Friday, August 20, 2010

Nama-nama Surah Al-Fatihah

Assalamualaikum,

Sementera aku menunggu pejabat dibuka, ingin aku berkongsikan serba sedikit apa yang aku terbaca malam tadi dan juga sebentar tadi. Semua kita pasti pernah mendengar Surah Al-Fatihah, dan sesetengah orang memanggilnya dengan Surah Alhamdulillah .... Tapi ketahuikah kita sebenarnya terdapat pelbagai nama yang diberikan kepada Surah Al-Fatihah ini.

Tidak ada garis pengukur untuk menentukan kebesaran surah Al-Fatihah ini. Oleh itu amatlah tepat bila diberi nama dengan "UMUL KITAB" atau "UMMUL QURAN". Menurut kitab "Khazinatul Asrar" karangan Al-Ustaz Assayyid Muhammad Haqqin Nazili, Surah Al-Fatihah ini mempunyai 30 nama. Di bawah ini disebut serba ringkas nama-nama itu,:

  1. Al-Fatihah atau Fatihatul Kitab
    Ertinya: "Pembuka atau Pembuka KItab. Nama ini terdapat di dalam banyak hadis sebagaimana yang disebutkan sebelum ini."


  2. Ummul Kitab
    Ertinya: "Induk Kitab. Begitu juga nama ini terdapat di dalam banyak hadis. Ummul Kitab diertikan bahawa Al-Fatihah mengandungi semua soalan yang terdapat di dalam Al-Quran iaitu ketuhanan, alam akhirat, ibadah dan sejarah-sejarah ilmu pengetahuan politik, sosial dan masyarakat."


  3. Ummul Quran
    Ertinya: "Induk Al-Quran. Begitu juga nama ini terdapat di dalam hadis. Banyak berpendapat yang mempunyai erti Ummul Quran ini. Sesetengahnya mengatakan adalah kerana Al-Fatihah ini isinya dianggap sebagai keringkasan isi seluruh Al-Quran".


  4. Al-Quranul Aziim
    Ertinya: "Bacaan yang teragung. Nama ini juga terdapat di dalam hadis. Dinamakan bacaan agung kerana isi AL-Fatihah ini semuanya mengenai masalah yang amat besar atau agung."


  5. Assab'ul Masani
    Ertinya: "Tujuh yang berulang-ulang. Nama ini paling banyak disebut di dalam hadis-hadis. Dinamakan tujuh kerana memang terdiri dari tujuh ayat. Dan dikatakan berulang-ulang kerana memang dibacakan berulang-ulang, baik di dalam ayat Al-Quran laninya atau dalam solat atau di luar solat."


  6. Al-Wafiah
    Ertinya: "Mencakup. Kerana isinya mencakup seluruh Al-Quran dan meliputi keterangan-keterangan tentang Tuhan  dan keterangan tentang manusia."


  7. Al-Waqiah
    Ertinya: "Tameng (menjaga) orang-orang yang membacanya dari berbagai-bagai bahaya dan penyakit. Dalam hal ni banyak fadilatnya yang disebut di dalam hadis, juga menjadi amalan harian orang-orang yang soleh."


  8. Al-Kanzu
    Ertinya: "Perbendaharaan atau tempat yanq penuh dengna barang- barang yang berharga. Tentu sahaja kerana semua isi dari Al-Fatihah adalah ibarat barang-barang yang sangat mahal harganya."


  9. Al-Kafiah
    Ertinya: "Memadai kerana Al-Fatihah ini mencakupi semua ayat-ayat dalam Al-Quran dan ayat-ayat ini tidak seperti Al-Fatihah ini."


  10. Al-Asas
    Ertinya: "Sendi atau dasar kerana dia dianggapnya sebagai dasar dari Al-Quran dan ayat BISMILLAH  HIRRAHMAN NIRRAHIM di anggap sebagai dasar dari Al-Fatihah."


  11. Fatihahtul Quran
    Ertinya: "Pembuka Al-Quran kerana letaknya di permulaan Al-Quran atau boleh juga diertikan sebagai pintu masuk ke Al-Quran."


  12. Suratan Nur
    Ertinya: "Surah cahaya kerana surah ini banyak membawa nur dan penerangan kepada manusia."


  13. Suratul Hamdi
    Ertinya: "Surah pujian kerana isinya penug dengan pujian kepada Tuhan."


  14. Suratul Syukri
    Ertinya: "Surah syukur kerana isinya penuh dengan syukur kepada Tuhan."


  15. Suratul Hamdil'ulla
    Ertinya: "Surah pujian pertama dan tertinggi."


  16. Suratul Hamdil Qasywaa
    Ertinya: "Surah pujian terakhir."


  17. Suratul Ruqiyah
    Ertinya: "Surah mentera atau ubat kerana dengan surah ini dapat menyembuhkan berbagai-bagai penyakit sebagai tersebut di dalam hadis ABu Sa'id Al-Khudri."


  18. Suratus Syifa'
    Ertinya: "Surah yang mengandungi kesembuhan (Ubat)."


  19. Suratus Syafiyah
    Eritnya: "Surah yang menyembuhkan."


  20. Suratus Salah
    Eritnya: "Surah yang dibaca tiap-tiap solat."


  21. Suratud Du'a
    Ertinya: "Surah yang berisi doa. Tiap-tiap kali kita baca surah ini bererti kita berdoa terhadap Tuhan."


  22. Suratut Talab
    Ertinya: "Surah yang berisi tuntutan (permohonan)."


  23. Suratus Soaal
    Ertinya: "Surah yang berisi permintaan."


  24. Suratul Munajat
    Ertinya: "Surah yang berisi bisikan terhadap Tuhan."


  25. Suratul Tafwidh
    Eritinya: "Surah yang berisi penyerahan kepada Tuhan."


  26. Suratul Mukafaah
    Eritnya: "Surah imbangan yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW sebagai imbangan terhadap harta benda orang lain "hadis"."


  27. Afdalus Suwaril Quran
    Ertinya: "Surah yang terbaik dalam Al-Quran."


  28. Akhirus Suwril Al-Quran
    Ertinya: "Surah penutup Al-Quran."


  29. A'azamu Suwaril Quran
    Ertinya: "Surah terbsesar dalam Al-Quran."


Kemudian terdapat di dalam beberapa kitab-kitab tafsir ditambah lagi nama-nama yang lain daripada yang tersebut di atas:

  1. Suratul Minnati
    Ertinya: "Surah yang mengandungi cita-cita."


  2. Suratul Mujziyyah
    Ertinya: "Surah yang memberi balasan."

  3. Suratul Munjiyyah
    Ertinya: "Surah yang membebaskan manusia dari berbagai-bagai kesulitan."

  4. Suratus Saqalan
    Ertinya: "Surah jin dan manusia."

  5. Suratul Majma'il Asma'
    Ertinya: "Surah yang mengandungi nama-nama Tuhan."


Sumber bacaan:
Rahsia hikmah surah Al-Fatihah (Susunan Ustaz Abdul Raof Dalip)

No comments:

Post a Comment