Thursday, September 9, 2010

Ramadhan - 1431

[caption id="attachment_536" align="aligncenter" width="150" caption="Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang"][/caption]

Assalamualaikum,

Hanya tinggal satu hari lagi kita akan meninggalkan bulan yang penuh dengan keberkatan, bulan Ramadhan. Bagiku Ramadhan pada tahun ini penuh bermakna bagi hidupku, selama aku masih bernyawa selam 36 tahun ianya satu2 Ramadhan yang benar2 telah mengubah cara hidupku. Aku merasakan hidupku kini lebih bermakna.

Ramadhan ini juga aku mula berjinak2 dengan kuliyyah agama, seperti kulliyah subuh, tazkirah dan aku juga lebih banyak mencari bahan2 yang lebih menjurus kepada Islam. Ramadhan tahun ini juga, rezeki keluargaku telah bertambah. Aku kini mula mengenal Solat Sunat Taubat, Solat Sunat Tahajjud, Solat Sunat Tarawikh dan juga Solat Sunat Dhuha.

Mungkin ada yang menyangkakan begitu jahilnya aku, kan? Sebenarnya, ingin aku berkongsi bersama kehidupan aku yang sebenarnya. Aku adalah seorang yang amat kurang pengetahuan agama, bukan aku bermaksud untuk menuding jari pada kedua ibubapaku, tapi ini semua adalah kearan diri sendiri. Terlalu mengikutkan hawa nafsu, dan mudah diperdaya oleh Iblis dan Syaitan.

Kesemua ini bermulanya dengan isteriku yang sering di datangi oleh makhluk2 halus. Mungkin Allah SWT ingin membuka pintu hatiku yang telah didalam kegelapan. Insya Allah. Kemudian Ramadhan menjelma, dan pada tahun ini aku cuma ketinggalan 3 hari solat Sunat Tarawikh di atas sebab2 tertentu yang tidak dapat dielakkan. Namun bagiku ianya seperti satu kehilangan dan kerugian bagiku.

Sekali lagi bukan aku ingin meninggi diri atau bongkak, tapi sekadar aku ingin berkongsi bersama apa yang aku lalui. Kemudian pertama kalinya aku mendengar kulliyah dari satu "POST" di laman sosial,  Facebook oleh seorang muslimah, isteri teman karibku semasa aku berkhidmat di Maybank ketika dahulu, Pn Rohaiza. Sebuah ceramah agama oleh Ustaz Kazim Ellias yang bertajuk, Harta Yang Tidak Pernah Puas. Tatkala aku mendengar ceramah dari beliau aku menjadi tertarik dengan cara beliau menyampaikannya. Lalu aku mula berjinak2 dengan mencari sumber2 yang mana aku bisa memuat turun semua ceramah dari beliau, akhirnya aku berjaya juga.

Mulanya Ramadhan 1431, aku kembali membaca Al-Quran, namun aku masih belum fasih dan Insya Allah, lepas AildilFitri nanti aku ingin mencari kelas membaca Al-Quran untuk memperkemaskan lagi bacaanku. Alhamdulliah, di rumah ada aku membeli sebuah Al-Quran bersama terjemahan di dalam Bahasa Melayu, lalu aku menjadikan terjermahan untuk aku lebih faham di sebalik setiap surah. Makin lama aku mendengar ceramah agama dari Ustaz Kazim Ellias, makin aku mendapati banyak yang aku tidak tahu tentang agama.

Banyak sekali yang selama ini kita menyangkakan semua yang kita lakukan adalah betul, namun semua itu meleset. Sebagai contoh berkenaan Muhrim, begitu banyak yang telah kita lakukan dosa dengan secara tidak sengaja. Dengan aku mendengar tazkirah sewaktu solat sunat tarawikh, ada beberapa Ustaz yang menjelaskan beberapa perkara yang betul2 banyak yang telah kita lakukan adalah haram dan salah. Contoh, nescaya tiba Syawal kita pasti akan menziariahi perkuburan. Selalunya kita akan membawa bunga-bungaan untuk ditabur di atas kubur dan juga air mawar. Sebenarnya ia adalah haram diperlakukan, kerana Rasulullah SAW tidak pernah berbuat demikian. Kerana perbuatan itu dilakukan oleh kaum kafir. Di sini kita lihat, semua yang kita lakukan adalah semua dari ikut-ikutan.

Seperkara lagi adalah hukum seorang wanita yang didatangi haid memasuki ke dalam masjid atau surau. Menurut Ustaz Johari Abdul Wahab Al-Hafiz, adalah dibenarkan seseorang wanita yang didatangi haid untuk memasuki ke dalam masjid atau surau dengan atas satu-satu sebab. Menurut beliau juga, terdapat 6 hadis sahih yang menyatakan seorang wanita yang berhaid boleh memasuki masjid atau surau. Beliau ada menceritakan ada satu kejadian di zaman Rasulullah SAW di mana di masjid Rasulullah SAW ada seorang wanita berkulit hitam yang bernama Aisyah, beliau adalah siak bagi masjid tersebut. Tugas beliau adalah membersihkan masjid. Terjadinya satu ketika di mana Rasulullah SAW menyuruh Aisyah mengambil sajadah baginda di mana tertinggal semasa beliau solat. Aisyah menjawab, "Ya Rasulullah, aku didatangi haid, bagaimana boleh aku memasuki ke dalam masjid?". Jawab Rasulullah, "Aisyah, kamu dibenarkan masuk ke dalam masjid dengan bertujuan." Di sini baru aku mengetahuinya.

Satu perkara lagi, tazkirah yang diberikan oleh Ustaz Zulkifli berkenaan untuk mengelak dari kita mengalami mimpi ngeri dan menjauhi dari terkena sihir ketika tidur ialah dengan membaca Hasbi Rabbi Jalallah sebanyak mungkin. Jika diamalkan, Insya Allah kita akan terhindar dari terkena sihir dan gangguan syaitan dan jin. Dan juga dengan membaca Bismillah sebanyak 21 kali sebelum tidur.







Berkenaan ceramah Ustaz Kazim Ellias, anak-anakku, Syazwan dan Syahmie kelihatan mereka juga turut mendengar dan meminatinya. Alhamdulillah, aku rasakan dan aku memanjat kesyukuran kepada Allah SWT. Moga-moga Allah SWT memelihara imanku untuk aku tidak hanyut semula seperti dahulu.

Dahulunya aku adalah seorang yang begitu jahil. Pelbagai perkara mungkar telah aku kerjakan, dengan berkat dan keizinanNya aku kini telah kembali semula ke jalannya. Kini juga aku sedar, sebenarnya tanggungjawab aku sebagai seorang suami dan ayah adalah begitu besar dan berat. Banyak yang aku perlu lakukan semasa aku masih lagi mempunyai empat kerat ini. Banyak yang telah aku abaikan. Kini juga aku mengetahui yang mana haq dan batil. Banyak sungguh yang perlu aku pelajari dan aku curahkan kepada anak-anak dan isteri. Namun begitu kuat sungguh dugaan dariNya untuk menguji ketabahan dan keimanan kita dalam menjalankan suruhanNya. Pelbagai rintangan yang aku alami, buat masa ini aku mengalami pelbagai cabaran domestik yang harus aku tangani. Terutama ahli-ahli keluargaku. Kadang-kadang aku berasakan aku ini seperti keterlaluan dalam menceritakan tentang agama kepada ahli keluargaku, tapi mengambilnya dari sudut positif di mana ia adalah satu tanggungjawab tyang harus aku pikul.

Harus aku terangkan segala yang haq dan batil agar keluargaku tidak sama-sama hanyut dengan ikut-ikutan. Kebanyakkan kita kini terlalu mengikutkan adat yang mana separuh darinya adalah sesuatu yang salah dari segi hukum agama. Seperti ceramah Ustaz Kazim yang berjudul Isi Neraka. Beliau membentangkan perkara-perkara yang menyebabkan seorang suami itu diiktirafkan sebagai Dayus dengan beberapa perkara sahaja. Beliau juga membentangkan 4 perkara yang menyebabkan seorang isteri itu menjadi penghuni neraka. Masaya Allah, begitu mudah bagi seorang isteri itu untuk menjadi ahli syurga dan ahli neraka. Insya Allah nanti aku akan menulis estrak dari ceramah beliau.

Moga-moga kita diberikan petunjuk ke jalanNya dan senantiasa dirahmatiNya. Insya Allah...... Aku sudahi dengan

"Barangsiapa yang menzalimi saudaranya samada harga diri atau hartanya, hendaklah dia minta hala padanya di dunia sebelum datang suatu hari kelah yang tidak lagi laku dinar dan dirham (ringgit dan sen). Bila tibanya saat itu (Mahsyar), amal salehnya akan diambil darinya menurut ukuran kezalimannya. Kalau ia kehabisan amal saleh (pahal), maka kejahatan(dosa) saudaranya itu akan di ambil dan diletakkan ke atasnya."
(Bukhari dan Muslim)"



Aku memohon maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kai andaikata selama penulisanku ini adalah menyakiti atau mengguris hati dan perasaan.



Selamat Hari Raya AildilFitri


Assalamualaikum WBT ....

No comments:

Post a Comment