Tuesday, November 30, 2010

Adakah ianya terlintas di fikiran anda?

Assalamualaikum,

Pertamanya, ingin aku mengucapkan ribuan terima kasih di atas, kesudian anda melawati blog ini. Ini adalah satu-satunya cabang untuk aku berkongsi pendapat dan ilmu yang aku perolehi. Semoga ianya dapat memberi manafaat untuk kita semua.

Sepulang aku dari kerja lewat petang tadi, aku berbual-bual kosong bersama isteri tercinta, dan tiba2 kami membangkitkan isu gejala sosial. Entah macam mana boleh timbul isu tersebutpun aku tak pasti. Baru aku teringat, malam minggu lepas ada terdapat satu "POST" di laman FB aku, iaitu sebuah video berkenaan seorang remaja yang terpekik terlolong di dalam LRt tak silap aku, sedang memarahi kekasih beliau, mungkin.

Yang menyedihkan adalah beliau seorang berbangsa Melayu dan beragama Islam. Ke manakah maruah beliau dengan cara beliau bercakap di talipon, malah beliau cuba ditenangkan oleh rakan beliau namun tidak diendahkan. Pelbagai kata2 kesat keluar dari bibir beliau.

Amat memalukan, sedangkan kita sendiri kadang2 menjawab talipon di khalayak ramai, kita sendiri cuba memperlahankan suara, ini tidak, terjerit2. Kelakuan beliau seperti seorang yang tidak bermaruah, tiada rasa segan dan silu.



Berbalik kepada perbincangan di antara aku dan isteriku, secara tidak semena2 aku membangkitkan persoalan berkenaan Rukun Negara. Ingin aku bertanyakan kepada anda semua, berapa ramaikah di antara kita yang betul2 secara jujur masih ingat akan Rukun Negara? Maaf jika aku katakan sudah tentu ramai yang tidak langsung mengingatinya.

Jika kita ingatkan semula, cuba kita selami satu persatu, nescaya kesumanya sudah tidak lagi menjadi ikutan remaja2 sekarang.


MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut :

  • KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
  • KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
  • KELUHURAN PERLEMBAGAAN
  • KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
  • KESOPANAN DAN KESUSILAAN
1. EPERCAYAAN KEPADA TUHAN
Memang kita semua percaya akan kepada Tuhan (mengitkut agama masing2), namun sejauh atau sedalam mana kita mengenali Tuhan kita. Kebanyakkan gejala sosial berlaku adalah kerana remaja2 sudah tidak lagi takutkan Tuhan, malah kedua ibubapa mereka sendiri, diherdik, ditengking ....

2. KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
Malaysia, sebuah negara yang berdaulat, yang mempunyai Raja, Sultan. Namun, baru2 ini kita digemparkan dengan beberapa isu semasa berkenaan Sultan diperkata secara terbuka di dalam sebuah laman sosial

3. KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
Yang ini memang sudah tidak lagi diendahkan, malah mereka kini merasakan undang-undang berada di dalam tangan mereka sendiri.

4. KESOPANAN DAN KESUSILAAN
Inilah yang patut diserapakan di dalam jiwa remaja2 sekarang. Mereka kini seperti sudah tidak lagi berasa malu atau segan untuk melakukan perkara2 terkutuk, seperti mana yang heboh di YouTube, sebuah vidoe di mana sepasang kekasih remaja bercium di khalayak ramai tanpa segan silu, seperti mereka berada di negara2 Eropah.

Jadi pakah pendapat anda? Adakah anda setuju dengan hujah2 di atas?

No comments:

Post a Comment