Saturday, November 20, 2010

Syarat-syarat & Teknik



[caption id="" align="alignright" width="180" caption="Image by ©Shaza79 via Flickr"]Solat  re-touch[/caption]


Assalamualaikum,

Alhamdulillah, selesai sudah tugasan pejabat, hanya tinggal satu lagi sahaja yang perlu diperbetulkan. Sambil aku berehat, aku mentelaah senaskah buku yang aku beli yang ditulis oleh Dato' Ismail Kamus. Bagiku ia adalah sebuah buku yang menerangkan beberapa perkara yang perlu diketahui oleh kita sebagai seorang yang beragama Islam. Walaupun isi kandungan buku tersebut boleh dikatakan sebagai asas untuk hidup bersyariat, namun bagiku ianya telah memberi serba sedikit ilmu bagi kami sekeluarga.

Di sini ingin aku berkongsi beberapa perkara atau syarat yang mana bagiku patut kita jadikan sebagai amalan.

Teknik Khusyuk Dalam Solat

  1. Sentiasa melaksanakan solat berjemaah. (yang paling afdal ialah di masjid)

  2. Menjaga makanan dan minuman agar terjamin halalnya

  3. Membanyakkan sedekah kepada fakir miskin

  4. Jangan bersolat dengan menangguh untuk membuang air besar atau air kecil dan perkemaskan segala urusan supay tidak timbul kebimbangan dalam solat

  5. Mengambil wuduk dengan sempurna supaya air mengenai semua anggota yang wajib serta mengingati niat atau doa apabila air melalui setiap anggota

  6. Memakai pakaian yang bersih dan kemas seperti hendak mengadap pembesar negeri

  7. Tempat sujud dipastikan supaya tidak ada gambar yang menganggu fikiran atau membimbangkan hati

  8. Mengingati mati dan kemungkinan itu merupakan solat yang terakhir sekali dalam hidup

  9. Menyedari bahawa ia sedang berhadapan dengan Allah yang Maha Agung dan Maha Mengetahui segala rahsia hamba-Nya

  10. Memenuhkan dada dengan perasaan takut dan rendah diri terhadap Allah yang melihat segala gerak-geri kita

  11. Memahami segala bacaan dalam solat termasuk ayat-ayat Quran dan segala zikir

  12. Sebelum mengangkat takbir, membaca Surah Al-Nas, selawat atas Nabi SAW, istighfar dan apa-apa bacaan unutk menjauhkan gangguan syaitan

  13. Memandang ke tempat sujud dan tidak terlalu banyak menggerakkan anggota dan berpaling semasa dalam bersolat

  14. Memusatkan seluruh ingatan kepada solat

  15. Memanjangkan sedikit tempoh semasa rukuk dan sujud

  16. Memastikan tidak ada gangguan dalam kawasan kita bersolat

  17. Jangan memandang ke kiri dan ke kanan


[caption id="attachment_830" align="aligncenter" width="540" caption="Image by ©mia sarah via Flicker"][/caption]

Syarat-syarat Berdoa

  1. Dalam keadaan berwuduk

  2. Dalam keadaan menutup aurat

  3. Menghadap kiblat

  4. Dalam keaddan khusyuk dan tawaduk

  5. Tidak tergesa-gesa

  6. Dimulai dengan memuji kebesaran Allah

  7. Kemudian berselawat ke atas Baginda Rasulullah SAW

  8. Membaca doa itu dengan cara penuh harapan akan dikabulkan

  9. Diakhiri dengan selawat dan salam

  10. Seeloknya kita mengetahui isi dan makna doa itu


Waktu Yang Baik Untuk Berdoa

  1. Pada malam qadar (sepuluh malam terakhir dalam bulan Ramadan)

  2. pada hari Arafah (9 Zulhijjah keitka jemaah haji wuquf di Arafah)

  3. Pada bulan Ramadan

  4. Pada malam Jumaat

  5. Pada hari Jumaat

  6. Waktu berjumaat, lebih-lebih lagi ketika imam duduk di mimbar sampai imam mengucapkan salam

  7. Pada tengah malam

  8. Seperdua malam yang kedua (selepas jam 12 malam)

  9. Sepertiga malam yang pertama (jam 6 sampai 10 malam)

  10. Sepertiga malam yang terakhir (selepas jam 2 pagi)

  11. Pada waktu sahur (sebelum fajar)

  12. Sesudah berwuduk

  13. Ketika orang azan untuk solat

  14. Antara azan dan iqamat

  15. Ketika orang mengucapkan iqamat

  16. Ketika berbaris (jalan bersama) menuju medan perang sabil

  17. Dalam pertempuran di medan perang

  18. Pada akhir tiap-tiap solat fardu

  19. Pada waktu sedang sujud (dalam solat atau di luar solat)

  20. Ketika sedang membaca al-Quran

  21. Setelah tamat membaca al-Quran

  22. Ketika minum air zamzam

  23. Pada waktu ayam jantan berkokok (pada waktu pagi)

  24. Pasa saat berkumpulnya kaum Muslimin kerana agama

  25. Pada waktu berkumpul untuk berzikir (iaitu berkumpul untun menyebut kebesaran Allah, bertakbir, bertahmid dan bertasbih, atau berkumpul membaca dan mempelajari al-Quran, atau berkumpul menerima pelajaran agama Islam

  26. Ketika menutupkan mata orang yang telah mati

  27. Pada waktu turun hujan


Semoga kita mendapat keberkatan dari Allah swt... Insya Allah...

Sumber bacaan: Indahnya Hidup Bersyariat (Dato' Ismail Kamus/Mohd Azrul Azlen Ab Hamid)

2 comments:

  1. Salam Ziarah; Syukran atas catatan nama saya mengenai surah Al Qiyamah.... teruskan apa yang baik....moga kita mendapat rahmat dariNya...

    ReplyDelete