Sunday, May 23, 2010

lupakah kita?

lupakah kita?


ingin aku bertanya kepada sesiapa saja yang mengunjungi blog ini, adakah kita sudah lupa pada kitab suci kita (Al-Quran)? bukan niat aku di sini untuk berceramah, akan tetapi aku tersentak dengan sebuah filem yang mungkin sesetengah dari kita telahpun menonton di pawagam. sebuah filem barat yang bertajuk "Book of Eli".


pada mulanya aku fikirkan ianya sebuah filem aksi mahupun sebuah filem fantasi, tetapi setelah aku menontonnya dan pada penhujung filem tersebut aku mendapati ianya seperti satu peringatan pada mereka yang menganut agama Kristian. ianya seperti menyaran agar mereka semua kembali kepada kitab mereka iaitu "Bible" atau "Injil"..

Book of Eli


mungkin aku dapat menceritakan serba sedikit, atau sinopsis filem tersebut. pada zaman kemusnahan dunia, iaitu tercetusnya perang dunia maka dunia sekarang telah hancur oleh kerana kuasa2 besar dunia telahpun menggunakan senjata nuklear. bagi mereka terselamat, ianya seperti padang jarak padang terkukur. namun seorang yang bernama "Eli", beliau mempunyai misi tersendiri, iaitu beliau terpaksa membawa sebuah buku yang beliau amat hargai dan sayangi ke sebuah tempat di mana beliau sendiri tidak pasti di mana, cuma mengikut gerak hati beliau, beliau terpaksas membawa buku tersebut ke Timur, Amerika Syarikat. oleh kerana buku milik beliau itu adalah satu-satunya buku yang tinggal setelah kemusnahan dunia.

mengikut suara ataupun gerak hati beliau, buku tersebut tidak sepatutnya jatuh ke tangan pihak yang tidak bertanggungjawab, beliau terpaksa menjaga buku tersebut sepenuh jiwa dan raga. semasa pemggembaraan beliau, pelbagai halangan dan rintangan yang beliau terpaksa harungi, namun beliau tetap meneruskan jua. setibanya beliau sebuah pekan yang dikendali oleh seseorang yang dianggap berkuasa kerana beliau telahpun menemui sumber air bersih. oleh itu semua penduduk di kawasan tersebut, akur dengan kata2 beliau.

menurut "Eli", buku yang dibawa beliau itu adalah satu2nya cara untuk manusia kembali bertamadun dan kembali semula mengingati Tuhan. buku tersebut menjadi rebutan di antara beliau dan seterunya itu. lalu tercetuslah pergaduhan, "Eli" terpaksa menyerahkan buku tersebut oleh kerana ingin menyelamatkan satu nyawa, beliau berbuat demikian kerana beliau teringat akan kata2 di dalam buku tersebut. iaitu berbuat kebaikkan sesama manusia. namun beliau ditembak, beliau masih bernasib baik, beliau masih lagi terselamat.

pihak yang tidak bertanggungjawab tersebut, menjadi begitu angkuh kerana beliau telahpun berjaya memiliki buku tersebut, namun buku tersebut menjadi sia2 buat beliau kerana buku tersebut ditulis dengan tulisan Braille (tulisan bagi orang buta). beliau menjadi amat kecewa, dan seluruh pekan tersebut menjadi kucar kacir. bagi "Eli", beliau tidak gusar dengan ketiadaan buku tersebut, kerana segala-galanya telahpun beliau hafal. dan akhirnya beliau berjaya juga menemui kawasan Timur yang tercari2 selama ini. setibanya di sana, beliau bertemu dengan seseorang dan beliau menyuruh mencatatkan segala apa yang beliau ucapkan satu-persatu.

di sini, pada pendapat aku, "Eli" adalah seperti seorang yang telah ditentukan oleh Tuhan untuk menyelamatkan kitab suci, iaitu dalam hal ini ia adalah (Kitab Injil). cuma anda perhatikan di dalam poster filem tersebut terdapat satu perkataan yang berbunyi "BELEIVE 1:15:10", aku telah mencari cari apakah maksudnya dan ini yang aku temui:
Mark 1:15

15 and saying, “The time is fulfilled, and the kingdom of God is at hand. Repent, and believe in the gospel.”

Mark 10:29

29 So Jesus answered and said, “Assuredly, I say to you, there is no one who has left house or brothers or sisters or father or mother or wife or children or lands, for My sake and the gospel’s,

pada pendapat aku, seperti ada sesuatu yang ingin disampaikan oleh filem ini di mana bagi penganut agama Kristian, mereka telah nampak bahawa umat mereka dekarang di dalam kancah kemusnahan, apatah lagi bagi kita semua, umat Islam yang kini juga di dalam kancah kemusnahan dengan terjadi pelbagai pergolakkan sebagai contoh di Malaysia sendiri terdapat pelbagai masalah sosial, masalah akhlak dan boleh dikatakan semuanya adalah orang Melayu (beragama Islam). ini semua terjadi oleh kerana kita semua telah lupa akan kitab suci kita, iaitu Al-Quran.

kita semua telah lupa, malah alpa dengan tanggungjawab kita di mukabumi ini. kita seharusnya kembali semua kepada Al-Quran dan Sunnah, agar kita semua peroleh kesejahteraan. namun amat menyedihkan, bila kita berbicara tentang agama, nescaya ramai yang akan memandang rendah dan malah ada juga yang mengherdik. sekali lagi bukan niat aku di sini untuk berceramah mahupun menceritakan bab agam, kerana diri aku sendir tidak arif, namun aku bersyukur kerana pintu hatiku telah dibuka, dan kini aku didalam proses untuk mencari semula apa yang telah aku tinggalkan selama ini.

di sini aku ingin mengambil kesempatan untuk memohon maaf jika ada bait2 penulisan aku ini menyinggung perasaan seseiapa saja. sekali lagi bukan ingin aku katakan, ini semua adalah luahan dari hati kecilku ini, yang mana begitu sedih melihatkan umat Islam sekarang ini.

No comments:

Post a Comment