Monday, May 3, 2010

percaya atau tidak?

asalamualaikum,

dah lama jugak aku tak menulis, agak sibuk dengan kerja2 demi mencari sesuap nasi.

ingin aku berkongsi bersama, pengalaman yang aku alami pagi semalam. satu pengalaman yang pertama kali aku alami sendiri.

pada mulanya bukan aku hendak takabur atau bercakap besar di sini, tapi bagi aku selepas kejadian beberapa tahun lalu, aku agak tidak percaya dengan perkara tahyul. aku lebih suka untuk berfikiran logik. suatu yang boleh diterima dek akal.

elok aku ceritakan apa yang aku alami pagi semalam, ceritanya bermula dari...

semalam aku ada menghadiri ??? dan aku bersama sahabat dan tak ketinggalan isteriku, kami pulang agak lewat. selepas selesai kami minum dan bersembang cerita2 lampau, kami bertolak pulang. tak silap aku lebih kurang jam 12:45 pagi. aku dan isteriku tiba di rumah lebih kurang jam 1:15pagi. aku terus ke bilik komputer untuk menyambung kerja2 "freelance"ku, lebih kurang jam 2 atau 2:30pagi isteriku masuk ke bilik, sahaja ingin menemani ku.

semasa beliau masuk ke bilik, perwatakan beliau masih seperti biasa, tiba2 ada terdengar bunyi seperti bunyi burung, lantas isteriku bertanya,

sarah: "bunyi ape tu bang!"

aku tak menjawab pertanyaan beliau, tapi aku hanya menyuruh beliau mendiamkan diri. secara tiba2 aku terlihat ada kelainan pada beliau, tiba2 beliau tersenyum sendiri, lantas aku mendapati beliau dan aku bertanya,

aku: "sarah, aku ni kenapa?"
sarah: "mana ada apa?"

aku mula merasakan ada kelainan, aku bertanya lagi,
aku: "awak ni kenapa?!" (dengan nada yang agak keras)
sarah: "mana ader apa2" (sambil tersenyum)
aku: "saya ni siapa?"
sarah: "awak? awak....?"
aku: "iye..... saya ni siapa?"
sarah: "awak niiiii..... kan suami saya"

aku sudah dapat mengagak, ada sesuatu yang tidak kena di sini, aku seperti tidak berpuas hati, aku terus menyuruh beliau membacakan Kalimah Syahadah, permulaan beliau mampu membacakan, akan tetapi seperti sangkut2. sekali lagi aku merasakan ada sesuatu yang tak kena. aku menyuruh beliau bangun dan pergi mengambil wudu'. cara beliau agak keras, beliau seperti melakukannya dengan paksaan.

kemudian beliau kembali ke atas katil, dan tiba2 beliau mengeluh kesejukan, aku hanya biarkan sahaja, sesudah beberapa kali beliau mengeluh sejuk, tiba2 beliau bangun dan menyatakan jantung beliau berdegup kencang. aku sendiri merasa di dada beliau, sememangnya berdegup laju. kemudian beliau kembali baring di katil, tapi kali aku terdengar seperti buyin dengusan nafas yang amat kuat. pada mulanya aku seperti tercari2, rupa2nya bunyi dengusan itu datang dari isteriku.

kali ini aku mula merasakan ini perkara serius, bukan main2. aku teringat beliau menyatakan bahawa beliau kesejukan, lalu menutupkan tingkap bilik, akan tetapi ada suara,
sarah: "kalau tutup tingkap, macam mana nak balik?"
aku: "nak balik mana?" tanya aku kepada isteriku
sarah: "ye la, nak balik macam mana?"

beliau asyik menyatakan begitu, sehingga beberapa kali. aku terus merapati isteriku sekali lagi, kali ini aku seperti berdebat dengan "isteriku",
aku: "awak nak balik mana? ni kan rumah kita..."
sarah: "iye la, nak balik macam mana?"
aku: "ok, kalau saya bukak tingkap, awak nak balik tak?"
sarah: "erm... kejap lagi boleh tak?"
aku: "tak boleh la macam tu, kalau saya bukak tingkap awak balik ok?"
sarah: "erm.." sambil menganggukkan kepala beliau

tiba2, beliau bersuara lagi,
??: "dia baik"
aku: "saper baik?"
??: "dia ni baik..."
aku: "ye laaaa... sape yang baik?"
??: "budak ni, dia baik"

baru aku mengerti, sekarang ni aku bukannya sedang berbual dengan isteriku, tapi sebaliknya, hanya Tuhan yang tahu. aku teruskan bertanya pada isteriku,
aku: "ye la, dia memang baik.."
??: "hah... dia memang baik, aku sayangkan budak ni"
aku: "memang... dia memang baik, kalau awak sayangkan dia, awak balik la...."
??:  "kejap lagi laaaa"
aku: "kesian la dia, dia ada anak kecik, awak balik la...."

tiba2, isteriku menangis, seraya berkata,
??: "dia baik, jangan sakitkan hati dia lagi, jangan bagi dia kecik hati lagi...."
aku: " yeee, saya janji, saya takan sakitkan hati dia lagi, janji awak balik"
??: "ingat, jangan bagi dia sakit hati lagi tau!" dengan nada yang agak keras

kemudian, isteriku mengusap muka beliau sebanyak 3 kali, lalu beliau tertidur. aku terus mengejutkan beliau, selepas beliau tersedar aku terus bertanya adakah beliau ingat yang yang terjadi, beliau hanya ingat beberapa perkara sahaja, yang lain beliau langsung tidak sedar apa yang telah berlaku.

bagiku, ini adalah satu pengalaman yang tidak mungkin akan aku lupakan, malah apabila aku melihat seperti ada kelainan pada isterku, pasti aku akan bertanya.. malah sebentar tadi hampir terjadi kejadian yang serupa, tapi aku cepat mengejut isteriku.. apakah ini semua hanya hayalan ataupun sebaliknya... wallahualam, hanya yang Esa mengetahui segala-galanya...

sebelum aku mengakhiri, elok kita renungi ayat di bawah,

Surah Al-Jin , terjemahannya:
[14]
"Dan ada di antara kami adalah yang Islam dan ada yang menyimpang daripada kebenaran. Siapa yang Islam, maka mereka itu telah memilih jalan yang lurus."
[15]
"Adapun orang-orang yang menyeleweng daripada kebenaran maka mereka menjadi bahan bakar bagi neraka Jahanam. "

No comments:

Post a Comment