Monday, May 24, 2010

Insya'Allah

Assamualaikum,

sebentar tadi berkesempatan aku berbual dengan seorang sahabat aku. beliau juga senasib dengan aku, beliau juga disarankan agar berhenti... akan tetapi beliau telah lama berhenti bekerja dan kini bekerja sendiri secara "Freelance" .. ada juga kami bertukar2 pendapat dan idea..

antara yang menjadi tajuk perbualan kami adalah, ada beliau bertanyakan tentang situasi aku sekarang, lantas aku menjawab aku masih lagi mencari kerja .. telah merata-rata aku mengatur langkah ini keluar mencari pekerjaan, namun masih belum ada rezeki lagi.. dan kini wang simpanan aku sudah hampir berkurangan. aku menjadi sangat runsing pada ketika ini kerana aku tidak mahu pisang berbuah dua kali, dahulu pernah aku mengambil keputusan untuk berhenti dan yang menjadi mangsa adalah keluargaku, kini aku tidak mahu ianya terjadi sekali lagi... bagi aku cukup sudah apa yang keluarga aku lalui dahulu...


pada ketika itu, begitu perit keadan keluargaku, hinggakan anak ke-2 aku terpaksa meminum air Teh 'O' kerana aku tidak mempunyai wang untuk membeli susu beliau, malah isteriku hampir setiap malam beliau mengangis kerana mengenangkan nasib kami.. namun dengan berkat kekuasaan yang Esa, aku mendapat pekerjaan.. dan kini aku merasakan seperti ianya akan kembali semula .. aku menjadi sangat takut, tambah pula dengan keadaan kesihatanku yang tidak begitu stabil sekarang. ada 2 hari lepas penyakit aku kembali menyerang tapi aku cuba sedaya upaya untuk tidak menunjukkan kesakitan yang aku alami di depan anak2 dan juga isteriku, kerana aku tidak mahu mereka risau, dan ini akan menambah lagi masalah..

aku kini telah kembali semula menjadi seorang perokok tegar.... aku sendiri tidak tahu bagaimana harus aku menerima semua dugaan ini lagi, sesungguhnya tidak aku menunjukkan semua keperitan yang aku alami ini di depan keluargaku namun di dalam benak hati ini hanya Tuhan sahaj yang mengetahuinya...  pabila malam, aku melihat akan wajah anak2 ku keitka mereka tidur dan juga wajah isteriku, pasti aku akan menitiskan air mata... malah semasa aku menulis ini, aku sedang menitiskan air mata... aku sendiri tidak mengerti mengapa aku begitu sedih pada malam ini .....

berbalik pada perbualanu bersama sahabatku sebentar tadi, ada sahabatku menyuruhku cuba mengamalkan Solat Dhuha.. menurut beliau, beliau telahpun mengamalnya dan Alhamdulillah, rezeki beliau menjadi murah ... namun dengan niat, bukannya untuk menjadi kaya raya tapi sekadar untuk memohon agar dimurahkan rezeki .. lantas aku membuka buku Solat-solat Sunat dan aku menjumpai cara-cara untuk mengerjakan Solat tersebut, ingin aku berkongsi di sini cara-caranya:

Solat Sunat Dhuha

Solat Sunat Dhuha adalah afdal dikerjakan ketika matahari sedang naik iaitu antara jam 8 pagi hingga 11 pagi, Jumlah raakat tidak terbatas dari 2 rakaat sehingga 12 rakaat. Setiap 2 rakaat dengan 1 salam.

Niatnya:

Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala

Setelah selesai kita membaca Surah Al-Fatehah, pada rakaat pertama, bacalah Surah As-Syams:

Surah As-Syams, sumber (http://www.altafsir.com/)

Terjemahannya:

[1] Demi matahari dan cahayanya yang terang-benderang; [2] Dan bulan apabila ia mengiringinya; [3] Dan siang apabila ia memperlihatkannya dengan jelas nyata; [4] Dan malam apabila ia menyelubunginya (dengan gelap- gelita), [5] Demi langit dan Yang membinanya (dalam bentuk yang kuat kukuh - yang melambangkan kekuasaanNya); [6] Serta bumi dan Yang menghamparkannya (untuk kemudahan makhluk-makhlukNya); [7] Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya); [8] Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa; [9] Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan); [10] Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat). [11] (Ingatlah), kaum Thamud telah mendustakan (Rasulnya) dengan sebab perbuatan derhaka mereka yang melampaui batas; [12] Ketika orang yang paling jahat di antara mereka menerima perintah dari mereka (supaya membunuh unta yang menjadi mukjizat); [13] Maka berkatalah Rasul Allah (Nabi Soleh) kepada mereka: " (Janganlah kamu ganggu) unta betina dari Allah itu, dan (janganlah kamu menyekatnya daripada mendapat) air minumnya (supaya kamu tidak ditimpa azab)!"; [14] (Setelah Nabi Soleh memberi amaran) lalu mereka mendustakannya serta menyembelih unta itu. Dengan sebab dosa mereka, maka Tuhan menimpakan mereka dengan azab yang membinasakan serta Ia meratakan azab itu meliputi mereka (sehingga punah-ranah semuanya).; [15] Dan Allah tidak hiraukan kesudahan (mereka) yang demikian, (kerana itu adalah balasan yang adil).

Pada rakaat kedua, selepas selesai kita membaca Surah Al-Fatehah, bacalah Surah Ad-Duha:

Surah Ad-Duha, sumber (http://www.altafsir.com/

Terjemahannya:

[1] Demi waktu dhuha, [2] Dan malam apabila ia sunyi-sepi - [3] (Bahawa) Tuhanmu (wahai Muhammad) tidak meninggalkanmu, dan Ia tidak benci (kepadamu, sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik). [4] Dan sesungguhnya kesudahan keaadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada permulaannya. [5] Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu (kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat) sehingga engkau reda - berpuas hati. [6] Bukankah dia mendapati engkau yatim piatu, lalu la memberikan perlindungan? [7] Dan didapatiNya engkau mencari-cari (jalan yang benar), lalu Ia memberikan hidayah petunjuk (dengan wahyu - Al-Quran)? [8] Dan didapatiNya engkau miskin, lalu Ia memberikan kekayaan? [9] Oleh itu, adapun anak yatim maka janganlah engkau berlaku kasar terhadapnya, [10] Adapun orang yang meminta (bantuan pimpinan) maka janganlah engkau tengking herdik; [11] Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya.

Semasa sujud akhir bacalah sebanyak 3 kali atau 40 kali:

Sumber (http://permai1.tripod.com/dhuha.html)


Dan selepas memberi salam berdoalah:

Sumber (http://permai1.tripod.com/dhuha.html)
Maksudnya:



Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu  DhuhaMu, kecantikannya adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika  di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh


marilah kita bersama mengamalnya moga2 kita mendapat hidayah dan hikmah disebaliknya ... Insya'Allah ...



No comments:

Post a Comment