa naskah buku yang aku perolehi tidak lama dahulu dan salah-satunya adalah "Doa Murah Rezeki".

Sudah tentu kita semua mahukan sebuah keluarga yang sempurna dengan limpahan rezeki yang dikurniakan-Nya, namun semua itu hendaklah kita berusaha dengan mengerjakan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang. Rezeki ada di mana-mana, mka kita hendaklah berusaha mencarinya. Salah satu jalan yang redhai adalah dengan berdoa kepada-Nya, sepertiman firman Allah swt dalam Surah Al-Baqarah ayat 186:

بسم الله الرحمن الرحيم


[caption id="attachment_1048" align="aligncenter" width="500" caption="Surah al-Baqara - 2:186"][/caption]

Maksudnya: "Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul."


Di sini ingi aku kongsikan bersama beberapa doa:

1. Doa Nabi Isa Mohon Rezeki

بسم الله الرحمن الرحيم


[caption id="attachment_1053" align="aligncenter" width="430" caption="Surah al-Maidah - 5:114"][/caption]

Maksudnya: "Ya Allah, Tuhan kami! Turunkanlah kiranya kepada kami satu hidangan dari langit, untuk menjadi hari raya bagi kami, iaitu bagi kami yang ada hari ini dan bagi orang-orang kami yang datang kemudian, dan sebagai satu tanda (mukjizat) daripadamu (yang menunjukkan kebesaran dan kekuasaanMu); dan kurniakanlah rezeki kepada kami, kerana Engkau jualah sebaik-baik Pemberi rezeki".


2. Doa Supaya Dicukupkan Keperluan

بسم الله الرحمن الرحيم


[caption id="attachment_1054" align="aligncenter" width="500" caption="Surah at-Taubah - 9:129"][/caption]

Maksudnya: "Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri, dan Dia lah yang mempunyai Arasy yang besar."


3. Doa Semoga Beroleh Rezeki

بسم الله الرحمن الرحيم


[caption id="attachment_1055" align="aligncenter" width="500" caption="Surah Hud - 11:6"][/caption]

Maksudnya: "Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat ia disimpan. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Lauh mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat yang berkenaan)."


4. Doa Semoga Rezeki Mencukupi

بسم الله الرحمن الرحيم


[caption id="attachment_1056" align="aligncenter" width="500" caption="Surah al-Fathir - 35:2"][/caption]

Maksudnya: "Apa jua jenis rahmat yang dibukakan oleh Allah kepada manusia, maka tidak ada sesuatupun yang dapat menahannya; dan apa jua yang ditahan oleh Allah maka tidak ada sesuatupun yang dapat melepaskannya sesudah itu. Dan (ingatlah) Dia lah sahaja yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana."


5. Doa Nabi Musa Menghadapi Kelaparan

بسم الله الرحمن الرحيم


[caption id="attachment_1057" align="aligncenter" width="416" caption="Surah al-Qasas - 28:24"][/caption]

Maksudnya: "Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku sangat berhajat kepada sebarang rezeki pemberian yang Engkau berikan".


9. Doa Murah Rezeki

بسم الله الرحمن الرحيم


[caption id="attachment_1058" align="aligncenter" width="500" caption="Surah asy-Syuara - 42:19"][/caption]

Maksudnya: "Allah Maha Lembut tadbirNya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihanNya) kepada hamba-hambaNya; Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan yang telah ditetapkan), dan Dia lah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa."



بسم الله الرحمن الرحيم


[caption id="attachment_1059" align="aligncenter" width="500" caption="Surah at-Talaq - 65:7"][/caption]

Maksudnya: "Dan sesiapa yang di sempitkan rezekinya, maka hendaklah ia memberi nafkah dari apa yang diberikan Allah kepadanya (sekadar yang mampu); Allah tidak memberati seseorang melainkan (sekadar kemampuan) yang diberikan Allah kepadanya. (Orang-orang yang dalam kesempitan hendaklah ingat bahawa) Allah akan memberikan kesenangan sesudah berlakunya kesusahan."

Doa Murah Rezeki

Faithful praying towards Makkah; Umayyad Mosqu...
Image via Wikipedia


Assalamualaikum,

Terlebih dahulu, syukur ke hadrat-Nya dengan limpah kurnia-Nya yang telah memberi kesihatan tubuh badan dan kekuatan untuk meneruskan hari-hari yang berlalu. Sambil2 berehat bersama keluarga, setalah melepaskan penat seharian bekerja terlihat aku beberapa naskah buku yang aku perolehi tidak lama dahulu dan salah-satunya adalah "Doa Murah Rezeki".

Sudah tentu kita semua mahukan sebuah keluarga yang sempurna dengan limpahan rezeki yang dikurniakan-Nya, namun semua itu hendaklah kita berusaha dengan mengerjakan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang. Rezeki ada di mana-mana, mka kita hendaklah berusaha mencarinya. Salah satu jalan yang redhai adalah dengan berdoa kepada-Nya, sepertiman firman Allah swt dalam Surah Al-Baqarah ayat 186:

بسم الله الرحمن الرحيم


Surah al-Baqara - 2:186
Maksudnya: "Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul."

Tuesday, February 1, 2011

Nabi Sulaiman a.s



[caption id="" align="alignright" width="300" caption="Image via Wikipedia"]Front of the Quran[/caption]


Assalamualaikum,

Entah kenapa tiba2 teringin benar aku mengetahui kisah Nabi Sulaiman a.s. Lantas aku mencari di dalam internet dan aku terjumpa sebuah blog yang menceritkan kisah Nabi Sulaiman a.s.

Tiba2 aku tertarik satu perengan terakhir beliau:

"Kisah Nabi Sulaiman dapat dibaca di dalam Al-Quran, surah An-Naml ayat 15 sehingga ayat 44", lantas ingin aku kongsikan:

[slideshow]
[15]
Dan sesungguhnya kami telah mengurniakan ilmu pengetahuan kepada Nabi Daud dan Nabi Sulaiman; dan mereka berdua bersyukur dengan berkata: “Segala puji tertentu bagi Allah yang dengan limpah kurniaNya memberi kami kelebihan mengatasi kebanyakan hamba-hambaNya yang beriman”.
[16]
Dan Nabi Sulaiman mewarisi (pangkat kenabian dan kerajaan) Nabi Daud; dan (setelah itu) Nabi Sulaiman berkata: “Wahai umat manusia, kami telah diajar mengerti bahasa pertuturan burung, dan kami telah diberikan serba sedikit dari tiap-tiap sesuatu (yang diperlukan); sesungguhnya yang demikian ini adalah limpah kurnia (dari Allah) yang jelas nyata”.
[17]
Dan dihimpunkan bagi Nabi Sulaiman bala tenteranya, dari jin dan manusia serta burung; lalu mereka dijaga serta diatur keadaan dan perjalanan masing-masing.
[18]
(Maralah angkatan itu) hingga apabila mereka sampai ke “Waadin-Naml”, berkatalah seekor semut: “Wahai sekalian semut, masuklah ke sarang kamu masing-masing, jangan Sulaiman dan tenteranya memijak serta membinasakan kamu, sedang mereka tidak menyedari”.
[19]
Maka tersenyumlah Nabi Sulaiman mendengar kata-kata semut itu, dan berdoa dengan berkata:” Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan masukkanlah daku – dengan limpah rahmatMu – dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh”.
[20]
Dan (setelah itu) Nabi Sulaiman memeriksa kumpulan burung (yang turut serta dalam tenteranya) lalu berkata: “Mengapa aku tidak melihat burung belatuk? Adakah ia dari mereka yang tidak hadir?
[21]
“Demi sesungguhnya! Aku akan menyeksanya dengan seksa yang seberat-beratnya, atau aku akan menyembelihnya, kecuali ia membawa kepadaku alasan yang terang nyata (yang membuktikan sebab-sebab ia tidak hadir)”.
[22]
Burung belatuk itu tidak lama ghaibnya selepas itu, lalu datang sambil berkata (kepada Nabi Sulaiman): “Aku dapat mengetahui secara meliputi akan perkara yang engkau tidak cukup mengetahuinya, dan aku datang kepadamu dari negeri Saba’ dengan membawa khabar berita yang diyakini kebenarannya.
[23]
“Sesungguhnya aku dapati seorang perempuan memerintah mereka dan ia telah diberikan kepadanya (serba sedikit) dari tiap-tiap sesuatu (yang diperlukan) dan ia pula mempunyai singgahsana yang besar.
[24]
“Aku dapati raja perempuan itu dan kaumnya sujud kepada matahari dengan meninggalkan ibadat menyembah Allah, dan Syaitan pula memperelokkan pada pandangan mereka perbuatan (syirik) mereka, lalu menghalangi mereka dari jalan (yang benar); oleh itu mereka tidak beroleh petunjuk, -
[25]
“(Mereka dihalangi oleh Syaitan) supaya mereka tidak sujud menyembah Allah yang mengeluarkan benda yang tersembunyi di langit dan di bumi, dan yang mengetahui apa yang kamu rahsiakan serta apa yang kamu zahirkan.
[26]
“Allah! – Tiada Tuhan melainkan Dia, Tuhan yang mempunyai Arasy yang besar “.
[27]
Nabi Sulaiman berkata: Kami akan fikirkan dengan sehalus-halusnya, adakah benar apa yang engkau katakan itu, ataupun engkau dari golongan yang berdusta.
[28]
“Pergilah bawa suratku ini, serta campakkanlah kepada mereka, kemudian berundurlah dari mereka; dalam pada itu perhatikanlah apa tindak balas mereka”.
[29]
(Setelah membaca surat itu), berkatalah raja perempuan negeri Saba’: “Wahai ketua-ketua kamu! Sesungguhnya telah disampaikan kepadaku sepucuk surat yang mulia.
[30]
“Sesungguhnya surat itu dari Nabi Sulaiman, dan kandungannya (seperti berikut): `Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
[31]
” `Bahawa janganlah kamu meninggi diri terhadapku, dan datanglah kamu kepadaku dengan menyerah diri (beriman dan mematuhi ajaran ugama Allah). ‘ ”
[32]
Raja perempuan itu berkata lagi: “Wahai ketua-ketua kaum, berilah penjelasan kepadaku mengenai perkara yang aku hadapi ini; aku tidak pernah memutuskan sesuatu perkara sebelum kamu hadir memberi pendapat dan mempersetujuinya”.
[33]
Mereka menjawab: Kita adalah orang-orang yang kuat gagah dan amat berani merempuh peperangan; dan perkara itu (walau bagaimanapun) terserahlah kepadamu; oleh itu fikirkanlah apa yang engkau hendak perintahkan.
[34]
Raja perempuan itu berkata: “Sesungguhnya raja-raja, apabila masuk ke sebuah negeri, mereka merosakkannya, dan mereka menjadikan penduduknya yang mulia hina-dina; dan sedemikian itulah mereka akan lakukan.
[35]
“Dan bahawa aku hendak menghantarkan hadiah kepada mereka, kemudian aku akan menunggu, apakah balasan yang akan dibawa balik oleh utusan-utusan kita”
[36]
Maka apabila (utusan pembawa hadiah itu) datang mengadap Nabi Sulaiman, berkatalah Nabi Sulaiman (kepadanya): “Tidaklah patut kamu memberikan kepadaku pemberian harta-benda, kerana apa yang telah diberikan Allah kepadaku lebih baik dari apa yang telah diberikanNya kepada kamu; (bukan aku yang memandang kepada pemberian hadiah) bahkan kamulah yang bergembira dengan hanya kekayaan yang dihadiahkan kepada kamu (atau yang kamu hadiahkan dengan perasaan megah).
[37]
“Kembalilah kepada mereka, (jika mereka tidak juga mahu beriman) maka demi sesungguhnya Kami akan mendatangi mereka dengan angkatan tentera yang mereka tidak terdaya menentangnya, dan kami akan mengeluarkan mereka dari negeri Saba’ dengan keadaan hina, menjadi orang-orang tawanan.”
[38]
Nabi Sulaiman berkata pula (kepada golongan bijak pandainya): “Wahai pegawai-pegawaiku, siapakah di antara kamu yang dapat membawa kepadaku singgahsananya sebelum mereka datang mengadapku dalam keadaan berserah diri memeluk Islam?”
[39]
Berkatalah Ifrit dari golongan jin: “Aku akan membawakannya kepadamu sebelum engkau bangun dari tempat dudukmu, dan sesungguhnya aku amatlah kuat gagah untuk membawanya, lagi amanah”.
[40]
Berkata pula seorang yang mempunyai ilmu pengetahuan dari Kitab Allah: “Aku akan membawakannya kepadamu dalam sekelip mata!” Setelah Nabi Sulaiman melihat singgahsana itu terletak di sisinya, berkatalah ia: “Ini ialah dari limpah kurnia Tuhanku, untuk mengujiku adakah aku bersyukur atau aku tidak mengenangkan nikmat pemberianNya. Dan (sebenarnya) sesiapa yang bersyukur maka faedah syukurnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya, lagi Maha Pemurah”.
[41]
Nabi Sulaiman berkata pula (kepada orang-orangnya): “Ubahkanlah keadaan singgahsananya itu, supaya kita melihat adakah ia dapat mencapai pengetahuan yang sebenar (untuk mengenal singgahsananya itu) atau ia termasuk dalam golongan yang tidak dapat mencapai pengetahuan yang demikian”.
[42]
Maka ketika ia datang mengadap, Nabi Sulaiman bertanya kepadanya: Serupa inikah singahsanamu?” Ia menjawab: “Boleh jadi inilah dia; dan kami telah diberikan ilmu pengetahuan sebelum berlakunya (mukjizat) ini, dan kami pula adalah tetap berserah diri (menjunjung perintah Allah)”.
[43]
Dan ia dihalangi (daripada memeluk Islam pada masa yang lalu): apa yang ia pernah menyembahnya (dari benda-benda) yang lain dari Allah; sesungguhnya adalah ia (pada masa itu) dari puak yang kafir.
[44]
(Setelah itu) dikatakan kepadanya: “Dipersilakan masuk ke dalam istana ini.” Maka ketika ia melihatnya, disangkanya halaman istana itu sebuah kolam air, serta dia pun menyingsingkan pakaian dari dua betisnya. Nabi Sulaiman berkata: “Sebenarnya ini adalah sebuah istana yang diperbuat licin berkilat dari kaca”. (Mendengar yang demikian), Balqis berdoa: “Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku telah menganiaya diri sendiri dan (sekarang aku menegaskan bahawa) aku berserah diri memeluk Islam bersama-sama Nabi Sulaiman, kepada Allah Tuhan sekalian alam “.

Nabi Sulaiman a.s

Front of the Quran
Image via Wikipedia


Assalamualaikum,

Entah kenapa tiba2 teringin benar aku mengetahui kisah Nabi Sulaiman a.s. Lantas aku mencari di dalam internet dan aku terjumpa sebuah blog yang menceritkan kisah Nabi Sulaiman a.s.

Tiba2 aku tertarik satu perengan terakhir beliau:

"Kisah Nabi Sulaiman dapat dibaca di dalam Al-Quran, surah An-Naml ayat 15 sehingga ayat 44", lantas ingin aku kongsikan: