Saturday, May 8, 2010

selama umur masih ada, maka rezeki masih mengalir

tajuk di atas aku petik dari sebuah buku yang aku beli di Ampang semasa aku menjalani pemeriksaan kesihatan ku baru2 ni. buku ini bertajuk "Mencari Rezeki Dengan Mudah (Berpandukankan Al-Quran dan Al-Sunnah)". sejak kebelakangan ini aku lebih menjurus membaca buku2 keagamaan, entah aku sendiri tidak mengapa?

dari sinopsis buku ini,
"Bukanlah kadar rezeki seseorang sudah ditentukan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala semenjak dari zaman azali lagi? Bukankah kita disuruh bertawakal atau berserah kepadaNya? Apakah berusaha mencari rezeki itu menentang qadha dan qadar. Mengapakah Rasulullah SAW menggandingkan kefakiran dan kekafiran. Apakah sebab yang membuat seseorang menjadi fakir dan apa pula jalan keluarnya? apakah peranan yang perlu dimainkan oleh orangberada dalam meningkatkan martabat dan ekonomi kaum Muslimin?"

demikianlah, persoalan2 yang dibahaskan di dalam buku ini. aku masih belum habis mentelaah kesemua isi kandungan buku ini, namun sedikit sebanyak telahpun aku baca dan aku kini memahami bahawasanya setiap rezeki itu datangnya dari Allah Subhanahu wa Ta'ala. aku tertarik dengan tajuk di atas, di sini aku lakarkan apa yang tertulis di dalam tajuk tersebut sebagai renungan kita bersama,

"Kosongkanlah fikiran anda untuk memikirkan tugas utama, dan janganlah menyibukkannya dengan sesuatu yang telah dijamin untuk anda.  Kerana rezeki dan umur adalah dua perkara yang sudah dijamin. Selama umur masih ada, maka rezeki tetap datang. Jika Allah Subhanahu wa Ta'ala menutup salah satu jalan rezeki, dengan hikmah-Nya, maka dengan rahmat-Nya, Dia membukakan jalan lain yang lebih bermanafaat bagi anda.


Cuba perhatikan keadaan janin, makanan datang kepadanya, iaitu darah melalui pusatnya. Ketika dia keluar dari perut ibunya, jalur tersebut terputus, maka Dia membukakan untuknya dua jalan lainnya, dan Dia mengalirkan untuknya rezeki lebih baik dan lebih nikmat daripada yang pertama, iaitu air susu murni. Ketika masa menyusu telah usai, maka Allah Subhanahu wa Ta'ala membukakan jalan lain baginya, Allah Subhanahu wa Ta'ala membukakan jalan empat jalan untuknya yang lebih sempurna daripadanya: "dua makanan dan dua minuman." Dua makanan ialah berasal dari haiwan dan tumbuhan, sedangkan dua minuman ialah air dan susu. Ditambah lagi dengan hal-hal yang bermanafaat dan menyenangkan. Kemudian jika dia mati, Allah Subhanahu wa Ta'ala menutup empat jalan ini, tapi Dia membukakan untuknya, jika dia menjadi orang yang berbahagia, lapan jalan, iaitu lapan pintu syurga, dia boleh masuk dari pinta mana saja yang dia suka.


Demikianlah, tidaklah Allah Subhanahu wa Ta'ala menghalangi hamba-Nya yang beriman sedikit pun dari nikmat dunia, melainkan Dia memberikan kepadanya yang lebih baik dan lebih bermanafaat daripadanya. Hal itu tiddak berlaku selain orang Mukmin. Kerana Allah Subhanahu wa Ta'ala tidak memberikan kepadanya bahagian yang sedikit sekalipun, apalagi bahagian yang paling tinggi lagi berharga, tentu Dia tidak meredhainya. Seorang hamba, kerana ketidaktahuannya akan kemahlahatan dirinya, kebodohannya, dan ketidakketahuannya akan kemurahan, kebijaksaan dan kelembutan Rabbnya, dia tidak mampu membezakan di antara nikmat yang terhalang darinya dengan nikmat yang disimpan untuknya. Bahkan, dia cenderung mencintai yang sebenar (dunia) walaupun hina, dan kurang mencintai yang di tangguhkan (akhirat) walaupun sangat mulia.


Jika seorang hamba bersikap adil kepada Rabbnya, dan bagaimana dia boleh berlaku demikian, nescaya dia akan mengetahui bahawa kurnia-Nya yang diberikan kepadanya, ketika Dia menghalanginya dari dunia berikut kesenangan dan nikmatnya, adalah lebih besar daripada kurnia yang diberikan-Nya, ketika Dia memberikan hal itu kepadanya. Sebab tidaklah Allah Subhanahu wa Ta'ala menghalanginya melainkan untuk memberinya. Tidaklah Dia mencubanya melainkan untuk menyelamatkannya. Tidaklah Dia mengujinya melainkan untuk menghidupkannya. Tidaklah Dia mengeluarkannya dari negeri (dunia) ini, melainkan agar dia mempersiapkan diri keluar darinya untuk datang kepada-Nya dan menempuh jalan yang menghantarkan kepada-Nya"


No comments:

Post a Comment