apa yang ingin aku kongsikan di sini adalah tidak ada kena-mengena dengan lagu di atas, ia berkisar tentang perjalan kehidupan aku yang selama ini aku sangkakan lurus, tapi sebaliknya. kini aku mengenali apa itu erti "Jahil", apa itu erti "Hak" dan apa itu erti "Batil".
aku bersyukur kehadratNya, kerana telah diberi hidayah agar aku tidak terus alpa dalam mengharungi kehidupan.
sejak aku menlanggani Chanel C (Celcom Blue), aku sering menerima pesanan SMS, seperti menyedarkan aku dari terus terleka. ingin aku berkongsi serba seditkit di sini pesanan-pesanan yang aku terima sebagai renungan kita bersama, di antara pesanan SMS yang kuterima:
- Bersyukurlah dengan apa yang dikurniakan. Andai kaya, lihatlah kepada yang miskin, andai miskin, lihatlah kepada yang papa, andai yang papa, lihatlah kepada yang cacat dan seterusnya.
- Kata orang arifbillah, pastikan amalan wajib tidak di tinggalkan sebelum mengejar amalan yang sunnat (jgn jadikan amalan itu ibarat badan tidak berkepala)
- Kesusahan hidup di dunia ini berpunca dari diri sendiri kerrna tidak mahu menerima perjalanan yang hakiki & sebaliknya mengikut jejak kafir di dalam mencari bukti
- Hidup ini ibarat ada 3 hari. Semalam sebagai pengalaman, hari ini untuk perancangan dan esok hanya menantikan jawapan
- Kata orang arifbillah, gagal sesuatu amal itu adalah kerana perasaan sendiri yang mencengkam hati dan nurani hingga hilang pertimbangan akal & kalbu
- Berfikirlah dengan berzikir; berzikir perlu disusuli amal; beramalah dengan sifat zuhud; zuhud akan melahirkan sifat redha
- Tadbirlah fikir dgn zikir, tadbir zikir dgn amal, tadbir amal dgn zuhud, tadbir zuhud dgn redha, tadbir redha dgn syukur & tadbir syukur dgn sabar
- Kehidupan ummah akan hancur lebur bila ekonomi dan kebanggaan dunia menjadi jurang perbandingan kehidupan sesama manusia
- Berbuatlah sesuatu perkara itu dengan penuh fikir dan zikir kerana ia akan disertakan dengan kesabaran andai dilakukan dengan penuh syukur
- Awas! Selangkah berjalan mencari keredhaan Tuhan, akan dihalang dengan perlbagai ujian, godaan, gangguan dan tentangan. Hanya keikhlasan sahaja menjadi bekalan
- Hidup ini adalah suatu perjalanan. Perjalanan pula terdapat berbagai ujian. Setiap ujian itu tersirat hikmahnya. Setiap hikmahmenjadi kunci keinsanan
- Jangan diri merasa rugi bila berbelanja demi untuk mencari keredhaan Ilahi. Bermula wadah ilmu itu adalah dengan pikir yang penuh dengan penghayatan dan bersedekah
- Tidak ada yang lebih baik bagi seorang lelaki di akhirat kelak selain dari mampu menyelamatkan ibubapa, anak2 dan isterinya dari api neraka
- Bala Allah akan datang kepada mereka yang berbuat mungkar juga kepada mereka kononnya ALIM tetapi tidak berbuat apa2 terhadap kemungkaran itu
- Tidak selamat bagi umat yang hidup di atas muka bumi tanpa berbuat kebaikkan dan takut mencegah kemungkaran, maka bala akan datang bertimpa2
- Segala amal dan usaha di dalam hidup adalah didorong oleh fikiran dan naluri. Di dalam naluri itu ada pertimbangan di antara buruk dan baik, cantik atau keji
bukan niat aku di sini untuk berceramah agama, tapi setelah aku renungi sedalam-dalamnya aku merasakan kita semua telah banyak memandang remeh beberapa perkara wajib yang sepatutnya kita dahulukan, namun kita semua alpa. ingin aku bertanya kepada sesesiapa saja yang melawati blog ini, adakah kita masih lagi berpegang pada Al-Quran? aku sendiri mengaku bahawasanya aku telah lama mengabaikannya. renungilah potongan ayat Surah Al-Waqiah ayat 81:
Terjemahannya: "Maka apakah kamu menganggap remeh saja Al-Quran ini?"
aku memohon maaf jika mungkin penulisan aku kali ini ada menyinggung perasaan sesiapa saja yang membacanya, bukan niatku tapi sebagai kesedaran buat kita yang selama ini telah lama berbuat kemungkaran, nescaya dengan izinNya, dibuka pintu hati kita agar kita bisa berpatah balik ke pangkal jalan .... Amin.
No comments:
Post a Comment