Monday, January 3, 2011

Apakah Hukum Pekerja Bank

Assalamualaikum,
Dah agak lama tidak menulis. Maklumlah, agak sibuk dengan urusan kerja dan mengurus majlis perkahwinan adik ipar bongsu.
Sebentar tadi sambil aku melepaskan lelah dan berehat, aku melayari FB, dan terlihat sebuah video yang bertajuk “Muslihat Bank Islam”. Terbaca dari tajuknya agak menarik, apakah muslihatnya? Adakah ianya sebuah institusi perbankkan di Malaysia. Lantas aku melayani vidoe tersebut, ianya adalah sebuah ceramah agama, di mana aku pun tak pasti. Ianya adalah di dalam bahasa Inggeris.
Ianya berkisarkan perbankan Islam, iaitu transaksi yang dijalankan oleh perbankkan Islam. Sebagai contoh pinjaman perumahan. Menurut penceramah, berdasarkan dari hadis Nabi SAW, terdapat 4 kumpulan yang di sasarkan sebagai dosa besar, iaitu orang yang memberi Riba’, penerima Riba’, orang yang merekodkan transaksi Riba’ dan 2 orang saksi.
Hadis, Jabir r.a. meriwayatkan:
"Rasulullah melaknat pemakan riba, yang memberi makan dengan hasil riba, dan dua orang yang menjadi saksinya. Dan beliau bersabda: mereka itu sama." (Riwayat Muslim)
Selepas aku meneliti vidoe tersebut, teringat pada isteriku yang mana beliau sendiri adalah seorang pekerja di sebuah institusi kewangan yang terbesar di Malaysia. Bagaimanakah nasib beliau? Apakah gaji yang beliau terima itu halal atau haram? Aku menjadi binggung. Aku terus mencari beberapa keterangan mengenainya dan aku menemui sebuah laman web yang menulis artikel berkenaan perkara tersebut. Ingin aku kongsikan di sini akstrak dari laman web tersebut.



Point2 hukum boleh bekerja di bank:
  1. Tidak semua perniagaan yang dijalan di bank haram. Ada yang halal. Oleh itu gaji yg diperolehi bertaraf syubhat (kerana hasil pendapatan bank yg bercampur sumber halal + haram)
  2. Bekerja dengan baik serta dgn hati yg tidak rela & insaf. Perasaan yg merindui datangnya satu sistem yg diridhai Allah.
  3. Berganding bahu bersama umat Islam lain ke arah mewujudkan sistem tersebut.
  4. Bahaya akan datang jika dilarang semua umat Islam bekerja di bank. Org kafir akan ambil alih ekonomi negara dan umat.
  5. Boleh bekerja atas dasar darurat. Memenuhi keperluan asas kehidupan.
FATWA
Penjelasan hukum bekerja di bank berikut ini adalah berdasarkan fatwa al-Marhum Syeikh Jadul Ali Jadul Haq (bekas syeikh al-Azhar). entang faedah/bunga bank yang tergolong di dalam riba telah diketahui umum. Begitu juga tentang keharaman dan ancaman orang yang terlibat dengan riba. 
  1. Syeikh (Jadul Haq) mengatakan bahawa riba adalah haram secara syarak berdasarkan nas2 al-Quran, sunnah dan ijmak kaum muslimin. Manakala bekerja secara langsung dengan mana-mana pihak yang terbabit dengan riba samada menulis atau sbgnya dianggap sebagai membantu atas perbuatan yang haram. Berbuat demikian sudah tentu hukumnya haram menurut syarak. Ini ada dijelaskan oleh hadis riwayat Bukhari yg mencela pemakan riba, memberi makan dengan hasil riba, penulis dan dua saksinya.
  2. Hukum dan pencelaan hadis di atas adalah terhadap bank-bank yg segala urusannya di sekitar perniagaan/perkhidmatan yg haram sahaja. Tidak ada satupun yang halal seperti tidak ada pertukaran wang asing, kaunter muamalah Islam dsb yang dihalalkan. Jika begini, berhenti bekerja di bank tersebut adalah lebih baik. Jika di sana ada peluang pekerjaan lain yang halal, bekerjalah di tempat baru yang halal itu. Jika tidak ada peluang pekerjaan lain melainkan di bank berkenaan sahaja, teruskanlah bekerja di situ. Ia diiktibarkan sebagai dalam keadaaan darurat. Keadaan darurat dapat mengharuskan perkara yg haram (ad-dharuraat tubihul mahzuraat). Bekerjalah sehingga datang peluang pekerjaan lain yang sunyi dari perkara yg haram.
  3. Ada juga bank yang tidak hanya menjalankan urusan perniagaan/perkhidmatan yg haram sahaja, tetapi ada juga yang dihalalkan sebagaimana yang berlaku di malaysia:
Bank tersebut menjalankan perniagaan:
Perkhidmatan haram
Skim pinjaman yang dikenakan bunga, akaun yg pelbagai yang juga dengan faedah tertentu.
Perkhidmatan halal
Pengurup wang asing, bank draf, pembayaran bil-bil, kaunter muamalah Islam dsb. Ini bermakna, sumber pendapatan bank adalah hasil dari yang halal dan yang haram. Bercampur baur. Ulamak fikah berkata, jika bercampur aduk yang halal dengan yang haram, hendaklah diasingkan, dipisah-pisahkan yang halal satu tempat dan yang haram di satu tempat lain. Kita diharamkan membelanjakan harta/wang yang bercampur aduk antara yang halal dengan yang haram. Setelah dipisahkan/dapat dibezakan antara yg halal & yg haram barulah boleh digunakan untuk berbelanja.
Itu kalau dapat dibezakan. Jika dapat dipisah-pisahkan... Bagaimana jika tidak boleh dipisah-pisahkan? Seperti saudara-saudara muslim kita yang bekerja di bank yg pendapatannya bercampur aduk antara yg halal & yg haram. Gaji mereka bagaimana. Apa hukum mengambilnya, memakan, bahkan memberi makan kepada anak isteri dgnnya?
Kalau boleh dipisah-pisahkan tak mengapa. Contohnya, haa.. yg ini adalah hasil dari sumber halal. Yg ini pula dari sumber yg haram. Bolehlah saudara-saudara kita ini, mengambil gajinya dari sumber yg halal sahaja. Yg haram beri pada pekerja non muslim. Bolehkah lakukan begitu? Sudah tentu mustahil. Dalam keadaan mustahil memisah-misahkan antara sumber yg halal & yg haram, para ulamak silam dari pelbagai mazhab ada menyatakan pendapat masing-masing, antara mereka ialah para ulamak dari mazhab Hanafi, pendapat dari Imam Ahmad bin Hanbal sendiri, al-Zarkasyi al-Syafi'i, Ibnu Sholah dan al-Nawawi. Dari pendapat mereka ini dapat disimpulkan bahawa tidak mengapa membelanjakan harta/wang yang bercampur halal + haram yang mustahil dapat dipisah-pisahkan. Jadi, bekerja di bank berkenaan dalam keadaan begini secara umumnya adalah harus.
Hujjatul Islam Imam al-Ghazali berkata di dalam Ihya' Ulumuddin:
"Apabila di dalam negara telah bercampur dengan yang haram tanpa batasnya lagi, tidak haram membeli darinya, bahkan mengambil darinya. Melainkan, jika ada kedapatan tanda-tanda ia adalah dari yang haram. Jika tidak kedapatan tanda-tanda berkenaan, maka tidak diharamkan (dibolehkan). Tetapi, meninggalkannya adalah perbuatan warak yang disukai (syarak)."
Kesimpulan
Pertama
a) Bekerja di bank adakalanya harus sebab darurat. 
b) Adakalanya harus disebabkan gaji pekerja adalah dari penghasilan bank yang pelbagai (secara umumnya)- halal + haram. Sedangkan ia tidak dapat dipisah-pisahkan dan dibezakan antara yg halal dan yg haram.
Kedua
Jika telah jelas bekerja dengan bank adalah halal menurut syarak berdasarkan faktor a & b di atas, maka seseorang muslim tidak boleh menghalang orang lain termasuk saudara-saudaranya untuk bekerja di bank. Begitu juga tidak boleh menghalang seseorang muslim dari memakan, memberi makan, menerima hadiah dsb hasil dari gaji bekerja di bank.
Ketiga
Pekerja bank seperti di atas, tidak termasuk di dalam laknat dan celaan Rasulullah s.a.w. di dalam hadisnya:
"Rasulullah melaknat pemakan riba, yang memberi makan dengan hasil riba, dan dua orang yang menjadi saksinya dan penulisnya." (Riwayat Ahmad, Abu Daud, Ibnu Majah dan al-Tarmizi)
Ini berdasarkan penjelasan di atas.
Intaha jadul Haq

Para pekerja bank, tidaklah boleh bersenang hati dengan hukum ini. Sebaliknya mereka hendaklah lebih kuat bekerja untuk memberi kesedaran kepada umat ini. Lakukan dengan segala apa yang ada pada diri kalian. Tariklah mereka semua agar dapat bersama-sama ke dalam golongan umat Islam yang mahukan ekonomi kuffar ini terlerai dari belenggu mereka. 
Umat Islam yang lain janganlah hendaknya memandang serong terhadap saudara-saudara muslim kita yang berkhidmat di bank-bank berkenaan. Mereka tidak boleh mendabik dada bahawa mereka terlepas dari apa yang dialami oleh saudara-saudara kita pekerja bank.
Cuba renungkan pertanyaan ini:
"Ustaz, saya ni bekerja dengan kerajaan (bukan dgn bank).. Macamana dengan gaji saya? Halal Atau tidak? Sumber yang diperolehi oleh kerajaan, ada yang dtg dari cukai judi, arak, rumah pelacuran, kelab malam, hiburan, pelaburan yg diharamkan....bla--bla...bla....bla--bla...bla....bla--bla...bla...."
Pertanyaan kami pula: "Apakah tidak sama masalahnya dengan mereka yg bekerja dibank?"
Wallahu a'lam.
Sumber bacaan:
ADAKAH DIBENARKAN UNTUK BEKERJA DI BANK?

No comments:

Post a Comment