Saturday, April 17, 2010

SMS yang ku terima

lewat petang tadi sahabatku menghantar pesanan SMS, dan aku agak terkejut dengan apa yang beliau sarankan kepada ku. SMS tersebut berbunyi seperti berikut:

"Soalan dari ALLAH yang ko sendiri kena jawab
54:17, 22,32 & 40
56:81"

aku menjadi binggung??? apakah maksud beliau, lantas aku teringat akan pesan beliau tengah hari tadi. beliau berpesan agar aku selalu membaca terjemahan Al-Quran yang akan beliau berikan....

terus aku membaca mengikut pesan beliau dan ianya berbunyi seperti berikut:

Surah Al-Qamar
[17]
"Dan sesungguhnya telah Kami mudahkan Al Qur'an untuk pelajaran, maka adakah orang yang mengambil pelajaran?"

[22]
"Dan sesungguhnya telah Kami mudahkan Al Qur'an untuk pelajaran, maka adakah orang yang mengambil pelajaran?"

[32]
"Dan sesungguhnya telah Kami mudahkan Al Qur'an untuk pelajaran, maka adakah orang yang mau mengambil pelajaran?"

[40]
"Dan sesungguhnya telah Kami mudahkan Al Qur'an untuk pelajaran, maka adalah orang yang mengambil pelajaran?"

Surah Al-Waqi'ah

[81]
"Maka apakah kamu menganggap remeh saja Al Qur'an ini?,"

sesudah aku membaca terjemahan tersebut, dan aku cuba memahami, kini aku sedar bahawa, jika kita hanya membaca kitab Al-Quran tanpa memahami maksud dan mesej yang ingin disampaikan adalah bermakna kita hanya seperti membaca sebuah buku...dan juga kita harus mencari segala sumber yang ada untuk mempelajarinya sedalam yang mungkin ...

dan kini aku sedar bahawa benar apa yang dikatakan Al-Quran itu adalah pedoman hidup... itulah betapa jahilnya aku sebelum inin yang hanya memandang remeh tentang perkara2 seperti ini..

kini, ingin sekali aku mendalami ilmu yang selama ini dipandang remeh... sekali lagi aku bersyukur kehadratNya kerana mempertemukan aku dengan sahabatku ini ...

Alhamdulillah ...

No comments:

Post a Comment