Thursday, December 29, 2011

Pintu Rezeki

بسم الله الرحمن الرحيم

Pintu Rezeki

[caption id="attachment_1816" align="aligncenter" width="400" caption="Gambar Hiasan"]Pintu Rezeki[/caption]

Islam merupakan agama yang lengkap dan sempurna.. Perlu difahami bahawa Islam tidak menyuruh umatnya beribadat di masjid sahaja, tetapi skop ibadah di dalam merangkumi aspek kehidupan, termasuk bekerja mencari nafkah untuk diri dan keluarga.

Gesaan ini jelas disebut oleh Allah S.W.T dalam surah al-Qasas ayat 77:

[caption id="attachment_1811" align="aligncenter" width="560" caption="al-Qasas(28:77)"]al-Qasas(28:77)[/caption]
Bermaksud: “Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) duniawi dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah Telah berbuat baik, kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerosakan di (muka) bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berbuat kerosakan”.

Wednesday, December 28, 2011

Penjara Nafsu

بسم الله الرحمن الرحيم

Penciptaan manusia sebagai makhluk Allah S.W.T yang paling istimewa terdiri daripada gabungan beberapa elemen utama iaitu roh, jasad, akal dan emosi. Kekuatan roh yang dibentuk daripada keimanan yang mantap dan penghayatan Islam di dalam diri seseorang muslim itu menjadi penentu utama martabat nafsu di dalam jiwa.

[caption id="attachment_1800" align="aligncenter" width="300" caption="Gambar Hiasan - Penjara Nafsu"]Penjara Nafsu[/caption]

Sekiranya bentuk dan pergerakan nafsu itu didorong ke arah kebaikan, akan lahirlah manusia yang mempunyai jiwa yang berakhlak mulia, berpekerti tinggi dan mempunyai jati diri yang kukuh bagi menghadapi pelbagai cabaran kehidupan.

Saturday, December 24, 2011

Ilmu Hikmah Surah Al-Fatehah

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum,

Adapun sebentar tadi aku ada menerima email dari saudara kandungku di mana kandungan email tersebut terselit satu dokumen yang agak menarik. Ayuh aku kongsikan bersama, mudah-mudahan dapat kita manafaatkan bersama.

Al-Fatihah

Thursday, December 22, 2011

Hukum Azan

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum,

Sedikit pengetahuan ingin aku kongsikan bersama, artikel ini diambil dari sebuah kitab yang elok dimiliki oleh semua, iaitu "Ensiklopedia Solat" keluaran Telaga Biru Sdn Bhd.

Ensiklopedia Solat

Tuesday, December 20, 2011

Ketika Mengadap ALLAH

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum,

Ingin aku berkongsi sesuatu yang aku rasakan begitu penting bagi kita sebagai umat Islam untuk mengetahui cara-cara bagaimana harus menjaga tatasusila tatkala kita berhadapan dengan Pencipta kita; Allah SWT.

[youtube http://www.youtube.com/watch?v=xh4ifPI8OAU&autoplay=1&w=480&h=360]

[youtube http://www.youtube.com/watch?v=LS-Rrh1_Nx0&autoplay=1&w=480&h=360]

 

Sepintas Lalu Tentang Ibnu Ishak

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum,

Namanya Muhamad bin Ishaq . Hidup sezaman dengan Imam Malik dan pernah berjumpa dengan Anas bin Malik dan Said ibnu Musayyab.
Beliau tidak rasminya diangkat sebagai ‘bapa sirah’ dan cerita-cerita sirah yang bersumber dari beliau banyak bertebaran dalam kitab-kitab sirah kemudiannya . Malah dalam sukatan pelajaran Universiti Al-Azhar terdapat cerita-cerita yang bersumber dari beliau.

Salah seorang anak muridnya Ibnu Hisham telah mengutip secara bebas ( ataupun dengan tapisan yang ringan) cerita-cerita dari Ibnu Ishaq dan memuatkannya di dalam kitabnya yang termasyhur Sirah Ibnu Hisham, sebuah kitab rujukan sirah yang utama masakini. Ibnu Ishaq ialah seorang penganut Syiah . Anutannya telah mempengaruhi cara beliau berfikir dan telah banyak diabadikan di dalam kitab-kitab yang beliau nukilkan atau dalam siri pengajiannya.
Banyak cerita-cerita ganjil berkenaan kehidupan dan suasana awal Islam yang bersumber hanya dari beliau seorang. Cerita-cerita ini banyak untuk menyokong fahaman syiahnya iaitu samada mengangkat Saidina Ali ra atau keluarganya, mengurangkan sumbangan atau memburuk-burukkan sahabat yang lain terutama Saidina Muawiyah serta sahabat-sahabat utama seperti Abu Bakar , Umar ra

Di antara cerita yang diriwayatkan oleh beliau yang dipertikaikan oleh Ulamak ialah:

  1. Kisah Hindun ra , ibu kepada saidina Muawiyah, yang dikatakan memakan jantung Saidinia Hamzah. Cerita ini tidak pernah diceritakn oleh orang lain malah dalam Shahih Bukari , Wahsyi ra yang membunuh Saidina Hamzah tidak pernah menyebut tentang kisah ini. Motif utama ialah mencacatkan Hindun, ibu kepada Muawiyah , musuh utama golongan Syiah.

  2. Kekarutan dalam cerita-cerita tentang Muawiyah ra dengan menggambarkan beliau sebagai seorang pemutar belit dan suka mengambil kesempatan. Motifnya ialah untuk mencederakan peribadi sahabat besar ini kerana dengan tercederanya beliau bermakna Quran yang ada hari ini berkemungkinan tercedera juga, kerana beliau adalah salah seorang jurutulis wahyu nabi.

  3. Cerita hijrah nabi saw dari rumah beliau saw pada waktu malam dengan Saidina Ali menggantikan tempat tidur baginda saw. Pada mata kasarnya ianya menunjukkan keberanian, kepatuhan dan pengorbanan Saidina Ali. Tetapi dalam kitab hadis paling sahih, Sahih Bukhari , mengatakan nabi saw berhijrah dari rumah Saidina Abu Bakar di waktu siang hari. Dalam Sahih Bukhari dinyatakan dengan jelas peranan keluarga Abu Bakar seperti Abd Rahman, Asma’ dan lain-dain dalam peristiwa hijrah ini. Tidak lain cerita yang dibawa oleh Ibnu Ishak ialah untuk menutup sumbangan dan pengorbanan besar Abu Bakar ra sekeluarga sesuai dengan akidah Syiah yang mengkafirkan sahabat-sahabat besar seperti Abu Bakar, Umar, Usman, Aisyah dan seterusnya.

  4. Kisah Isra’ nabi dari rumah Ummu hani’ . Ummu Hani ialah kakak kepada Saidina Ali dan masa ini masih lagi belum Islam . Secara sepintas lalu dapat diperhatikan Ibnu Ishak cuba mengaitkan setiap peristiwa besar dengan Saidina Ali sekeluarga. Tetapi dalam kes ini beliau sebenarnya cuba mencederakan maruah Rasullullah saw sendiri . Kalau cerita ini benar, kita akan mengatakan bahawa nabi saw bersunyi-sunyi ( atau tidur) di rumah isteri orang tanpa kehadiran suaminya. Alangkah dahsyatnya fitnah yang ingin dilemparkan oleh Ibnu Ishaq terhadap nabi saw.

  5. Kisah mempersaudarakan Ali ra dengan nabi saw. Suatu kisah yang tidak masuk akal bila dipandang dari tujuan ‘mempersaudarakan’ itu sendiri, kerana sememangnya Ali adalah saudara kepada nabi saw dan beliau ra adalah sama-sama dari Mekah. Tidak lain ini adalah untuk menaikkan martabat Ali ra dari yang sepatutnya untuk merasionalkan hujjah bahawa beliaulah yang sepatutnya dilantik menjadi khalifah selepas wafatnya nabi saw.


Banyak lagi kisah aneh yang dikeluarkan oleh beliau seorang. Maka tidak menghairankan bila ulamak besar mengatakan :
”…..salah seorang dajjal ” , ” Kami telah menghalau Ibnu Ishaq keluar dari Madinah” – Imam Malik
“Dia meriwayatkan hadith-hadith karut dari orang-orang majhul ( orang yang tidak diketahui latarbelakangnya) ” – Ali Ibnu Al-Madini
Muhammad bin Ishaq adalah di antara perawi-perawi yang tidak menepati syarat-syarat hadith sahih” – Imam Nawawi
“Aku bersaksi bahawa Muhammad bin Ishaq adalah pendusta besar ” – Yahya bin Said al-Qatthan

Mereka yang men’ta’dil’ kannya bersikap demikian kerana tidak mengetahui dengan jelas kedudukan sebenar beliau samada kerana tidak hidup sezaman dengannya atau tidak dapat mengesan sifat sebenar disebabkan oleh sikap “Taqiyah” yang diamalkan sesuai dengan kehendak ajaran Syiah yang dianutinya. Catatan sejarah perlu diperbetulkan kerana ini akan menjaga keutuhan agama Islam ini sendiri. Kita tidak akan berpuashati menganut agama Islam sekiranya nabinya besekedudukan dengan isteri orang, sahabat-sahabat utama yang meneruskan syiar ini berperangai tidak senonoh malah menjadi kafir selepas peninggalan nabi saw, jurutulis wahyu di mana Quran yang kita pegang hari ini merupakan orang yang tidak boleh dipercayai dan sentiasa mencari peluang untuk habuan dunia malah beliau datang dari keluarga yang tidak bertamaddun.

Sikap yang perlu diambil ialah kita wajib menolak seorang yang bernama Muhammad bin Ishaq secara total untuk menyelamatkan Islam yang kita cintai ini secara total. Wallahua’lam

Sumber : http://alfiqrah.wordpress.com/2007/03/21/sepintas-lalu-tentang-ibnu-ishak/http://ibnujalal-abuhusnie.blogspot.com/2011/04/sepintas-lalu-tentang-ibnu-ishak.html

Monday, December 19, 2011

Kisah Hindun Memamah Hati Saidina Hamzah ra

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum,

Sebuah kisah yang boleh dikatakan tiada sebuah buku sirah pun yang ditulis kemudian tidak menyebutkannya ialah kisah Hindun memamah, mengunyah atau memakan hati Sayyidina Hamzah semasa atau selepas peperangan Uhud.

Kisah ini adalah ciptaan dan rekaan Ibnu Ishaq. Dialah orang yang mula-mula sekali di dalam dunia ini yang mengemukakan kisah tersebut. Kemudian at-Thabari menyebarkannya tetapi melalui jalan riwayat Ibnu Ishaq. Ringkasnya Ibnu Ishaqlah merupakan satu-satunya paksi dalam meriwayatkan kisah ini.

Ibnu Ishaq berkata, “Mengikut cerita yang sampai kepada saya menerusi Saleh bin Kaisan, Hindun Binti Utbah dan perempuan-perempuan lain bersamanya melakukan ‘mutslah’ terhadap sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w. yang terbunuh. 

Mereka memotong telinga-telinga dan hidung-hidung (sahabat-sahabat yang terbunuh itu) sehingga Hindun menyucuk telinga-telinga dan hidung-hidung orang-orang yang terbunuh itu untuk dijadikan sebagai gelang kaki dan kalung-kalung. Dia memberikan gelang kaki, kalung dan subangnya (anting-anting) kepada Wahsyi, hamba Jubair Bin Muth’im. Dia membelah perut Hamzah dan mengambil hatinya lalu dikunyahnya tetapi tidak dapat ditelannya kerana itu dia memuntahkannya keluar.”(Lihat Sirah Ibnu Ishak m.s. 385, Sirah Ibn Hisyam jilid 3 m.s. 36)Kisah Hindun Memamah Hati Saidina Hamzah ra

Ibnu Jarir at-Thabari pula meriwayatkan dari Muhammad Bin Humaid, dia mengambil cerita ini dari Salamah Al Abrasy. Salamah pula mengambil dari Ibnu Ishaq. Ibnu Ishaq mengatakan, “Saleh Bin Kaisan menceritakan kepadanya…” (Lihat Tarikh al-Umam Wa al-Muluk-at-Thabari jilid 2 m.s. 204)
Salah seorang yang tersebut dalam isnad ini ialah Muhammad Bin Humaid ar-Razi. Beliau ialah penduduk Ray. Dia selalu menukilkan riwayat dari Ya’kub al-Qummi (seorang penulis kitab-kitab Syiah dan selainnya).

Sunday, December 18, 2011

Uwais al-Qarni

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum,

Sebuah lagi hasil penulisan yang ingin aku kongsikan bersama.

Uwais al-Qarni

Nabi berpesan kepada Umar dan Ali :
“ Akan lahir di kalangan Tabiin seorang insan yang doanya sangat makbul. Namanya Uwais al-Qarni dan dia akan lahir di zaman kamu. ”
Kita telah mengenali siapa dia Sayyidina Umar dan Sayyidina Ali iaitu orang-orang yang telah disenaraikan sebagai “ al-Mubasyirun bil Jannah ” iaitu mereka sudah dijamin masuk syurga. Nabi seterusnya berkata kepada Umar dan Ali :
“ Di zaman kamu nanti akan lahir seorang insan yang doanya sangat makbul. Kamu berdua pergilah cari dia. Dia akan datang dari arah Yaman, dia dibesarkan di Yaman. Dia akan muncul di zaman kamu, carilah dia. Kalau berjumpa dengan dia minta tolong dia berdoa untuk kamu berdua.”
Umar dan Ali bertanya kepada Nabi s.a.w. soalan yang sama iaitu :
“ Apakah yang patut saya minta daripada Uwais al-Qarni, Ya Rasulullah? “
Nabi menjawab :

Saturday, December 17, 2011

Saiyyidul Ayyam

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum,

Ingin aku berkongsi khutbah Jumaat hari yang bertajuk "Saiyyidul Ayyam".

Jumaat merupakan hari yang sangat istimewa bagi umat Islam. Hari yang penuh  dengan keberkatan dan kemuliaan serta anugerah gandaan pahala beramal ibadat padanya. Keistimewaan ini ditambah lagi dengan pensyariatan solat Jumaat yang wajib dilaksanakan secara berjemaah.
Sesungguhnya Solat Jumaat mempunyai pelbagai hikmah istimewa yang menyebabkan ia wajib dilaksanakan oleh setiap umat Islam dengan mematuhi syarat-syarat dan adab-adabnya. Ia bukan hanya suatu ibadat kaum muslimin kepada Tuhannya, bahkan ia juga merupakan suatu perhimpunan mingguan yang memberikan manfaat yang amat besar kepada seluruh umat Islam untuk kehidupan di dunia dan di akhirat.

Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah daripada Abi Lubabah bin Abi Munzir RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Bermaksud: “Sesungguhnya hari jumaat itu, ialah penghulu segala hari dan hari terbesar di sisi Allah, lebih besar daripada hari raya idulfitri dan iduladha.”

[caption id="attachment_1741" align="alignleft" width="300" caption="Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur"]Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur[/caption]

Solat Jumaat diwajibkan ke atas lelaki muslim yang mencukupi syaratnya iaitu baligh, berakal, merdeka, sihat tubuh badan dan bermastautin. Ketegasan dan keprihatinan Rasulullah SAW terhadap tuntutan Solat Jumaat amatlah jelas. Namun kewajipannya gugur jika berlaku halangan atau keuzuran syarie yang mengharuskan kita meninggalkannya seperti orang-orang yang uzur, sakit atau hujan ribut, banjir, peperangan dan sebagainya.

Sidang jemaah yang dirahmati Allah, Rasulullah SAW juga menganjurkan umatnya agar memburu ganjaran-ganjaran besar yang telah disediakan Allah SWT pada hari Jumaat. Antaranya ialah ganjaran pahala bagi mereka yang bersegera hadir ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat.

Friday, December 16, 2011

Kehancuran Umat

بسم الله الرحمن الرحيم

Sebuah penulisan Saudara Abu Husnie, yang ingin aku kongsikan bersama.

Pembaca yang budiman! Lembaran kita kali ini akan membicarakan tentang sebab sebab mengapa Allah subhanahu wata’ala menghancurkan penduduk sebuah negeri dan bahkan sebuah umat. Mengapa mereka dihancurkan? Apakah Allah subhanahu wata’ala berbuat zhalim kepada mereka? Tidak sama sekali, bahkan itulah balasan kezhaliman yang mereka lakukan. Kehancuran Umat

Allah subhanahu wata’ala befirman, artinya,
“Dan kami tidaklah menganiaya mereka, tetapi merekalah yang menganiaya diri mereka sendiri.” (QS. Huud:101) 
Berikut ini di antara sebab-sebab mengapa sebuah negeri atau umat di hancurkan. Jika di suatu tempat telah tampak sebab-sebab ini maka artinya mereka sedang menunggu kebinasaan dan kehancuran dari Allah subhanahu wata’ala