[/caption]Assalamualaikum,
Dah lama jugak aku tidak menulis.. katakanlah agak sibuk dengan persiapan AidilFitri dan juga kerja-kerja harian. Namun semuanya berjalan dengan lancar.. Alhamdulillah...
Bagi aku, Syawal 1431 begitu bermakna dalam hidupku kerana ada beberapa perkara yang berlaku yang mana ada di antaranya tidak di duga. Tahun ini aku beraya di Semenyih, Selangor kerana tahun ini adalah giliran isteriku...Kami berdua sudah bersepakat pada awal perkahwinan lagi iaitu selang setahun, bermaksud tahun pertama perkahwinan adalah giliran isteriku dan tahun tahun kedua giliran aku.. hinggalah kini sudah hampir 13 tahun kami berumahtangga.. Jadi adil dan saksama...
Sepanjang Ramadhan ini, aku merasakan telah banyak perubahan di dalam diri ini.. antaranya aku kini lebih mendekati Allah SWT...aku lebih cenderung untuk mempelajari lebih dalam ilmu agama, ingin lebih mendalami ilmu Solat yang menjurus kepada cara-cara Nabi Muhammad SAW.. AKu begitu bersyukur kehadratNya kerana telah memberi hidayah kepadaku agar kembali ke jalanNya...
Namun ada seperkara yang begitu menarik perhatianku, memang benar ada orang mengatakan bahawa di bulan Ramadhan syaitan dan iblis diikat, namun ada salah satu tazkirah aku diperdengarkan bahawa kesemua hanya dilemahkan kuasa mereka, dan ianya terbukti dengan isteriku didatangi semula makhluk halus.. namun hanya sementara sahaja.. apa jelas nampak adalah keengganan isteriku mendirikan solat, enggan mengikutiku ke solat sunat Tarawikh, ada saja alasan yang diberikan sedangkan isteriku jarang sekali sedemikian. Malah beliau membohongi aku ketika aku bertanyakan samada beliau sudah bersolat, dan jawapannya "SUDAH"....
Aku hanya memerhati dari jauh sahaja, kerana aku sendiri tidak arif di dalam bab ini.. tapi aku bertekad, sepulangnya aku ke kampung akan aku bertemukan isteriku dengan sahabatku untuk berubat..