Tuesday, August 31, 2010

Surah Al-A'la

Assamualaikum,

Haish .. entah mengapa aku tak dapat melelapkan mata, mungkin sebentar petang tadi ada aku dipanggil oleh majikan aku berkenaan prestasi kerjaku, menurut beliau agak menurun. Ya, memang benar, ada sedikit penurunan di dalam prestasi kerja sejak kebelakangan ini, mungkin kerana aku terlalu penat. Sejak kebelakangan ini juga aku selalu lewat tidur. Banyak betul kerja yang harus aku buat, namun aku terima segala kata-kata beliau itu sebagai satu peringatan bagiku, dan akan aku buktikan pada beliau kemampuanku.

Sementara aku membuat kerja, aku mendengar beberapa ceramah dari seorang Ustaz yang betul-betul aku minati, Ustaz Kazim Elias. Bagiku cara beliau memberi ceramah begitu menarik dan betul-betul dapat membuatkan kita mendengar dan menhayati segala ceramah beliau. Apa yang begitu menarik adalah anak-anakku, iaitu, Syazwan dan Syahmie juga meminati ceramah beliau malah mereka bisa menghafal sesetengah ceramah beliau.

Ada juga beberapa ceramah beliau yang betul-betul menarik, dan semasa aku menulis aku sedang mendengar ceramah beliau yang bertajuk "Jaga Isteri", iaitu berkenaan bagaimana harus seorang suami atau bakal suami harus menjaga isteri mengikut Al-Quran dan Hadith. Tapi sepanjang aku mendengar ada sesuatu yang beliau menyebut iaitu satu surah yang menceritakan bahawa Allah SWT mencelakakan seseorang itu jika dia diberi peringatan oleh seseorang yang lebih berpengetahuan seperti Imam atau Ustaz maka kita berpaling dan mengherdik maka menurut surah tersebut Allah SWT mencelaka seseorang itu. Seperti Allah SWT berfirman di dalam Surah Al-A'la:

[caption id="attachment_515" align="aligncenter" width="520" caption="Surah Al-A'la (87:9-12)"][/caption]
Maksudnya: "Oleh itu berilah peringatan (kepada umat manusia dengan ajaran Al-Quran), kalau-kalau peringatan itu berguna (dan sudah tentu berguna); Kerana orang yang takut (melanggar perintah Allah) akan menerima peringatan itu; Dan (sebaliknya) orang yang sangat celaka akan menjauhinya, Dia lah orang yang akan menderita bakaran neraka yang amat besar (azab seksanya), Selain dari itu, ia tidak mati di dalamnya dan tidak pula hidup senang."

Oleh itu, jika kita ditegur oleh Imam ataupun Ustaz mahupun seseorang yang arif tentang agama, masih seharusnya kita akur dengan kesilapan yang kita lakukan, kerana kita sendiri tidak dapat mengetahui kesilapan kita dan harus kita menerima teguran itu dengan fikiran yang terbuka.

Surah Al-A'la (87:9-12)

Saturday, August 28, 2010

Passport Akhirat

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, ku panjatkan kesyukuran ke hadratNya dengan memberi kesihatan dan juga kesempatan untuk meneruskan beribadah di bulan yang mulia ini. Seperti biasa, aku mengerjakan solat Sunat Tarawikh, dan pada malam ini Tazkirah bertajuk "Khusyuk". Satu topik yang begitu menarik dan disampaikan oleh Ustaz Azman Halim.

Pada mulanya Ustaz Azman, memberi sedikit penerangan maksud Khusyuk, di mana setahu kita semua ertikata Khusyuk adalah penumpuan kita di dalam solat. Selalunya, kita semua akan memberi lebih perhatian di dalam solat Fardhu, tetapi kita lupa malah kita abaikan pabila kita menunaikan solat Sunat. Dan sepatutnya semasa kita megerjakan solat Sunat tak kira apa saja jenis solat Sunat yang dikerjakan hendaklah sama sepertimana kita mengerjakan solat Fardhu.

Ustaz Azman juga ada menekankan tentang beberapa perkara seperti semasa kita berwirid, maka hendaklah kita menyebut setiap wirid itu dengan betul dan bukannya seperti mana yang selalu kita lakukan sekarang. Sebagai contoh, semasa kita bertasbih, nescaya kita akan menyebutnya dengan cepat atau laju, seperti "Subhanallah", seharusnya kita menyebutnya secara terang dan perlahan. Tidak dinafikan juga semasa kita mengerjakan Tahlil, semasa imam berratib iaitu "Lailahaillah", pasti laju kan? Sepatutnya harus dipersebutkan dengan perlahan dan terang, maka barulah ianya memberi kesan dan diterima oleh Allah SWT.

Baik, apa yang menarik perhatianku adalah menurut beliau ada sebuah buku yang ditulis oleh Ustaz Nik Bakri Nik Mat, yang berjudul Perjalanan Ke Akhirat di mana bersama-sama buku ini disertakan sebuah "Passport" iaitu, "Passport Akhirat". Apa yang menarik adalah di isi kandungan di dalam "Passport Akhirat". Jika kita hayati setiap isi kandungan, nescaya kita akan menitiskan air mata kerana begitu jauh dan sukarnya perjalanan yang kita tempuh sebelum sampainya ke destinasi, iaitu Padang Mahsyar.

[slideshow]

Contoh isi kandungan "Passport Akhirat"

Maklumat Peribadi

  • Nama: Manusia

  • Asal: Tanah

  • Tempat Lahir: Dunia

  • Bangsa: Adam

  • Tuhan: Allah SWT

  • Rasul: Nabi Muhammad SAW

  • Agama: Dinul Islam

  • Kitab: Al-Qurannul Karim

  • Panduan: As-Sunnah An-Nabawiyyah, Ijma' & Qias

  • Akidah: Ahli Sunnah Wal Jammah

  • Rujukan: Ulama' Pewaris Nabi

  • Pangakt: Hamba

Nama: Manusia

Pembawa Passport ni bernama manusia. Sejenis makhluk yang banyak lupa dan lalai. Makhluk ayng bersifat lemah dan kerdil. Namun Allah SWT telah mencipta manusia dengan sebaik-baik kejadian dan dikurniakan dengan pelbagai nikmat.
Manusia ini juga mesti sedar dia telah diamanahkan oleh Allah SWT untuk menjadi khalifah yang akan memakmurkan muka bumi.

Tetapi sebaliknya yang berlaku ramai manusia yang cuai dengan amanah tersebut. Walau bagaimanapun manusia adalah makhluk yang mempunyai kelayakan untuk menjadi penghuni syurga Allah SWT.

Aku rasakan, setiap seorang harus memilikinya sebagai peringatan untuk diri kita agar kita tidak lalai mengerjakan amanah yang telah diberikan kepada kita terhadap Allah SWT.

Nota: Image di atas di ambil dari http://naskahcintaku.blogspot.com/

Thursday, August 26, 2010

Tazkirah - 15 Musuh Iblis / 10 Sahabat Iblis

Assalamualaikum,

Malam ni seperti biasa aku mengerjakan Solat Sunat Tarawikh di Surau Al Aslah, Bandar Tasik Kesuma. Surau di tempat tinggalku. Hari ini tampak makmum begitu ramai sekali, Alhamdulillah.

Sesudah empat raka'at, seperti biasa tazkirah disampaikan oleh Ustaz yang dijemput hadir. Hari aku kurang berupaya untuk mengingati nama Ustaz tersebut, namun aku merasakan bertuah kerana hari ini dapat aku berada di barisan saf yang pertama dan berada dibelakang imam. Tazkirah yang disampaikan oleh Al Fadhil Ustaz, bertajuk "15 Musuh dan 10 Sahabat Iblis". Satu tajuk yang agak menarik.... kan?

Memang aku menantikan sesuatu yang begini, masakan kita ni manusia tak lari dari melakukan kesilapan dan dosa mahupun kecil atau besar, atau secara sengaja atau tidak sengaja. Pada mulanya Ustaz menceritakan serba sedikit berkenaan ibadah Puasa di bulan Ramadan kemudian beliau mengalihkan perhatian kepada tajuk sebenar.

Menurut Al Fadhil Ustaz, Iblis adalah satu makhluk yang begitu kuat beribadah kepada Allah SAW, sehinggakan Iblis diangkat menjadi ketua Malaikat, maka terjadinya para malaikat mengadu kepada Iblis kerana mereka takut mereka akan tersesat. Maka Iblis berdoa kepada Allah SWT moga2 semua para malaikat ini dijauhi dari tersesat, tapi Iblis terlupa untuk berdoa untuk dirinya sendri, maka semasa wujudnya Nabi Adam S.A, Iblis menjadi sombong dan enggan sujud pada Nabi Adam A.S dan dengan itu Iblis bersumpah akan menyesatkan seluruh umat manusia. Maka terjadinya kejadian di mana Iblis diminta oleh Allah SWT menemui Nabi Muhammad SAW dan menjawab semua pertanyaan yang diusulkan baginda pada Iblis. Iblis mendatangi Nabi Muhammad SAW sebagai seorang tua bertongkat, lantas menemui Nabi Muhammad SAW, dan baginda bertanyakan pada Iblis:

Tuesday, August 24, 2010

Tazkirah - Lailatul Qadar

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, dah masuk hari ke-13 kita berpuasa. Aku merasakan begitu bersyukur ke hadratNya kerana mengurniakan kesihatan yang baik sepanjang bulan Ramadhan pada tahun ini. Aku juga bersyukur kerana kini aku sudah mula sedar dan juga pintu hatiku ini telah dibuka oleh Allah SWT, kerana sebelum ini aku betul2 malas untuk menunaikan solat Sunat Tarawikh. Tapi kini ianya seakan tidak lengkap malamku jika aku ketinggalannya.

Malam ni, Tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz Shauki Othman, menceritakan tentang Lailatul Qadar ... Sudah pasti kita semua tahu bahawa malam Lailatul Qadar adalah satu malam yang dinantikan oleh semua mukmin dan mukminat ... satu malam di mana penuh dengan rahmat, namun tidak semudah itu untuk kita bertemu denganNya hanya orang yang benar2 beriman dan bertakwa.

Tapi bagiku, itu semua adalah kehendakNya, jika Allah SWT berkehendakkan seseorang hambaNya itu menerima hidayah maka terimalah kita akan hidayahNya .... Di sini bukannya akuu ingin menceritakan atau menerangkan selanjutnya berkenaan malam Lailatul Qadar, kerana aku sendiri masih di dalam pembelajaran tapi aku ingin aku berkongsi dari apa yang aku dengari dan aku fahami dari Tazkirah sebentar tadi.

Menurut Ust. Shauki, malam Lailatul Qadar ada tertulis di dalam Al-Quran, iaitu Surah Al-Qadar, dan dari apa yang diterangkan secara ringkas oleh beliau, ada maksud yang tersirat di dalam surah tersebut. Begini,

Surah Al-Qadar

[caption id="attachment_474" align="aligncenter" width="535" caption="Surah Al-Qadar"][/caption]

Dari apa yang kita dapat hayati dari surah di atas, adalah nyata bahawa Allah SWT telahpun berfirman bahawa Al-Quran telahpun diturunkan pada malam Lailatul Qadar. Dan juga, pada malam tersebut jika kita beribadah, maka ianya adalah seumpama kita beribadah selama 1000 malam. Jika kita cuba teliti pada ayat yang ketiga, di sini Allah SWT berfirman, bahawa malaikat dan roh diturunkan bagi menyempurnakan segala urusan. Di sini, jika tidak silap aku, adalah selama ini dari apa yang kita ketahui bahawa pada bulan Ramadan, roh2 atuk nenek kita akan turun untuk menyaksikan apa yang dilakukan oleh waris2 mereka, namun mengikut pergertian dari Ust. Shauki adalah sebenarnya yang dimaksudkan roh ialah malaikat Jibril A.S yang diturunkan, maka betapa besarnya malam Lailatul Qadar sehinggakan malaikat Jibril A.S sendiri diturunkan. Oleh itu, kita selama ini terlalu mengikut pada ikutan-ikutan tanpa diperiksa maksud yang sebenarnya di dalam Al-Quran.

Menurut Ust. Shauki juga, jika kita mengambil sedikit masa dan membuat penyelidikan kepada Surah Al-Qadar, di dalamnya terkandung sebanyak 30 patah perkataan. Kita pernah terdengar perkataan "Malam 7 Likur", di sini maksud "Likur" di dalam bahawa Jawa membawa maksud "20", maka "Malam 7 Likur" adalah malam Ke-27, dalam di dalam Surah Al-Qadar terkandung 30 perkataan dan perkataan Qadar ada diulang sebanyak 3 kali, dan yang terakhir adalah pada kedudukan yang ke-27. Maka di sini, membawa maksud ada benarnya Malam Lailatul Qadar jatuh pada malam yang ke-27. Namun Nabi Muhammad SAW ada bersabda, bahawa malam Lailatul Qadar adalah 10 malam yang terakhir.

Daripada Aisyah r.a. Sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda:

“ Berusahalah untuk mencari Lailatul Qadar pada malam yang ganjil dari sepuluh malam terakhir di bulan Ramadhan.” (al-Bukhari)

Moga kita akan mendapat rahmat Allah SWT di malam tersebut, bukan bermaksud kita hanya meningkatkan ibadah kita pada malam tersebut, tapi haruskan kita menanamkan satu nekad untuk kita berusaha pada hari2 yang berikut dan seterusnya.

Aku berharap moga kita semua mendapat hidayah dari Allah SWT, dan juga agar kita semua kembali semula pada kitab suci kita, iaitu Al-Quran Nur Kareem ... Ameen.

Nota: Aku memohon maaf jika ada sebarang kesilapan dari apa yang tertulis di atas.

Saturday, August 21, 2010

Buang Bayi: Antara Musim Mengawan dan Menetas

Assalamualaikum,

Erm .... dari tajuk di atas berbunyi agak kasar, tapi itulah realiti keadaan permasalahan sosial sekarang. Sebentar tadi, sekali lagi aku menerima sepucuk "Email" dari isteriku yang mana ia berkisar dengan masalah atau gejala sosial yang kita hadapi sekarang. Aku mengambil keputusan untuk berkongsi bersama isi kandungan "Email" tersebut buat renungan kita bersama.

Iklim sosial negara kita kian teruk dan parah. Nilai maruah dan harga diri telah turun semurah sekeping kad prepaid. Jika seketika dulu dunia dikejutkan oleh tindakan Natalie Dylan dari San Diego USA [ 22 tahun ] melelong daranya dan dibida oleh seorang lelaki Britain dengan harga 2.5 juta pound [ RM 13 juta ] , kemudian Miss Spring [ 17 tahun ] melelong daranya turun pada bidaan serendah RM 1 juta dan Alina Persia [ 18 tahun ] pula menerima bidaan 10 Ribu euro apabila beliau turut melelong daranya. Tetapi anak - anak gadis Malaysia ada yang melelong daranya dengan mee goreng sepinggan dan kad prepaid sekeping. Demikianlah harga maruah yang semakin susut malah hancur dan binasa.

Friday, August 20, 2010

Nama-nama Surah Al-Fatihah

Assalamualaikum,

Sementera aku menunggu pejabat dibuka, ingin aku berkongsikan serba sedikit apa yang aku terbaca malam tadi dan juga sebentar tadi. Semua kita pasti pernah mendengar Surah Al-Fatihah, dan sesetengah orang memanggilnya dengan Surah Alhamdulillah .... Tapi ketahuikah kita sebenarnya terdapat pelbagai nama yang diberikan kepada Surah Al-Fatihah ini.

Tidak ada garis pengukur untuk menentukan kebesaran surah Al-Fatihah ini. Oleh itu amatlah tepat bila diberi nama dengan "UMUL KITAB" atau "UMMUL QURAN". Menurut kitab "Khazinatul Asrar" karangan Al-Ustaz Assayyid Muhammad Haqqin Nazili, Surah Al-Fatihah ini mempunyai 30 nama. Di bawah ini disebut serba ringkas nama-nama itu,:

  1. Al-Fatihah atau Fatihatul Kitab
    Ertinya: "Pembuka atau Pembuka KItab. Nama ini terdapat di dalam banyak hadis sebagaimana yang disebutkan sebelum ini."

  2. Ummul Kitab
    Ertinya: "Induk Kitab. Begitu juga nama ini terdapat di dalam banyak hadis. Ummul Kitab diertikan bahawa Al-Fatihah mengandungi semua soalan yang terdapat di dalam Al-Quran iaitu ketuhanan, alam akhirat, ibadah dan sejarah-sejarah ilmu pengetahuan politik, sosial dan masyarakat."

  3. Ummul Quran
    Ertinya: "Induk Al-Quran. Begitu juga nama ini terdapat di dalam hadis. Banyak berpendapat yang mempunyai erti Ummul Quran ini. Sesetengahnya mengatakan adalah kerana Al-Fatihah ini isinya dianggap sebagai keringkasan isi seluruh Al-Quran".

  4. Al-Quranul Aziim
    Ertinya: "Bacaan yang teragung. Nama ini juga terdapat di dalam hadis. Dinamakan bacaan agung kerana isi AL-Fatihah ini semuanya mengenai masalah yang amat besar atau agung."

  5. Assab'ul Masani
    Ertinya: "Tujuh yang berulang-ulang. Nama ini paling banyak disebut di dalam hadis-hadis. Dinamakan tujuh kerana memang terdiri dari tujuh ayat. Dan dikatakan berulang-ulang kerana memang dibacakan berulang-ulang, baik di dalam ayat Al-Quran laninya atau dalam solat atau di luar solat."

  6. Al-Wafiah
    Ertinya: "Mencakup. Kerana isinya mencakup seluruh Al-Quran dan meliputi keterangan-keterangan tentang Tuhan  dan keterangan tentang manusia."

  7. Al-Waqiah
    Ertinya: "Tameng (menjaga) orang-orang yang membacanya dari berbagai-bagai bahaya dan penyakit. Dalam hal ni banyak fadilatnya yang disebut di dalam hadis, juga menjadi amalan harian orang-orang yang soleh."

  8. Al-Kanzu
    Ertinya: "Perbendaharaan atau tempat yanq penuh dengna barang- barang yang berharga. Tentu sahaja kerana semua isi dari Al-Fatihah adalah ibarat barang-barang yang sangat mahal harganya."

  9. Al-Kafiah
    Ertinya: "Memadai kerana Al-Fatihah ini mencakupi semua ayat-ayat dalam Al-Quran dan ayat-ayat ini tidak seperti Al-Fatihah ini."

  10. Al-Asas
    Ertinya: "Sendi atau dasar kerana dia dianggapnya sebagai dasar dari Al-Quran dan ayat BISMILLAH  HIRRAHMAN NIRRAHIM di anggap sebagai dasar dari Al-Fatihah."

  11. Fatihahtul Quran
    Ertinya: "Pembuka Al-Quran kerana letaknya di permulaan Al-Quran atau boleh juga diertikan sebagai pintu masuk ke Al-Quran."

  12. Suratan Nur
    Ertinya: "Surah cahaya kerana surah ini banyak membawa nur dan penerangan kepada manusia."

  13. Suratul Hamdi
    Ertinya: "Surah pujian kerana isinya penug dengan pujian kepada Tuhan."

  14. Suratul Syukri
    Ertinya: "Surah syukur kerana isinya penuh dengan syukur kepada Tuhan."

  15. Suratul Hamdil'ulla
    Ertinya: "Surah pujian pertama dan tertinggi."

  16. Suratul Hamdil Qasywaa
    Ertinya: "Surah pujian terakhir."

  17. Suratul Ruqiyah
    Ertinya: "Surah mentera atau ubat kerana dengan surah ini dapat menyembuhkan berbagai-bagai penyakit sebagai tersebut di dalam hadis ABu Sa'id Al-Khudri."

  18. Suratus Syifa'
    Ertinya: "Surah yang mengandungi kesembuhan (Ubat)."

  19. Suratus Syafiyah
    Eritnya: "Surah yang menyembuhkan."

  20. Suratus Salah
    Eritnya: "Surah yang dibaca tiap-tiap solat."

  21. Suratud Du'a
    Ertinya: "Surah yang berisi doa. Tiap-tiap kali kita baca surah ini bererti kita berdoa terhadap Tuhan."

  22. Suratut Talab
    Ertinya: "Surah yang berisi tuntutan (permohonan)."

  23. Suratus Soaal
    Ertinya: "Surah yang berisi permintaan."

  24. Suratul Munajat
    Ertinya: "Surah yang berisi bisikan terhadap Tuhan."

  25. Suratul Tafwidh
    Eritinya: "Surah yang berisi penyerahan kepada Tuhan."

  26. Suratul Mukafaah
    Eritnya: "Surah imbangan yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW sebagai imbangan terhadap harta benda orang lain "hadis"."

  27. Afdalus Suwaril Quran
    Ertinya: "Surah yang terbaik dalam Al-Quran."

  28. Akhirus Suwril Al-Quran
    Ertinya: "Surah penutup Al-Quran."

  29. A'azamu Suwaril Quran
    Ertinya: "Surah terbsesar dalam Al-Quran."

Kemudian terdapat di dalam beberapa kitab-kitab tafsir ditambah lagi nama-nama yang lain daripada yang tersebut di atas:

  1. Suratul Minnati
    Ertinya: "Surah yang mengandungi cita-cita."

  2. Suratul Mujziyyah
    Ertinya: "Surah yang memberi balasan."

  3. Suratul Munjiyyah
    Ertinya: "Surah yang membebaskan manusia dari berbagai-bagai kesulitan."

  4. Suratus Saqalan
    Ertinya: "Surah jin dan manusia."

  5. Suratul Majma'il Asma'
    Ertinya: "Surah yang mengandungi nama-nama Tuhan."

Sumber bacaan:
Rahsia hikmah surah Al-Fatihah (Susunan Ustaz Abdul Raof Dalip)

Sedikit Perkongsian

Assalamualaikum,

Alhamdullilah, sekali lagi kita bertemu, pertama kali ingin aku mengucapkan ribuan terima kasih bagi sesiapa yang melewati laman blog ini. Di sini ingin aku berkongsi bersama apa yang ku terbaca sebentar tadi di sebuah lama blog, iaitu; berkenaan beberapa doa yang mungkin dapat memberi manafaat untuk kita bersama.

Sebenarnya, semasa Tazkirah sebentar tadi, yang disampaikan oleh Ybhg. Ustaz Hanif Ghazali dari Merbok, Kedah di mana beliau ada menceritakan serba sedikit tentang Malam Lailatul Qadar. Sudah pasti semua kita mencari-cari ataupun ternanti-nanti Malam Lailatul Qadar setiap kali tibanya bulan Ramadan Al-Mubarak. Namun tidak semudah yang kita sangka, ianya hanya dikurniakan kepada orang yang benar2 beriman dan bertakwa kepada Allah SWT.

Keajaiban Kabbah

Tiba-tiba teringat pula aku akan Asmaul Husna, sebenarnya pagi ada aku membuka laman sosialku, Facebook dan aku tertairk dengan satu "Post" dari Islamic International Group iaitu sebuah video bertentangkan "Miracle of Kabbah". Lantas menontonnya dan aku betul terkejut dengan apa yang dihidangkan di dalam video tersebut.

Ianya berkisar tentang kejadian alam dan kebesaran ALLAH SWT, bukannya yang seperti biasa. Sebenarnya ia adalah berkenaan bukti saintifik tentang keajaiban Kaabah yang tersembunyi di bumi Mekah untuk beribu-ribu tahun lamanya. Di sini akan aku menceritakan serba sedikit sinopsis berkenaan vidoe tersebut.

Terdapat satu misteri di dalam serungkai nombor, 1, 618 atau 1.618 di mana dengupan jantung, nisbah rangkaian DNA dan sebagainya. Semua ini merujukkan kepada ciptaan ALLAH SWT. CiptaanNya terhadap semua makhluk, dan sekelian alam. Dan nombor ini juga terdapat di dalam ukuran pada anggota dan otot kita.

Apa yang menakjubkan adalah kadar jarak di antara Mekkah dan Kutub Utara adalah 1,618 dan kadar jarak di antara Mekkah dan Kutub Selatan juga 1, 618. Adakah ini semua kebetulan? Ada lagi keajaiban berkenaan 1, 618 dan semuanya menjuruskan kepada kejadian dan kekuasaanNya.  "Golden Mean Point of The Earth" adalah satu ukuran di mana menunjukkan kesemunya merujuk kepada Mekkah.

Untuk lebih lanjut .. sila tonton video di bawah ....

Thursday, August 19, 2010

Keampunan

Assalamualaikum,

Hari ini adalah hari ke-9 kita di dalam bulan Ramadhan yang mulia ini. Seperti biasa aku menunaikan solat Sunat Tarawikh dan malam ini aku betul2 mengantuk dan keletihan, mana taknya, anak kecil ku Syaheen semalaman meragam, tak sihat demam. Malah aku dan isteriku, kami terpaksa tidur di lantai sambil bergilir-gilir membuaikan buaian beliau.

Itulah bila kita sudah menjadi ibubapa, maka ini semua adalah asam garam dalam keluarga, namun anak2 bila membesar panjang, tiada sedikitpun kita terkenangkan segala penat lelah dan pengorbanan yang dicurahkan oleh ibubapa kita. Kini aku sedar bahawa selama ini, inilah yang dilalui oleh mak dan bapak aku semasa aku kecil dahulu.

Monday, August 16, 2010

Boleh atau Tidak?

Assalamualaikum,

Pernah ada seseorang yang bertanyakan secara sinis, bagi mereka yang sudah berrumahtangga samada di bulan Ramadhan adakah mereka ini boleh berjimak (bersetubuh)? Dan aku pun ada menyatakan bahawasanya boleh, tapi ketika malam iaitu selepas berbuka puasa. Di sini aku sendiri tidak pasti dengan jawapanku.

Lantas aku mengambil keputusan untuk mencari jawapan yang lebih pasti, iaitu dengan berpandukan dari Al-Quran, dan aku telah menemui jawapannya yang sahih lagi nyata iaitu di dalam Surah Al-Baqarah ayat 187 di mana ALLAH SWT berfirman:

Sunday, August 15, 2010

khas buatmu ....

Asslamualaikum,

Adapun aku menerima sebah email dari isteriku, yang ingin aku berkongsikan bersama.

Buat para/bakal suami dan isteri/bakal isteri, renung2kan lah

Pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia?
Isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia Khadijah,
tidaklah setaqwa Aisyah, pun tidaklah setabah Fatimah.
Justeru isterimu hanyalah wanita akhir zaman
yang punya cita- cita menjadi solehah….

Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama.
Isteri menjadi tanah kamu langit penaungnya.
Isteri ladang tanaman kamu pemagarnya.
Isteri kiasan ternakan kamu gembalanya.
Isteri adalah murid kamu mursyidnya.
Isteri bagaikan anak kecil kamu tempat bermanjanya.

Saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya.
Seketika isteri menjadi racun kamulah penawar bisanya.
Seandainya isteri tulang yang bengkok berhatilah meluruskannya.

Pernikahan atau perkahwinan
menginsafkan kita perlunya iman dan taqwa.
Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah s.w.t.
kerana memiliki isteri yang tak sehebat mana.
Justeru kamu akan tersentak dari alpa.

Kamu bukanlah Rasulullah s.a.w.
Pun bukanlah Sayyidina Ali Karamallahhuwajhah.
Cuma suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh… amin.. !

Untuk isteri…. renungkanlah. ….

Pernikahan atau perkahwinan membuka tabir rahsia?
Suami yang menikahi kamu tidaklah semulia Muhammad saw.
Tidaklah setaqwa Ibrahim. Pun tidak setabah Ayyub
Atau pun segagah Musa … apalagi setampan Yusuf.
Justeru suamimu hanyalah lelaki akhir zaman
yang punya cita-cita membangunkan keturunan yang soleh..

Pernikahan atau perkahwinan
mengajar kita kewajiban bersama
Suami menjadi pelindung kamu penghuninya.
Suami adalah nahkoda kapal kamu pengemudinya.
Suami bagaikan pelakon yang nakal
kamu adalah penonton kenakalannya.
Saat suami menjadi raja kamu nikmati anggur singgahsananya.
Seketika suami menjadi bisa kamulah penawar ubatnya.
Seandainya suami bengis lagi lancang sabarlah memperingatkannya.

Pernikahan ataupun perkahwinan
mengajarkan kita perlunya iman dan taqwa.

kerana memiliki suami yang tak segagah mana.
justeru kamu akan tersentak dari alpa.

Kamu bukanlah Khadijah yang begitu sempurna dalam menjaga.
Pun bukanlah Hajar yang begitu setia dalam sengsara .
Cuma wanita akhir zaman yang berusaha menjadi solehah… amin!

Justeru itu wahai para suami dan isteri,
Jangan menuntut terlalu tinggi seandainya
diri sendiri jelas tidak berupaya.
Mengapa mendambakan isteri sehebat Khadijah
andai diri tidak semulia Rasulullah?
Mengapa mengharapkan suami setampan Yusof
seandainya kasih tak setulus Zulaikha?
Tidak perlu mencari isteri secantik Balqis
andai diri tidak sehebat Sulaiman
DAN Tidak perlu mencari suami seteguh Ibrahim
andai diri tidak sekuat Hajar dan Sarah.

[caption id="attachment_416" align="aligncenter" width="535" caption="Siti Sarah"][/caption]

Siti Sarah

Thursday, August 12, 2010

Tazkirah

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, cukup sehari kita mengerjakan ibadat puasa, iaitu rukun Islam yang ke-3. adapun sebentar tadi aku baru sahaj pulang dari menunaikan Solat Tarawikh, ada apa yang menarik adalah semasa Ustaz memberi Tazkirah. Tajuk Tazkirah hari ini adalah "Apakah itu Tazkirah?"

Dari apa yang aku hayati sebentar tadi adalah Tazkirah ini adalah bermaksud "Peringatan", peringatan kepada kita iaitu umat manusia tentang perintah ALLAH SWT. Ustaz, ada juga memberikan beberapa surah yang menceritakan berkenaan Tazkirah, yang ingin aku kongsikan bersama.

Ingin aku ingatkan pada diriku sendiri, dahulunya aku boleh dikatakan jahil, jahil tentang agama dan kini aku bersyukur dengan hidayah yang diberikan oleh ALLAH SWT aku merasakan aku kini lebih ingin untuk mendalami perkara-perkara berkenaan agama dan Insya Allah, jika ada, akan aku kongsikan bersama..... insya Allah.

Wednesday, August 11, 2010

renungan buat insan yang bergelar wanita

assalamualaikum,

sebentar tadi semasa aku sedang menyelak-nyelak laman Facebook ku aku terpandang pada satu post yang datangnya dari Lailahaillallah.com yang berbunyi "Renungan buat insan yang bergelar WANITA" .... erm agak menarik juga tajuknya.

jadi aku mengambil keputusam untuk membacanya, dan post tersebut adalah daripada seseorang yang bernama, Nursyafiqah Fiqhar ... dan aku mengambil keputusan untuk meletakkannya di sini untuk tatapan kita bersama..

BISMILLAHIR RAHMANIR RAHIM....  SALAM SEMUA…

Buat sahabat-sahabat yang sudah berkahwin atau bertunang serta yang tiada sebarang hubungan, harap sampaikanlah artikel ini kpd para wanita.......

  1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

  2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.

  3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat.

  4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

  5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susubadan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

  6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

  7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

  8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.

  9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

  10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

  11. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

  12. Wanita yang menguli tepung gandum dengan bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.

  13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.

  14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.

  15. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

  16. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

  17. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

  18. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

  19. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

  20. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

  21. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

  22. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.

  23. Wanita yang meniggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.

  24. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala80 tahun ibadat.

Pandangan:

Amatlah mudah bagi seorang wanita untuk menjejak Syurga.bNamun begitu mengapa terlalu ramai yang masih hidup dalam kejahilan?

Sang suami pula perlu ingat, tidak kamu jejaki syurga sebelum keluarga kamu menjejak syurga. Jangan ingat hendak kahwin empat jika yang satu belum terbela.Yang belum kahwin tu ingat, kamu terdedah kepada kemungkaran. Iman akan dicabar sehebat-hebatnya ketika ini. Pilih lah Syurga dan bukannya Neraka.

Siapa tahu, hari ini kita tak sampai ke rumahsebab dipertengahan jalan kita bertemu Izrail.

Siapa tahu, hari ini hari terakhir kita berjumpa pasangan kita sebab dipertengahan jalan, dia berjumpa Izrail. Bagaimana rasanya ketika berjumpa Izrail? Untuk yang beriman, macam 700 pedang yang tajam mencucuk kamu dalam semua arah. Yang tak beriman, bayangkan pisau potong daging kat pasar tu yang tumpul.

Pisau tu menetak kepala kita macam mana orang memecahkan tempurung kelapa. Kepala kita di kopak dua, dipisahkan dengan kasarnya, ketika kita masih hidup. Lepas tu di kapak-kapak kan kepala kita macam tembikai. Itu baru bab kepala. Belum masuk tangan, kaki, badan, dsbg... .

Dipetik daripada Bayan Masturat Oleh Syed Ahmad Khan;
Januari 1992.

Hadis nabi mengenai wanita.
Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

Nilai Seorang wanita solehah

Dibawah ini adalah beberapa petikan hadis yang menyatakan mengenai kelebihan wanita solehah, mudah - mudahan dengan membaca dan menghayati hadis ini akan memberi kekuatan kepada kita untuk mengamalkan Islam dalam erti kata yang sebenarnya. Insya - ALLAH.
"Empat jenis, siapa yang diberi akan keempat - empat jenis ini bererti dia telah memperolehi sebaik - baik dunia dan akhirat. Iaitu hati yang selalu bersyukur, lidah yang sentiasa berzikir, jiwa yang selalu sabar dengan cubaan dan isteri yang tidak melakukan dosa dan menzalimi suaminya".
Ath-Thabrani.

"Tidak perlu lagi seorang mukmin setelah ianya bertakwa kepada ALLAH akan sebaik - baik keperluan baginya selain dari isteri yang solehah. Jika ia menyuruh isteri mentaatinya. Dan jika dia melihat kepada isterinya, isterinya menyukakan hatinya. Dan jika dia menyumpah memarahi isterinya, isterinya tetap juga berbuat baik kepada suaminya. Dan jika suaminya tiada dirumah dia menyimpan rahsia dan harta suaminya".
Ibnu-majah.

"Janganlah kamu mengahwini wanita kerana paras rupa yang cantik, mungkin paras rupa itu membawa kehancuran, jangan kamu kahwini wanita kerana hartanya kerana berkemungkinan harta itu membawa kepada kezaliman. Tetapi kahwinlah wanita kerana agamanya, seorang wanita hamba yang hitam yang menghayati agama sesungguhnya lebih baik"
Ibnu - Majah.

wasalam...bersama kita mengamalkannya...

Sumber bacaan:
http://www.lailahaillallah.com/blog/renungan-buat-insan-yg-bergelar-wanita/

Saturday, August 7, 2010

Ada apa dengan Adolf Hilter

Assalamualaikum,

Sebentar tadi, aku mentelaah email, erm... dah 2 hari aku tidak membuka email dan aku agak terperanjat dengan satu email yang terima, dengan tajuknya yang berbunyi "Ada Apa Dengan Hilter". Pada mulanya aku fikirkan hanya satu lagi email yang berbentuk gurauan, namun setelah aku membacanya aku mendapati ianya satu perkara yang agak mengejutkan, dan dari sudut kebenarannya aku masih lagi kurang pasti?

Jadi aku mengambil keputusan untuk menulisnya di sini:-

Adakah kita tertipu selama ini?

Thursday, August 5, 2010

Doa Keluarga

Assalamualaikum,

Sebentar tadi sedang aku memeriksa "inbox" emailku aku ternampak satu email yang dihantar oleh isteriku, iaitu beberapa doa untuk keluarga, maka aku mengambil keputusan untuk kita berkongsi bersama. Semoga kita mendapat berkat dan hidayah dan sama2 kita amalkannya, ya....

[caption id="attachment_362" align="aligncenter" width="485" caption="Doa untuk kedua ibubapa"][/caption]

Maksudnya :

Ya Allah! Ampunilah bagiku segala dosaku dan juga dosa dua ibu bapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil.

[caption id="attachment_363" align="aligncenter" width="491" caption="Doa untuk kebahagian keluarga"][/caption]

Maksudnya :

Wahai Tuhan Kami! Berilah kepada kami dan isteri-isteri kami dan anak cucu kami pendingin mata dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertaqwa.

[caption id="attachment_364" align="aligncenter" width="535" caption="Keturunan yang baik"][/caption]

Maksudnya :

Wahai Tuhanku! Berilah kepadaku dari pihak-MU keturunan yang baik, kerana sesungguhnya Engkau mendengar doa.

[caption id="attachment_365" align="aligncenter" width="405" caption="Untuk Mendapat Anak Ini doa nabi zakaria... dia tak de anak selama 10 tahun, so, dia berdoa ... selepas itu Allah kurniakan isteri dia mengandung.. dan sesuai untuk orang yang jodoh lambat..."][/caption]

Maksudnya :

Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan bersendirian walhal Engkaulah sebaik-baik waris.

[caption id="attachment_366" align="aligncenter" width="534" caption="Supaya Anak Cucu Mendirikan Solat"][/caption]

Maksudnya :

Wahai Tuhanku! Jadikanlah aku orang yang mendirikan Solat dan begitu juga anak cucuku. Wahai Tuhan kami! Terimalah doaku, Wahai Tuhan kami! Ampunilah akan daku dan dua ibu bapaku dan orang-orang yang beriman pada hari tegaknya hisab.

Doa Keluarga

Assalamualaikum,

Sebentar tadi sedang aku memeriksa "inbox" emailku aku ternampak satu email yang dihantar oleh isteriku, iaitu beberapa doa untuk keluarga, maka aku mengambil keputusan untuk kita berkongsi bersama. Semoga kita mendapat berkat dan hidayah dan sama2 kita amalkannya, ya....

Doa untuk kedua ibubapa

Maksudnya :
Ya Allah! Ampunilah bagiku segala dosaku dan juga dosa dua ibu bapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil.

Doa untuk kebahagian keluarga

Maksudnya :
Wahai Tuhan Kami! Berilah kepada kami dan isteri-isteri kami dan anak cucu kami pendingin mata dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertaqwa.

Keturunan yang baik

Maksudnya :

Wahai Tuhanku! Berilah kepadaku dari pihak-MU keturunan yang baik, kerana sesungguhnya Engkau mendengar doa.

Untuk Mendapat Anak Ini doa nabi zakaria... dia tak de anak selama 10 tahun, so, dia berdoa ... selepas itu Allah kurniakan isteri dia mengandung.. dan sesuai untuk orang yang jodoh lambat..

Maksudnya :
Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan bersendirian walhal Engkaulah sebaik-baik waris.

Supaya Anak Cucu Mendirikan Solat
Maksudnya :

Wahai Tuhanku! Jadikanlah aku orang yang mendirikan Solat dan begitu juga anak cucuku. Wahai Tuhan kami! Terimalah doaku, Wahai Tuhan kami! Ampunilah akan daku dan dua ibu bapaku dan orang-orang yang beriman pada hari tegaknya hisab.

Sudah Terujikah Iman Kita?

Adapun aku mendapat penulisan ini dari isteriku yang mana beliau mendapatinya dari email yang dikirimkan, sebenarnya penulisan tersebut adalah ekstrak dari salah satu Khtubah Jumaat. Tatkala aku membacanya aku betul2 terharu dengan apap yang telah aku lakukan selama ini ianya hanyalah sekelumit sahaja berbandingkan dengan apa yang dipinta oleh Allah Subhanau wa Ta'ala. Ayuh kita hayatinya bersama:

kenapa dia menjadi mangsa?

iye!!!!! kenapa dia menjadi mangsa.... kenapa mesti isteriku yang menjadi mangsa....

aku kini betul2 di dalam dilema, mengapa isteriku sering menjadi mangsa. pernah aku menulis tentang perkara mistik yang terjadi pada isteriku... namun kini ianya berulang lagi...

tak silap aku 2 minggu lepas, isteriku didatangi lagi... sekali lagi beliau dirasuk oleh makhluk halus.. pada mula aku menyangkakan beliau sedang tidur, tiba2 beliau mendengus... dan dengusan beliau amat menggerunkan.. aku seperti biasa menidakkannya dan terus mendapati beliau.. aku cuba memanggil beliau berkali2, dan akhirnya beliau sedar... dan cara beliau sedar adalah sama seperti beliau dirasuki dahulu, iaitu dengan menyapu muka dengan menggunakan tangan kiri sebanyak 3 kali... lantas aku pasti sekali lagi beliau didatangi..