Thursday, December 29, 2011

Pintu Rezeki

بسم الله الرحمن الرحيم

Pintu Rezeki

[caption id="attachment_1816" align="aligncenter" width="400" caption="Gambar Hiasan"]Pintu Rezeki[/caption]

Islam merupakan agama yang lengkap dan sempurna.. Perlu difahami bahawa Islam tidak menyuruh umatnya beribadat di masjid sahaja, tetapi skop ibadah di dalam merangkumi aspek kehidupan, termasuk bekerja mencari nafkah untuk diri dan keluarga.

Gesaan ini jelas disebut oleh Allah S.W.T dalam surah al-Qasas ayat 77:

[caption id="attachment_1811" align="aligncenter" width="560" caption="al-Qasas(28:77)"]al-Qasas(28:77)[/caption]
Bermaksud: “Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) duniawi dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah Telah berbuat baik, kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerosakan di (muka) bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berbuat kerosakan”.

Persoalan utama yang perlu ditanya ialah; apakah pekerjaan yang kita lakukan bertepatan dengan ajaran Islam? Apakah etika kerja yang diamalkan menepati kehendak ajaran yang dibawa oleh junjungan besar Rasulullah SAW?

Antara etika kerja yang perlu dititikberatkan dalam pekerjaan kita seharian ialah:

Pertama: bekerja dengan niat mengabdikan diri kepada Allah S.W.T 

Dengan menyedari dan menghayati bahawa manusia adalah hamba Allah, maka sewajarnyalah setiap manusia mematuhi syariat Islam. Mempunyai kerja
yang halal adalah bukti mentaatu Allah dan rasulNya. Setiap pekerja, samada dalam sector awam atau swasta, mestilah menjalankan tugasnya dengan penuh kesedaran bahawa kerjanya itu adalah amanah Allah kepadanya. Sekiranya dia tidak menunaikan tugasnya dengan sempurna, beerti dia telah melanggari amanah Allah. Dengan memahami keterangan ini maka setiap pekerja perlu berusaha menunaikan tugasnya dengan sebaik-baiknya demi kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.

Kedua -Bekerja dengan ikhlas dan amanah. 

Bekerja dengan aikhlas bererti bekerja dengan penuh kerelaan dan dengan suci hati untuk mencari keredhaan Allah. Jika manusia tidak mempunyai sikap amanah dalam perkerjaan, maka ia sebenarnya telah melakukan kerosakan atau penyelewengan. Ini bermakna dia telah mengkhianati amanah Allah S.W.T. Islam mengajar manusia supaya sentiasa berwaspada dan menilai segala amal perbuatan menurut ukuran syarak, iaitu kepercayaan kepada adanya hari akhirat dan perhitungan balasan baik atau sebaliknya. Bukan hanya berdasarkan sistem rekod, kad perakam waktu, laporan penilaian prestasi dan sebagainya.

Pengurusan organisasi kerja menurut falsafah Islam bertujuan melahirkan manusia yang produktif. Hari ini kebanyakan organisasi kerja mengakui mereka produktif kerana mempunyai aset yang banyak, tenaga kerja yang mahir, peralatan dan sistem yang canggih. Tetapi di sebalik kehebatan lahiriah itu, berlakulah keruntuhan di sudut kemanusiaan dengan segala bentuk penyelewengan dan pengkhianatan sehingga menimbulkan keadaan kucar-kacir di dalam organisasi.

Islam memberi penekanan sikap amanah kepada Allah S.W.T dan kepada majikan dalam melaksanakan sesuatu pekerjaan. Demikian pula majikan juga harus memberikan perkara yang sama kepada pekerjanya. Majikan harus
memberi ihsan, belas kasihan, bertimbangrasa, bertolak ansur dan berperikemanusiaan terhadap pekerjanya.

Sesungguhnya menunaikan hak Allah ke atas pekerja-pekerja bawahan adalah seiring dengan menunaikan hak ke atas Allah S.W.T. Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Majjah daripada Abdillah bin Umar bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:
Bermaksud: “Berilah kepada pekerja upahnya sebelum kering peluhnya”.

Ini bermakna ganjaran dan upah pekerja tidak wajar dilewatkan atau dipandang mudah sahaja. Jelas teras perhubungan di antara majikan dengan pekerja ialah keadilan dan jalinan silaturrahim yang kukuh dan mesra di antara mereka. Suasana harmoni yang penuh peradaban akan terserlah didalam organisasi kerja.

Ketiga- Bekerja dengan tekun dan cekap.

Ketekunan adalah satu sifat yang diperlukan dari seseorang pekerja. Setiap pekerja akan dapat meningkatkan kecekapan masing-masing dalam menjalankan tugas sekiranya mereka tekun. Sabda hadis yang diriwayatkan oleh al-Baihaqi daripada Sayyidatina Aisyah ra bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:
Bermaksud: "Sesungguhnya Allah suka apabila seseorang itu melakukan pekerjaan dengan tekun."

Apabila kita hendak menilai seseorang pekerja, ciri yang terpenting ialah kecekapannya. Mutu kecekapan seseorang itu akan terus meningkat jika pekerja itu sanggup belajar atau menambah ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan tugasnya.

Keempat- Bekerja dengan semangat gotong-royong dan berpadu fikiran serta bekerjasama antara satu sama lain.

Dalam perkhidmatan, seseorang pekerja itu bertugas dengan suatu kumpulan pekerja yang tertentu. untuk menghasilkan pekerjaan yang cemerlang, sesuatu kumpulan pekerja mestilah bekerjasama melaksanakan tugas. Sikap bantu membantu di antara satu sama lain di antara pekerja, akan menimbulkan suasana kerja yang harmoni dan ceria. Suasana yang demikian ini akan meningkatkan hasil dan mutu perkhidmatan setiap pekerja.

Firman Allah S.W.T dalam surah al-Ma’idah ayat 2:

[caption id="attachment_1812" align="aligncenter" width="560" caption="Surah al-Maidah(5:2)"]Surah al-Maidah(5:2)[/caption]
Bermaksud: “Dan hendaklah kamu bertolong-tolongnya kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran"

Kelima- bekerja dengan matlamat kebahagiaan manusia sejagat.

Etika kerja kelima ini adalah waja direalisasikan, kerana maju mundurnya pembangunan negara akan memberi kesan kepada negara lain di dunia.

Pekerjaan yang dilakukan dengan etika-etika kerja Islam yang disebutkan tadi, akan menghasilkan rezeki yang halal dan berkat serta melahirkan generasi yang taat perintah Allah S.W.T serta mensyukuri nikmatNya. Pekerja yang sentiasa mensyukuri nikmat Allah S.W.T akan mendapat keberkatan dalam hidupnya. Keberkatan rezeki tidak semestinya mendapat wang yang lebih dari biasa. Termasuk kategori keberkatan rezeki juga apabila hidupnya dijauhi dari bala bencana. Rezeki yang berkat bermaksud kehidupan yang selesa, hati yang tenang dan sentiasa rasa redha dengan apa yang ada.

Kesimpulan yang dapat diambil ialah:

  1. Setiap pekerja perlu diberi bimbingan kesedaran untuk melaksanakan tugasnya selaras dengan ajaran Islam.

  2. Setiap pekerja hendaklah menunaikan tugas mereka dengan jujur, tekun dan amanah.

  3. Pekerjaan yang menepati kehendak syariat akan melahirkan rezeki yang berkat.


Firman Allah di dalam surah al-Nahl ayat 114:

[caption id="attachment_1808" align="aligncenter" width="560" caption="Surah al-Nahl(16:114)"]Surah al-Nahl(16:114)[/caption]
Bermaksud:”Makan makanlah yang halal lagi baik dari rezeki yang telah diberikan oleh Allah kepadamu dan syukurilah nikmat Allah, jika kamu hanya menyembah kepadanya”

 

Sumber: Khutbah Jumaat (JAWI - 29 Apr 2011)

No comments:

Post a Comment